7 KUNCI KEBAHAGIAAN HIDUP MENURUT SAIDINA ALI BIN ABI THALIB R.A.

| 7 KUNCI KEBAHAGIAAN HIDUP MENURUT SAIDINA ALI BIN ABI THALIB R.A. | Assalamualaikum dan hai hai hai everything.

Kadangkala, sekecil-kecil perkara pun  boleh membuatkan kita bahagia asalkan kita tahu menikmati dan mensyukurinya. Semua orang mengejar kebahagiaan, tetapi hanya sedikit yang tahu dari mana datangnya kebahagiaan. Mencari kebahagiaan boleh kelihatan rumit apabila kita sentiasa melihat halangan dalam hidup. Kebahagiaan sebenarnya bukanlah destinasi, ia adalah perjalanan yang kita alami setiap hari.

Kebahagiaan bukanlah melakukan perkara yang menyenangkan. Kebahagiaan adalah melakukan perkara yang bermakna. (Maxime Lagace)

Kita tidak ketawa kerana kita gembira. Kita gembira kerana kita ketawa. (William James)

Satu minit kita marah, kita kehilangan enam puluh saat kebahagiaan. (Ralph Waldo Emerson)

Semua orang mahu tinggal di puncak gunung, tetapi semua kebahagiaan dan pertumbuhan datang apabila kita mendaki gunung itu. (Andy Rooney)


7 Kunci Kebahagiaan Hidup Menurut Saidina Ali bin Abi Thalib R.A.


1) Jangan membenci sesiapapun, walau ada yang menyalahi hakmu.
2) Jangan pernah bersedih secara berlebihan, sekalipun masalah memuncak.
3) Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada.
4) Jangan memutus doa untuk saudara mukmin.
5) Perbanyaklah memberi walaupun anda sedang susah.
6) Tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis.
7) Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah.

Lihatlah dari mata lebah, yang memandang keindahan, manfaat dan kebaikan pada sesebuah kejadian.

Jangan kita lihat dari mata lalat, yang memandang hal keburukan dan cuba untuk hinggap sehingga diri kita sendiri berbau busuk.

Orang biasa melihat segala-galanya biasa sahaja,
Orang hebat pula melihat segala-galanya dengan ilmu.


Team possible, nikmati kehidupan kita sendiri tanpa membandingkannya dengan orang lain. Tiga perkara penting untuk kebahagiaan dalam hidup adalah sesuatu untuk dilakukan, sesuatu untuk dicintai, dan sesuatu untuk diharapkan. Aja aja fighting.

Muah ciked.

Hartini The Ghostwriter
360 creativity at your utmost priority

#engagement #media #copywritingservices #copywriter #copywriterforhire #content #startnow #connections #connectingpeople #ghostwriter #ghostwritermalaysia #kbba9 #penulisupahan #servismenulis #penuliskonten #penulishantu #kelabbloggerbenashaari #hartinighostwriter #ghostwriterforhire #jomkahfi

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

1 Comments

  1. InsyaAllah... Semoga kita mampu kecapi kebahagiaan menurut pandangan Islam.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post