BELAJAR TAJWID ADALAH FARDU KIFAYAH ATAU FARDU AIN?

| BELAJAR TAJWID ADALAH FARDU KIFAYAH ATAU FARDU AIN? | Assalamualaikum dan hai hai hai everything. Semenjak makcik lumpsumkan blog cacamarba ni, seingat makcik, dah agak lama juga makcik tak kupas perihal bacaan al-Quranulkarim. Kalau dulu, masa makcik handle 6 blogs, setiap segmen diasingkan mengikut kategori masing-masing. Namun begitu, kadangkala, agak mencabar juga untuk makcik selenggara kesemua blogs yang ada tu.

Itulah sebabnya makcik gabungkan kesemuanya kat dalam blog ni. Maka, jadilah ia lifesyle blog. Pelbagai input boleh diperolehi tapi tu la, makcik masih nak kena make-up lagi blog ni bagi lagi menarik dan tersusun sebenarnya. Makcik merupakan seorang insan yang minimalis. Makcik ni simple je orangnya (walaupun seringkali bersikap perfectionist lebih-lebih lagi dengan hasil kerja sendiri). Jadi, template yang 3 columns memang makcik nak kena pilih betul-betul sebab mata ni memang tak boleh la tengok keserabutan.

That's why la, kalau korang perasan, once dah tukar template, makcik akan setia dengan sesuatu template tu. Hehehehe. Takpe, nanti, makcik survey-survey kulit baru untuk blog ni ya gais.

Sementara tu, ni makcik nak citer ni. Malam tadi kami sekeluarga duduk-duduk sambil ulangkaji pelajaran untuk pentaksiran dan peperiksaan anak-anak. Tiber Nur Alif Kaisah tanya, "Ibu, mim bertemu mim idgham apa ya?" Allah, terus CPU makcik bekerja. "Idgham Mislain Shafawi kalau tak silap ibu." "Takde Shafawi ibu, Idgham Mislain je." So gais, dah tiba masa nak kena polish balik pengetahuan tentang tajwid ni. Allah, kadangkala kita ni ambil sambil lewa je kan. Makcik lettew. So, jom kita selusuri.


PENGERTIAN TAJWID


Tajwid daripada sudut bahasa bermaksud memperelokkan atau memperindahkan. Daripada sudut istilah pula, Tajwid bererti megeluarkan huruf dari tempatnya dengan memberikan hak sifat-sifat yang dimilikinya. Ringkasnya, ilmu tajwid adalah ilmu tentang cara membaca Al-Quran dengan baik dan betul.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, tajwid ialah sebutan atau lafaz yang betul dan sedap didengar. Imam Ibn al-Jazari berkata:

فَالتَّجْوِيدُ هُوَ حِلْيَةُ التِّلَاوَةِ، وَزِينَةُ الْقِرَاءَةِ، وَهُوَ إِعْطَاءُ الْحُرُوفِ حُقُوقَهَا وَتَرْتِيبُهَا مَرَاتِبَهَا، وَرَدُّ الْحَرْفِ إِلَى مَخْرَجِهِ وَأَصْلِهِ، وَإِلْحَاقُهُ بِنَظِيرِهِ وَتَصْحِيحُ لَفْظِهِ وَتَلْطِيفُ النُّطْقِ بِهِ عَلَى حَالِ صِيغَتِهِ، وَكَمَالِ هَيْئَتِهِ ; مِنْ غَيْرِ إِسْرَافٍ وَلَا تَعَسُّفٍ وَلَا إِفْرَاطٍ وَلَا تَكَلُّفٍ

Maksudnya: Tajwid adalah perhiasan bagi tilawah (bacaan), iaitu memberikan huruf-huruf hak mereka dan susunan mereka berdasarkan kedudukan mereka, dan meletakkan atau memulangkan huruf pada tempat keluarnya dan pada asalnya, dan melampirkannya dengan apa yang seumpamanya, dan membetulkan lafaznya, dan melembutkan sebutannya berdasarkan kepada bentuknya, dan juga keadaannya, tanpa melebih-lebih dan juga terkurang.

[Lihat: al-Nasyru fi al-Qira’at al-‘Asyr; 1/212]

Kata Ibnu al Jazari dalam Muqaddimah al Jazariyyah:

وهو إعطاء الحروف حقها * من صفة لها ومسـتحقها

“Ilmu yang menunaikan hak pada setiap huruf dan memenuhi sifat huruf-huruf tersebut.”
Makna حقه: Sifat yang lazim bagi sesuatu huruf seperti sifat jahr, syiddah dan sebagainya.
Makna ومستحقه: Sifat mendatang yang muncul dari sifat huruf itu sendiri seperti sifat tebal, tipis, izhar, idgham, iqlab dan sebagainya.

Imam al-Suyūṭī berkata:
Menyebut huruf-huruf menurut sifat asalnya satu persatu dan melafazkan setiap huruf itu dengan lafaz yang betul dan menuturkannya secara sempurna; bukan dengan paksaan, tergesa-gesa atau berlebih-lebihan.


TARTIL DAN TAJWID


Tartil dari sudut istilah ialah meraikan tempat keluarnya huruf dan menjaga tempat berhentinya, dikatakan juga bahawa tartil adalah merendahkan suara dan bersedih dengan bacaan (al-Quran). [Lihat: al-Ta’rifat; hlm.55].

Perbezaan antara tajwid dan tartil adalah tartil merupakan salah satu cara tajwid, tajwid merangkumi sifat-sifat huruf dan apa yang dimestikan pada setiap sifat tersebut, manakala tartil lebih kepada meraikan makhraj (tempat keluar) huruf dan menjaga tempat berhenti supaya tidak bercampur sebutan huruf disebabkan bacaan yang laju. [Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah; 10/178].

TUJUAN MEMPELAJARI ILMU TAJWID


1) Supaya dapat membaca ayat suci Al-Qur’an secara fasih (betul dan benar), lancar, serta dapat
memelihara lidah dari kesalahan-kesalahan ketika membaca al-Quran.

2) Dapat membaca ayat al-Quran secara betul; sesuai dengan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dan dapat memelihara lisan dari kesalahan ketika membaca al-Quran.


HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAJWID


Hukum mempelajari Ilmu Tajwid adalah fardu kifayah. Akan tetapi, hukum mengamalkan tajwid di ketika membaca Al-Quran adalah fardu ain, atau wajib ke atas setiap lelaki dan perempuan yang mukallaf.

Di dalam kitab Hidāyatul Mustafīd (هداية المستفيد في أحكام التجويد):

التجويد لا خلاف في أنه فرض كفاية والعمل به فرض عين على كل مسلم ومسلمة من المكلفين

“Tiada khilaf mempelajarinya adalah fardu kifayah. Beramal dengannya adalah fardu ain atas setiap orang Islam yang mukallaf samada lelaki atau perempuan.”

Saidina Ali ditanya tentang makna tartil lalu beliau menjawab:

تجويد الحروف ومعرفة الوقوف

“Mengelokkan sebutan setiap huruf dan mengetahui tempat waqaf.”

JENIS-JENIS KESALAHAN


Kesalahan nyata (لحن جلي): Kesalahan yang mengubah bacaan; sama ada perubahan itu membawa makna lain atau tidak, antaranya adalah:

1) Menambah huruf seperti memanjangkan huruf yang tiada mad atau membaca mad asli lebih daripada 2 harkat.
2) Membuang huruf seperti membaca mad asli kurang dari 2 harkat atau tidak menekankan huruf yang bersabdu.
3) Mengubah huruf seperti membaca huruf ظ tanpa sifat isti’la’ dan itbaq; menyebabkan ia bertukar menjadi huruf  ذ.
4) Mengubah baris huruf seperti melantunkan huruf ن ketika membaca   dan mengubah baris sukun kepada fathah.
5) Waqaf atau ibtida’ bukan pada tempatnya; sekiranya ianya mengubah maksud ayat, juga termasuk di dalam kesalahan nyata.


HUKUM KESALAHAN TAJWID


Hukumnya haram dan berdosa pada sesiapa yang sengaja melakunya dan kepada sesiapa yang tidak berusaha membetulkannya. Adapun orang yang tidak dapat membetulkannya setelah berusaha, maka dimaafkan dan sah solat bagi dirinya sendiri. Tetapi tidak seharusnya dia menjadi imam solat dan memperdengarkan bacaannya di khalayak ramai.

Kesalahan tersembunyi (لحن خفي): Kesalahan pada sifat-sifat mendatang huruf seperti ikhfa’, idgham, dan lain-lain. Kesalahan-kesalahan ini hanya dapat dikesan oleh mereka yang mahir dalam ilmu tajwid.

Hukumnya makruh dan mengaibkan kerana menghilangkan keindahan bacaan al-Quran.

TINGKAT BACAAN AL-QURAN


1) At-Tahqeeq: Bacaan perlahan dan tenang; melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya yang tepat; mematuhi hukum-hukum tajwid dengan sempurna; serta merenung makna, hukum dan pengajaran daripada ayat.
2) Al-Hadar: Bacaan yang cepat serta memelihara hukum-hukum tajwid.
3) At-Tadwir: Bacaan yang pertengahan antara bacaan tahqeeq dan hadar, serta memelihara hukum-hukum tajwid.

Ketiga-tiga tingkat bacaan ini dianggap sebagai bacaan tartil sekiranya dibaca dengan menjaga dan memelihara hukum-hukum tajwid.

Antara rujukan: Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Jabatan Perdana Menteri

Banyak juga yang perlu dihadam dan difahami ya gais. Ayuh, kita semarakkan kecintaan terhadap kalamullah dengan sentiasa menjadikan kalimah-kalimahnya sebutan di bibir kita. InsyaAllah, semoga Allah permudah usaha kecil kita ini.


Oh ya, kalau korang ada nak bagi hadiah ke, nak guna sendiri ke, apa kata cuba dapatkan al-Quran tagging ni. Siapa yang dah memiliki Al-Quran tagging pasti tahu betapa nikmat menggunakannya. Jom kita surprisekan insan tersayang di sekeliling kita dengan menghadiahkan mereka Al-Quran ini.

AL-QURAN A6 SAIZ POKET gais.
(Nak saiz lain pun ada uolls)

Bagi hadiah untuk anak-anak yang menghafal pun terbaik!

Al-Quran bersaiz A6:
🔍 Saiz mini
🔍 Sesuai untuk remaja
🔍 Sesuai untuk pelajar (primary, secondary dan universiti)
🔍 Mudah di bawa ke mana-mana
🔍 Pelbagai pilihan warna
🔍 Lengkap 30 Juzuk beserta terjemahan.


Your Trusted Enuur Agent
Agent ID: EN04364
MAKCIK KESAYANGAN KORANG

xoxo

Post a Comment

0 Comments