Assalamualaikum dan hai hai hai everything... masa makcik came across segmen ni di blog SR, makcik tergelak kecil... bukannya apa, makcik ingat makcik sorang je yang suka kira camtu, rupanya SR pun gitu... high-5 sikit!...hehehehe... kalau korang nak tau, makcik dan keluarga suka guna terms macam ni untuk indicate jangkamasa sesuatu perkara, benda dan sebagainya...
MASA MAKAN
Makcik: Okay, Kaisah, Thaqif, Nuha dan Khairah nak nasi berapa sen?
Kaisah: 50 sen je ibu...
Thaqif: Thaqif nak seringgit ibu...
Nuha: Nuha lapar, tapi tak nak banyak sangat, 80 sen ya ibu...
Khairah: Khairah tak lapar sangat, nak 30 sen je ibu...
Makcik: Abang (pakcik korang) nak berapa sen?
Pakcik:Seringgit setengah...
MASA BERBORAK KOSONG
Khairah: Dah lama ke kita guna TV yang kat ruang tamu ni ibu?
Makcik: Lama dah Khairah, sebaya dengan abang Thaqif. Dah masuk Tahun 6 dah tahun ni...
Khairah: Owh, TV ni dah 12 tahun ya ibu. Jadi, tahun depan TV ni remajalah kan ibu?
Makcik: Iya Khairah, dah nak masuk Tingkatan Satu dah...
Gitulah style kami berborak anak-beranak... just to make it fun while initiating creative thinking within their character building phase... teringat zaman belajar CREATIVE THINKING SKILLS Edward De-Bono masa kat MRSM Jasin dulu, seriously, ia banyak membantu lebih-lebih lagi apabila berada di persimpangan dilema...
Masa berlalu
Tanpaku menyedari
Percintaan yang kita bina
Hampir terlerai
Apa salahku
Kau buatku begini
Dalam dilema
Di antara jalan derita
Tidak pernah kuduga
Ini semua terjadi
Oh!...
Janganlah engkau
Menghancurkan segala
Setelah lama
Kita mengharungi bersama
Usah biarkan
Cinta kita yang suci
Dilambung ombak
Karam dilautan berduri
Hanya satu pintaku
Moga kau menginsafi
Oh!...
Telah banyak yang kuberi
Sejak dulu lagi
Pengorbanan tiada pernah jemu
Hanyalah Tuhan saja
Bisa menentukan semua
Kesabaran daku menantimu
Oh!...
Kutetap memaafkan
Dan berdoa kau kembali
Sebelum diri melangkah pergi
NOTA: Lagu tiada kena-mengena dengan entri ini... makcik terbawa-bawa menyanyi... ampun ya... hehehehe...
So, korang, meh la join Giveaway Syazni Rahim Blog Masuk Tingkatan 1... marilah kita bersama-sama memeriahkan lagi segmen ini... syarat-syaratnya pun mudah je... ajommmm...
SYARAT-SYARAT
1) Buat satu post entri bertajuk: Giveaway Syazni Rahim Blog Nak Masuk Tingkatan 1!
2) Follow Blog Syazni Rahim.
3) Letak banner giveaway di atas dan backlink kan ke entri giveaway ini. Kalau tak dapat klik kanan (terutama yang menggunakan desktop), guna Snipping Tool ya!
4) Kalau nak bagi panjang sikit, bolehlah ceritakan entry SR yang mana yang kalian paling ingat? Dan kenapa? (Tak wajib)
5) Selepas selesai semua, bolehlah publish dan submit link entry kalian itu ke ruangan komen di entry giveaway ini.
6) Tarikh akhir untuk submit link penyertaan kalian ke ruangan komen entry giveaway ini adalah pada 20 Mac 2022!
Untuk part nombor 4 tu, entri SR yang paling makcik ingat adalah yang masa anak SR ubah lirik lagu masa solat kalau tak silap... ada beberapa lagu yang telah diubah lirik tapi kena la pulak tu dengan tempo apabila dinyanyikan (makcik pun ternyanyi sekali tau... hahahaha)... hat ni makcik terkekek-kekek gelak masa baca cumanya makcik tak sempat nak tinggalkan komen masa tu...
Korang, apa tunggu lagi tu?... cepat-cepat join giveaway ni ya... masih berbaki beberapa hari lagi ni... sempat punyalah... till then, korang semua please stay safe and take ya... Omicron yang macam Decepticon ni mengganas naaaa... makcik sentiasa doakan kesejahteraan korang... daaaa...
xoxo
3 Comments
Hihihi! Sep! Terima kasih sebab sudi join :D
ReplyDeleteAssalamualaikum, anda adalah salah seorang pemenang! https://www.syaznirahim.com/2022/03/PEMENANGGA.html
DeleteHehehe... Tahniah
ReplyDelete