BAEBIS BABY PUFF DAN BAEBIS BUBUR RASA ASLI SESUAI UNTUK BAYI 6 BULAN KE ATAS

Assalamualaikum dan hai hai hai everything… anak-anak adalah anugerah terindah yang dinanti-nantikan buat pasangan suami-isteri... anaklah pengikat kasih-sayang juga penghubung dalam ikatan pernikahan... menghidangkan makanan berkhasiat buat anak-anak sedari bayi merupakan impian ibu-ayah... walau bagaimanapun, untuk ibu-ayah yang baru pertama kali menimang cahayamata, ilmu keibubapaan perlulah dipelajari untuk memudahkan proses penjagaan sejak anak masih berada di dalam kandungan sehinggalah dilahirkan...

Kebiasaannya, nasihat juga petua turun-temurun daripada generasi yang lebih tua diguna-pakai dalam proses membesarkan anak... namun begitu, tiada salahnya sekiranya selok-belok penjagaan dipelajari menerusi program-program keibubapaan yang banyak di luar sana bak cendawan tumbuh selepas hujan... ilmu kan perlu dicari, jadi, ia perlulah beserta guru agar kita tidak tersilap-langkah...

Perihal pemakanan merupakan antara topik yang sering diperkatakan kerana penjagaan setiap seorang anak adalah berbeza-beza... korang pernah tak terbaca, ada bayi yang belum berusia 6 bulan telah diberi makan oleh penjaganya?... aduh, sedih betul... inilah yang dikatakan, malu bertanya sesat jalan... sebelum kita nak bagi bayi makan atau apa-apapun, pastikan kita telah merujuk hal ini kepada mereka yang lebih arif...

BAYI 6 BULAN KE BAWAH HANYA PERLUKAN SUSU!


Kenapa bayi tidak boleh diberi makan sebelum 6 bulan?


1) Sistem Penghadaman Belum Matang


Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses penghadaman... sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat... enzim Amilase di dalam air liur bayi masih belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama...

Tubuh bayi juga masih belum dapat memproses lemak... selain itu, buah pinggang bayi juga masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu... (Protein di dalam susu ibu adalah berbeza).

2) Masalah Kesihatan Jangka Masa Panjang


Pernahkah korang terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba-tiba jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya?...

Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat daripada pemberian makanan yang terlalu awal...

3) Masalah Dalam Penyusuan


Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan... ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak...

Kredit: Wa Naz

Apabila bercakap tentang kesihatan bayi, apa yang dimasukkan ke dalam badan mereka semasa tahun-tahun pertama kehidupan mereka adalah penting untuk perkembangan yang optimum... Baebis World sentiasa meneliti makanan terbaik untuk memberi makan bayi dengan menu berkhasiat pada setiap hidangan... bagi Baebis World, pemakanan yang berkualiti harus dapat diakses oleh semua orang... oleh itu, Baebis World telah mencipta penyelesaian pemakanan yang komprehensif untuk memberi ketenangan fikiran kepada ibu-ayah bahawasanya korang telah berikan bukan sahaja makanan terbaik, tetapi makanan yang sesuai untuk anak kesayangan korang...


NOTA: Produk ini sesuai diberikan untuk bayi 6 bulan dan ke atas sahaja.

Makcik sekeluarga memang selalu travel ke sana-sini... outstation je mesti bawa keluarga sekali… dulu, pening kepala nak fikir makanan untuk anak-anak kecil… tapi sekarang tidak lagi, makcik dah jumpa penyelamat di waktu travel…


Bubur #baebisworld ni memang memudahkan urusan makcik sekeluarga… kini, nak masak bubur lebih mudah dan cepat dengan Baebis… rasanya tetap sedap macam bubur yang kita masak kat rumah tau… walaupun jenis instant, kualitinya tetap terjaga gaissss… anak makcik memang suka betul masa cuba BAEBIS BUBUR RASA ASLI nih…


Kalau korang nak tau, BAEBIS BUBUR RASA ASLI ni baru dilancarkan… bubur ni mengandungi beras Calrose dengan Millet yang menggunakan teknologi pembekuan kering… tiada bahan pengawet, gula, bahan perasa dan pewarna tiruan… jadi, ianya selamat untuk pemakanan anak-anak…


BAEBIS BUBUR RASA ASLI dijual dalam pek atau kotak dengan 5 perisa yang menarik:
1) Keledek dan labu
2) Brokoli dan cendawan
3) Rasa Asli
4) Daging Lembu
5) Ayam


Sangat memudahkan ibu ayah untuk dibawa sewaktu perjalanan jauh kerana packingnya siap untuk 4 hidangan per pack...

Serious, berbaloi memang berbaloi… paling penting, sedap dan berkhasiat!

Khairah selalu juga mengadu lapar bila dah malam… kalau kat rumah okaylah, ni, kadang-kadang, time travel pula dia lapar di tengah-tengah malam… apa lagi, BAEBIS BABY PUFF lah yang makcik akan bagi kat Khairah… suka betul dia makan…


Korang nak tau tak, BAEBIS BABY PUFF ni adalah sejenis biskut beras yang diperbuat daripada gabungan beras perang dan beras karos...

Produk ini mempunyai 5 perisa iaitu:
1) Keju 
2) Pic Beri 
3) Epal Pisang
4) Mangga Alpukat
5) Keledek Labu


BAEBIS BABY PUFF ni menarik kerana ia berwarna-warni dan mempunyai saiz yang cukup sesuai untuk bayi dan kanak-kanak makan sendiri… memang lepas satu, satu lagi la Khairah makan...

BAEBIS BABY PUFF ni turut membantu bayi dan kanak-kanak untuk mempelajari skil motor kerana ia mudah melekap di jari-jemari kecil mereka… Khairah kata, yang paling best tentang BAEBIS BABY PUFF ni adalah ia cair di dalam mulut!


Paling penting, BAEBIS BABY PUFF:
Tiada gula
Tiada perasa
Tiada pewarna tiruan
Tiada bahan pengawet
Tiada formula goreng


Ibu-ayah, jom berikan BAEBIS BABY PUFF untuk anak-anak korang… sedap, mudah, berkhasiat!
Anak-anak gembira, ibu ayah bahagia...

Oh ya, produk BAEBIS BUBUR RASA ASLI dan BAEBIS BABY PUFF ni sesuai untuk bayi yang berusia 6 bulan ke atas juga kanak-kanak... yelah, kalau dah nama baby food ni, selalunya kita akan terus specifically focus on baby je kan... fret not, toddlers juga kanak-kanak pun boleh makan... well, masa try haritu, makcik pun makan juga sebenarnya... konon-konon nak try sikit... tapi dok ulang-ulang la pulak sebab sedap... hehehehe... 

Untuk keterangan lanjut, ibu-ayah boleh klik di mana-mana link di bawah ya...

#Baebispuff #Babyfood #RiceBiscuitforbaby #BabiesMalaysia #Baebis #Baebisporridge
#BaebisNaturalTastePorridge #BaebisPorridgeMalaysia

xoxo

Post a Comment

6 Comments

  1. Nie boleh share ngan my friends yang baru dapat babies nie. Ada dua tiga orang gak yang baru nak kenal solid food tu

    ReplyDelete
  2. Anak dah besar tu kena jadi model eh. Hehehe. Bagus ada pelbagai jenama makanan bayi di pasaran. Zaman ruby dulu blender sendiri je buat bubur. Penat juga. Pastu kalau malas, beli cerelac. Cuma tulah, tak sesedap masak sendiri. Kahkahkah. Nanti nak rekemen BAEBIS ni kat kawan-kawan yang ada anak usia 6 bulan keatas. TQ share!

    ReplyDelete
  3. nampak sedap.. boleh rekomen dengan ibubapa yang ada anak kecil... mesti anak2 suka ni..

    ReplyDelete
  4. memang menarik dan mula guna makanan baby dah lama. Mungkin boleh try brand ni.

    ReplyDelete
  5. i love how much benefits this range brings to the baby. also cant stress enough how cute the packaging is. cant wait to introduce this to my nephews :)

    ReplyDelete
  6. Menarik juga ye product range ni.. boleh suggest kat my adik and SIL for my niece nanti... true kan, that's why memang tak bagi mereka solid food even until now... but soon boleh slowly bagi dia try this kan... (Y) coming soon 1st birthday dia..

    ReplyDelete