SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DI SAPS IBU-BAPA SECARA ONLINE 2022

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... semenjak PKP pertama yang termeterai pada 18/03/2020 yang lalu, makcik rasa persekolahan anak-anak makcik memang telah terganggu dengan begitu hebat... masa mula-mula ABAH umumkan PKP tu, rasa kosong je jiwa sebab tak boleh nak balik rumah kat Selangor... seminggu lepas tu pula, pada 26/03/2020, makcik terima panggilan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi yang memberitahu bahawa makcik merupakan direct contact kepada kes positif COVID-19... innalillahiwaiinailaihirrojiun... terduduk makcik masa tu... makcik terus check dengan bus operator yang makcik naiki dan benar, hal yang ditakuti betul-betul berlaku...


Pada awal penularan COVID-19, cirit-birit belum dikategorikan sebagai simptom lagi... masa tu, hanya demam, batuk, selsema, berkahak dan kesukaran bernafas yang berada dalam senarai gejala... makcik pulak, start first day quarantine sampai hari ketujuh, dok ulang-alik ceri-beri pada setiap 7:30 pagi without fail... timingnya sama je setiap hari, sakitnya pulak nauzubillahiminzalik... 

Hari-hari makcik perlu memaklumkan kepada petugas di COVID-19 Centre untuk pemantauan... alhamdulillah, after 14 days, makcik pun bebas daripada kuarantin... after 2 days bebas daripada kuarantin, makcik ingat makcik dah bebas, rupanya tidak... makcik dapat call lagi daripada Pejabat Kesihatan Daerah yang memberitahu bahawa makcik direct contact dengan seorang lagi positive COVID-19 patient... jadi, makcik sambung la kuarantin lagi 14 hari...


Korang bayangkanlah, sebulan tau makcik kuarantin...tapi, walaupun begitu, makcik bersyukur sebab tatkala makcik mengetahui yang makcik ni direct contact dengan pesakit COVID-19 yang positif, makcik tidak berada bersama keluarga... makcik berada di tempat mencari rezeki... at least, pakcik korang dan anak-anak makcik terlindung daripada virus ganas ini, at least kan...

So, berbalik kepada perihal persekolahan anak-anak makcik, dek kerana makcik berada jauh daripada mereka, makcik akan memantau segala keputusan peperiksaan anak-anak secara maya... yelah, walaupun anak-anak tidak ke sekolah secara bersemuka, mereka masih meneruskan pembelajaran secara PdPR... jadi, ia sedikit-sebanyak mengurangkan kerisauan makcik sekiranya anak-anak bersekolah seperti biasa... dah la Selangor menjuarai carta kes positif COVID-19 most of the time kan?... siapa tak risau ye tak...

Walaupun anak-anak meneruskan pembelajaran secara online, pentaksiran tetap dilakukan oleh guru-guru yang bijak-bestari dengan cara mereka yang tersendiri berlandaskan kayu ukur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia... mungkin ramai yang dah tahu berkenaan SAPS tapi takpe, meh makcik nak kongsi sedikit tentang platform ni... at least, in future kita semua boleh jadikan rujukan kan...


APAKAH SAPS?


SAPS bermaksud Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang telah dibangunkan oleh KPM (Kementerian Kesihatan Malaysia)... sistem ini diperkenalkan untuk menyimpan data-data peperiksaan kesemua sekolah (di bawah seliaan KPM) di seluruh Malaysia... dengan adanya sistem ini, ibu-ayah dan pelajar dapat membuat semakan tentang keputusan peperiksaan dengan lebih mudah... para guru pula akan memasukkan markah peperiksaan secara online ke dalam sistem SAPS yang juga boleh diakses dan digunapakai oleh pihak sekolah, KPM, PPD dan JPN...

Keputusan peperiksaan anak-anak boleh disemak secara online dan ini sudah semestinya memudahkan banyak pihak.. keputusan peperiksaan daripada Tahun 1 hingga Tahun 6 untuk murid-murid sekolah rendah manakala daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 boleh diperiksa menerusi SAPS... kini, tiadalah lagi jurang dalam pengendalian mahupun pentaksiran pemarkahan bagi sekolah bandar mahupun luar bandar...

JENIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN YANG BOLEH DISEMAK DALAM SAPS


Ujian 1
Peperiksaan Pertengahan Tahun
Ujian 2
Peperiksaan Akhir Tahun
Peperiksaan Percubaan - UPSR (kini telah dimansuhkan) , PT3 dan SPM

KELEBIHAN MENGGUNAKAN SAPS


1) Ibu-ayah


1) Keputusan peperiksaan dapat diakses di mana-mana sahaja asalkan ada capaian internet.
2) Boleh terus menyemak prestasi pembelajaran anak tanpa perlu berjumpa dengan guru.
3) Dapat memberi cadangan juga penambahbaikan untuk pendidikan anak-anak menerusi sistem.

2) Guru


1) Guru kelas tidak perlu lagi mengumpul markah untuk kad laporan murid dan pelajar.
2) Guru mata pelajaran boleh memasukkan sendiri markah murid dan pelajar mereka.
3) Proses memasukkan masrkah boleh dilakukan di mana-mana sahaja asalkan ada capaian internet.
4) Markah peperiksaan murid dan pelajaran mereka tidak perlu diisi secara manual.


BAGAIMANA HENDAK MENGGUNAKAN SAPS?


Ibu-ayah boleh menggunakan SAPS dengan hanya memasuki laman sesawang ini... setelah login, semakan SAPS boleh dilakukan untuk melihat rekod pencapaian anak-anak daripada Ujian 1, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Ujian 2, Peperiksaan Akhit Tahun termasuklah Peperiksaan Percubaan bagi peperiksaan awam... mudah kan?... 

Semoga anak-anak sentiasa meningkatkan usaha dalam memperbaiki keputusan peperiksaan mereka dari hari ke sehari... ibu-ayah pula diharap dapat memberikan panduan kepada anak-anak untuk terus fokus dan melakukan yang terbaik demi masa depan mereka sendiri... ibu-ayah haruslah memberikan dorongan yang tidak berbelah-bagi kepada anak-anak masing-masing untuk terus mencungkil bakat mereka selain untuk mengetahui bidang manakah yang diminati oleh anak-anak masing-masing....

Pendidikan merupakan asas dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara... oleh itu, kita haruslah memastikan bahawa mereka yang terdekat dengan kita mendapat hak untuk beroleh pendidikan dan seterusnya memacu kejayaan demi komuniti madani yang terbilang... akhir kalam, semoga generasi pemimpin masa hadapan akan teguh dan tetap hati dalam menuntut dan seterusnya menyebarkan ilmu bak sekepal menjadi gunung, setitik menjadi lautan...

TERLUPA LOGIN SAPS IBU-BAPA


Sekiranya ibu-ayah  terlupa butiran login SAPS ibu bapa, tidak perlu risau kerana kata laluan boleh direset... username dan password yang pernah diisi sebelum ini boleh ditukar...

Sekiranya guru-guru pula yang terlupa login SAPS Guru, boleh cuba reset username dan password  semula di ruangan login... walau bagaimanapun, jika masih gagal, boleh terus hubungi SUP sekolah ya... SUP sekolah akan RESET kata laluan guru-guru kepada modul KEMUDAHAN – SENARAI PENGGUNA... setelah proses RESET dilakukan, guru-guru perlu login semula ke dalam sistem dengan menggunakan kata laluan sementara 12345678 dan menukar kata laluan yang baru...

Mudah kan?...

Apa-apapun, jangan lupa untuk buat semakan SAPS di sini ya... till then, take care, see you when I see you... daaaa...

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

13 Comments

  1. Ohh wow ...so canggih now can check results with SAP, still remembered my time I so bimbang go school to wait & receive my result, lol 😆 cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  2. Baru tahu. Thank you share info. Mudah nak check keputusan anak ada website ni

    ReplyDelete
  3. Bagus kan SAPS nie. Senang parents nak pantau keputusan. Lagipun semua dah banyak online now, elok gak bagi mengurangkan sikit jumlah kes yang tak turun2 nie

    ReplyDelete
  4. Kita baru tahu yang ada laman web tuk buat semakan semua keputusan peperiksaan rasmi di Malaysia ni yer lah zaman kita kecil2 dulu tak ada semua ni hehehe goos easy

    ReplyDelete
  5. Baru tahu ada applikasi SAPS ni, harap tak ada apa2 isu berkaitan dengan data tak update semua.

    ReplyDelete
  6. Memang bagus sangat ada sistem SAPS terutamanya untuk ibubapa. Senang nak semak butir-butir berkaitan persekolahan anak.

    ReplyDelete
  7. Senangkan ada app SAPS ni yang dibangunkan oleh KPM.. memudahkan semua pihak untuk memantau progress anak2 on their study kan..

    ReplyDelete
  8. SAPS ni masih relevan selepas pandemik COVID-19 ke? Sebab exam dah takda untuk sekolah rendah kebangsaan. Mungkin exam utk mereka yang bakal ada peperiksaan besar seperti SPM kot kan? Dr tingkatan 4 boleh cek result.

    Harap musim sekolah tahun 2022 dah kembali menggunakan SAPS. Senang nak cek. Boleh print terus result.

    ReplyDelete
  9. Wah thanks for sharing this, baru jer i belajar macam mana nak guna system ni. Banyak functions and kebaikan, nanti nak share with my sister.

    ReplyDelete
  10. Bagus bila ada sistem SAPS ni. Mudah mak ayah nak semak prestasi anak2. Tak perlu nk ke sekolah bagai dah. Cikgu pun mudah kerja.

    ReplyDelete
  11. Bagus ada kemudahan macam ni, jimat masa sebagai parent yang sibuk bekerja...

    ReplyDelete
  12. This is indeed an interesting article with so many useful tips for parents. will take note of this super convenient feature!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post