Assalamualaikum dan hai hai hai everything... masa makcik dok makan bubur nasi time lunch tadi, tiber ada keluar lagu ni kat Radio Best FM... makcik memang suka dengar Radio Best FM sejak zaman sekolah lagi sebab segmen-segmennya menarik... yang paling makcik minat, masa time belajo dulu, ada segmen SMS aka SEMALAM MASIH SEGAR... laaa nih, dah takde dah segmen tu... lagi satu ada segmen time 3 pagi sampai 6 pagi kot, lagu-lagu menggamit memori, perghhhh, memang layanzzzz habis...
Korang mungkin juga meminati stesen radio ini:
So, tadi masa dengar lagu nih, makcik terus terflashback masa berada di Tingkatan 4D di Maktab Rendah Sains MARA Jasin, tahun 1996... kalau nak diikutkan, satu kelas ada dua homeroom yang digabungkan akan stay sampai Tingkatan Lima dalam kelas yang sama... homeroom ni kiranya ahli keluarga kita la sepanjang belajar di maktab... alih-alih, masa hujung Tingkatan Empat, kami diberitahu bahawa akan ada pertukaran kelas yang mana rombakan akan dilakukan... masa mula-mula dapat berita tu rasa macam percaya tak percaya je sebab based on seniors punya cerita, memang sampai Tingkatan Lima depa belajar di kelas yang sama...
Peh tu, makin menghampiri hari-hari terakhir semester, list pun dikeluarkan... mak aiiii... masa tu, semua la dok menangis tersedu-sedan especially geng Puteri... surau Maktab Rendah Sains MARA Jasin penuh dengan tangisan di sana-sini masa slot Solat Maghrib dan Isyak berjemaah... syahdu sungguh... we were so close kan, memanglah sedih... alhamdulillah, kami lalui Tingkatan Lima dengan suksesnya walaupun kelas dah dirombak... until now pun we still catch up with each other...
Oh ya, Maktab Rendah Sains MARA Jasin now known as Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghaffar Baba...
P/S: Kenangan juga bersama sahabat-sahabat di Sekolah Rendah Kebangsaan (1) Assunta dan Sekolah Menengah (P) Assunta, Sekolah Rendah Kebangsaan La Salle Brickfields 2, Sekolah Menengah Taman Tun Dr Ismail, Sekolah Menengah Teknik Sungai Buloh, Giat MARA Sungai Bakap dan Universiti Sains Malaysia... oh ya, nama sekolah based on nama lama ya...
SAHABAT YANG BAIK ITU IBARAT BINTANG, TIDAK SELALU ADA BERSAMAMU NAMUN SENTIASA ADA...
Oh ya, ni ha lirik lagu DOA PERPISAHAN untuk korang selami juga ya...
Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci
Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua
Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu
Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini
Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan
Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu
Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu
xoxo
0 Comments