Assalamualaikum dan hai hai hai everything... best kan bila tengok barang-barang kat Kedai Eco-Shop dan Ninso?... makcik pun suka... kalau dah masuk kat dalam dua-dua kedai ni memang dah macam kena rasuk je... hehehehe... mana taknya, comel-comel, cantik-cantik, menarik-menarik semua item-item yang ada kat rak-rak tu betul tak?...
Bila barang menarik, tertarik, the bomb, pelanggannya pun mestilah ramai tak gitu?... time makcik pergi pun selalunya memang bersusun pelanggannya... hat beratur panjang kat kunter pembayaran pun bukan main panjang lagi linenya... kadang-kadang tu, memang fikir dua-tiga kali kalau ada plan nak ke sana kan?... samalah kita...
TAPI sekarang ni korang tak yah risau... kalau korang ada teringin nak beli barang-barang kat Kedai Eco-Shop atau Ninso, makcik boleh jadi PERSONAL SHOPPER korang... yang jauh pun no worries, makcik boleh poskan...
PERSONAL SHOPPER? APA TU?
Personal shopper ni basically adalah seseorang yang akan bantu korang belikan (dapatkan) barangan yang korang ingin beli di sesebuah kedai... personal shopper akan uruskan daripada pemilihan (berdasarkan specification dan description yang korang bagi), pembelian sehinggalah penghantaran produk tersebut...
Personal Shopper merupakan seseorang yang memudahcara untuk korang memperoleh sesuatu barangan ataupun apa jua barang keperluan... pendek kata, PS yang akan membeli barangan keperluan atau apa sahaja yang korang perlukan sekiranya korang takde masa, malas nak keluar dan sebagainya... klik-klik, pesan je kat PS untuk mendapatkan barangan yang korang perlukan...
BARANG APA YANG BOLEH DIPESAN?
1) Barangan limited edition.
2) Barangan komestik.
3) Barangan dapur.
4) Pakaian.
5) Kasut.
6) Barangan kedai glamour - IKEA, Kedai Eco-Shop, Ninso, Kedai RM2.
7) Makanan dan minuman.
8) Pinggan-mangkuk.
9) Tudung.
10) Banyak lagi.
Baca ini juga: IKEA Damansara
NAK JADI PERSONAL SHOPPER TERBAIK? BACA NI!
1) KAJIAN
First thing first, macam biasa, sebelum kita melakukan apa-apa pun, kita mestilah buat kajian sikit berkenaan perkara yang kita usahakan betul?.. korang kena kaji samada berbaloi atau tidak job yang korang nak buat ni... korang kena check berkenaan item, lokasi, jarak, pengangkutan, cas PS, perangai pelanggan juga musim sewaktu korang nak kendalikan perkhidmatan korang... pastikan korang buat perbandingan harga sebab kadang-kadang, customer memang particular bab ni... kadangkala, ada je customer yang tak kisah pun berapa harga yang korang letakkan (berpatutan lah) asalkan barang yang dikehendaki diperolehi... so, again, it depends on segmentation mana yang korang nak approach okay...
2) KREATIF
Korang kena kreatif masa memilih barangan, lokasi ataupun kedai di mana korang nak buat perkhidmatan PS tu... contohnya, korang kenalah uploadkan barang-barang viral ke, barang-barang yang membantu ibu-ibu di dapur ke, barang-barang yang akan membuatkan anak-anak bersemangat nak belajar ke, barang-barang yang membuatkan ayah-ayah rajin membantu di dapur ke dan banyak lagi... angle gambar pun kenalah cantik dan memikat... korang juga boleh tulis content yang menarik tentang sesuatu produk untuk mencetuskan minat potential customer korang... haaa, gitu...
3) IKLAN
Iklankam perkhidmatan korang di platform-platform sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok, Twitter, portal iklan mahupun blog... berikan maklumat berkenaan perkhidmatan korang... korang perlu mengiklankan perkhidmatan korang supaya potential customer korang tahu akan service korang nih.... sebagai contoh korang mungkin boleh buat satu poster ke macam ni...
4) CAS
Pastikan tempat yang korang perlu pergi untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki oleh pelanggan adalah berbaloi... lebih baik korang ambil order in bulk, jangan pulak order dua atau tiga barang sahaja tapi korang terpaksa meredah jem dan pergi ke tempat yang jauh... korang perlu mengira sekali kos perjalanan seperti minyak kereta, tol dan parking... pastikan juga pelanggan membuat pembayaran sepenuhnya ya... tak nak lah pula nanti ada pula pelanggan yang belum bayar harga yang telah dipersetujui tapi kita dah beli dah barangnya...aduh, kan rugi tu...
5) AFTER-SALES
Hat ni adalah antara point yang sangat penting... PS merupakan suatu perkhidmatan... jadi, kita kena pastikan yang pelanggan dijaga dengan baik dari mula pertanyaan sehinggalah close sales... as a value-added, pastikan korang follow -up dengan customer selepas barangan tersebut telah dihantar... contohnya, kalau korang poskan barangan tersebut, pastikan before, during and after complete delivery tu korang berhubunglah dengan customer... berikan tracking number kepada customer tau, bolehlah mereka track parcel diorang tu...
Tanya khabar pelanggan untuk memastikan mereka menerima parcel dengan selamat... gambar item dan parcel pun pastikan korang amik tau... yelah, karang berlaku pulak Tragedi Oktober, pelanggan korang terima parcel yang rosak pulak padahal parcel tu rosak semasa penghantaran... haaa, kat sini korang kena bertenang dan sabar semasa menerangkan perihal kejadian kepada customer korang okay... insyaAllah sekiranya korang terangkan dengan lengkap dan nada yang positif, customer korang akan memahaminya...
MAKCIK TAWARKAN PERKHIDMATAN PERSONAL SHOPPER!
Okay, nak bagitahu korang nih, buat masa ini, makcik melaksanakan PS service untuk kawasan Sungai Rengit, Ramunia, Bayu Damai, Pengerang, Tanjung Pengelih, Punggai, Gugusan Adela, Desaru, Bandar Penawar dan kawasan sekitar...
CARA ORDER:
2) Charge PS bagi setiap item adalah RM1 (exclude COD and postage charge including surcharge).
3) Pembayaran perlu dilaksanakan sebelum pembelian dilakukan.
KOS YANG PERLU DIAMBIL KIRA APABILA KELUAR MEMBELI BARANG
2) Tol kalau kita lalu lebuhraya.
3) Jammed kat jalan, haaa, yang ni memang bazir minyak.
4) Parking pun kena bayar kan.
5) Pusingan tayar, nak kena fikir maintenance juga.
6) Kalau pergi satu keluarga dengan anak-anak mesti kena singgah makan ke, paling kurang pun kena beli makanan kudap-kudapan betul tak?
BACA INI JUGA:
Jadi, kalau nak diikutkan, keluar pergi beli barang lagi banyak kos kalau nak dibandingkan dengan membeli dengan menggunakan perkhidmatan PERSONAL SHOPPER betul tak?
BACA INI JUGA:
CIRI-CIRI YANG PERLU ADA PADA PERSONAL SHOPPER
1) Rajin.
2) Jujur.
3) Sabar.
4) Tekun.
So, kalau korang berminat dan ingin menceburkan diri sebagai seorang Personal Shopper, pastikan korang bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk mengharungi cabaran dan dugaan yang mendatang... biasalah, yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang kan... semoga bermanfaat... till then, see you when I see you... daaaa...
xoxo
2 Comments
Wahhh, kerja yang best jugak jadi personal shopper. sambil cuci mata, sambil belikan utk orang. semoga dipermudahkan urusan PS.
ReplyDeleteKannnnnn. Rasa best je bila customer suka dan berpuas-hati dengan barangan yang dibeli.
Delete