KASUT SEKOLAH PALLAS: PILIHAN TERBAIK UNTUK KESELESAAN ANAK-ANAK

Sebagai ibu bapa, mestilah kita nak yang terbaik untuk anak-anak, kan? Lagi-lagi bila bab kasut sekolah, sebab diorang akan pakai sepanjang hari betul tal? That's why kita mestilah kena cari kasut sekolah yang selesa, tahan lasak, dan tak cepat rosak. Kalau Kak Tini, memang tak cari lain lah. Memang Pallas lah pilihan hati. Nak tahu kenapa kasut sekolah Pallas jadi pilihan Kak Tini untuk Kaisah, Thaqif, Nuha, Khairah, Aidil Hafizzuddin, dan Alyahyalatif? Ajom Kak Tini story-mory dengan korang.


3 SEBAB KENAPA KASUT PALLAS ADALAH PILIHAN TERBAIK

VGRIP - Cengkaman Kuat, Tak Licin Lagi!

Anak-anak ni kalau dah sampai sekolah, memang tak reti duduk diam! Ada yang berlari ke kantin, main kejar-kejar kat padang, turun naik tangga macam atlet – pendek kata, kasut mereka kena tahan lasak. Kalau tapak kasut tak cukup grip, asyik tergelincir dan jatuh je lah jawabnya!



Teknologi VGRIP yang digunakan dalam kasut Pallas direka khas untuk meningkatkan cengkaman pada pelbagai permukaan. Ini bermaksud anak-anak boleh berjalan dan berlari dengan lebih selamat, walaupun lantai basah atau licin. Tak perlu risau kalau musim hujan atau lantai kantin basah, sebab tapak kasut ini memang direka untuk mengurangkan risiko tergelincir!



Bukan sahaja membantu keselamatan, malah cengkaman yang baik ini juga membantu anak-anak lebih yakin dalam setiap langkah mereka. Mereka boleh berlari dengan selesa tanpa rasa takut jatuh, terutamanya ketika bersukan atau bermain di padang. Aktiviti luar bilik darjah juga jadi lebih menyeronokkan kerana mereka boleh bergerak dengan lebih bebas.


Tambahan pula, tapak kasut yang berkualiti tinggi membantu memanjangkan jangka hayat kasut. Kurang haus, lebih tahan lama! Tak perlu asyik beli kasut baru setiap beberapa bulan. Ini menjadikan kasut Pallas satu pelaburan yang berbaloi untuk ibu bapa yang mahukan kualiti dan ketahanan dalam satu kasut.


Pengalaman Kaisah dan Khairah: Sebelum ni, selalu balik rumah dengan lutut calar sebab tersungkur kat sekolah. Sekarang, dengan kasut Pallas, dah kurang kes jatuh tersembam! Ibu pun rasa lega, tak perlu risau luka dan lebam lagi.
🔹 Kurang insiden jatuh di sekolah.
🔹 Cengkaman kuat, sesuai untuk pelbagai aktiviti.
🔹 Selamat digunakan di kawasan licin, terutama masa hujan.

Sistem Pengudaraan - Tiada Lagi Bau 'Harum'!

Pernah tak korang buka kasut anak lepas balik sekolah, terus rasa nak pengsan sebab bau? Haa, ini memang masalah biasa kalau kasut tak ada sistem pengudaraan yang bagus. Bila kaki berpeluh dan terperangkap dalam kasut sepanjang hari, kasut jadi lembap dan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.



Kasut Pallas direka dengan sistem pengudaraan khas yang memastikan udara mengalir dengan baik, mengelakkan peluh daripada terperangkap. Ini membantu kaki anak-anak kekal kering dan selesa walaupun dipakai dari pagi sampai petang!



Bila kasut ada pengudaraan yang baik, ia bukan sahaja mengurangkan bau, tetapi juga menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat. Kaki yang sentiasa lembap boleh menyebabkan jangkitan kulat seperti kutu air atau kulat kuku, yang boleh menyakitkan dan susah dirawat. Jadi, dengan kasut Pallas, kaki anak-anak bukan sahaja selesa tetapi juga lebih sihat dan bersih.


Selain itu, sistem pengudaraan yang baik membantu kasut cepat kering jika terkena air. Kalau hujan tiba-tiba turun masa mereka balik sekolah, kasut yang basah boleh kering lebih cepat tanpa meninggalkan bau hapak. Ini menjimatkan masa ibu bapa yang tak perlu bersusah payah mengeringkan kasut dengan kipas atau penyerap kelembapan.


Pengalaman Thaqif dan Aidil Hafizzuddin: Sebelum ni, kalau kasut basah kena hujan, esok pagi mesti kena drama "Mak, kasut masih basah!". Tapi dengan Pallas, kasut cepat kering dan dah tak ada masalah lembap yang buat kaki berbau. Mak-mak pun senang hati, tak perlu cari kasut ganti setiap minggu!
🔹 Mengurangkan bau kurang menyenangkan.
🔹 Kaki lebih selesa dan kering sepanjang hari.
🔹 Kasut cepat kering kalau terkena hujan.

Sokongan Gerbang - Kaki Tak Letih, Fokus Belajar!

Anak-anak bukan sekadar duduk dalam kelas je, tapi banyak aktiviti lain sepanjang hari – dari perhimpunan pagi, sesi pendidikan jasmani, hingga aktiviti kokurikulum. Kalau kasut tak ada sokongan yang baik, kaki cepat letih dan lenguh. Ini boleh menyebabkan mereka hilang fokus dalam kelas atau mengadu sakit kaki bila balik rumah.



Kasut Pallas direka dengan sokongan gerbang yang membantu menyerap hentakan dan mengurangkan tekanan pada kaki. Ini bermaksud anak-anak boleh berjalan lebih lama tanpa rasa letih.



Sokongan gerbang yang baik juga sangat penting untuk pertumbuhan kaki yang sihat, terutamanya bagi kanak-kanak yang masih dalam fasa perkembangan. Kasut yang tak menyokong dengan baik boleh menyebabkan masalah postur badan, lengkungan kaki leper, atau sakit sendi dalam jangka panjang. Jadi, memilih kasut yang memberikan sokongan optimum adalah pelaburan terbaik untuk kesihatan kaki anak-anak.


Selain itu, kasut yang menyerap hentakan dengan baik membantu mengurangkan tekanan pada sendi lutut dan belakang badan. Ini sangat berguna untuk anak-anak yang perlu berdiri lama, terutamanya semasa perhimpunan atau aktiviti sukan. Dengan kaki yang selesa, mereka boleh berjalan lebih lama tanpa rasa sakit dan penat.


Pengalaman Nuha dan Alyahyalatif: Sebelum ni, kalau balik sekolah mesti mengadu "sakit kaki la, malas pergi sekolah esok". Tapi sejak pakai kasut Pallas, tak ada lagi alasan malas ke sekolah. Kaki rasa selesa, jadi mereka lebih fokus dalam kelas dan aktif sepanjang hari.
🔹 Kurangkan rasa letih & lenguh kaki.
🔹 Sokongan yang baik untuk kaki aktif.
🔹 Meningkatkan keselesaan sepanjang hari.

Kasut Pallas - Dari Dulu Sampai Sekarang

Jenama Pallas bukanlah jenama baru. Sejak dulu lagi, Pallas memang terkenal dengan kualiti dan ketahanan kasut sekolah mereka. Ditubuhkan di Malaysia, Pallas telah menjadi pilihan utama ibu bapa dan pelajar kerana rekaannya yang selesa serta tahan lama.

Daripada rekaan klasik bertali hingga ke model moden berpelekat, Pallas sentiasa berkembang untuk memenuhi keperluan pelajar zaman sekarang. Bukan sahaja digunakan di sekolah, malah ada juga model yang sesuai untuk aktiviti sukan dan kasual. Dengan reputasi yang kukuh bertahun-tahun, memang tak hairanlah Pallas terus jadi jenama kasut sekolah nombor satu di Malaysia!


Jom Beli & Menang Wang Tunai RM3000!

Bukan saja dapat kasut berkualiti, Pallas juga ada peraduan menarik! Dengan setiap pembelian kasut Pallas, korang berpeluang menang wang tunai sehingga RM3000! Bayangkan, beli kasut sekolah anak-anak, tiba-tiba dapat duit lebih! Nak sertai pun mudah je:
✅ Beli kasut Pallas di kedai sah
✅ Simpan resit
✅ Ikut langkah penyertaan di laman web rasmi Pallas.

Tarikh tutup peraduan jangan lupa check! Mana tahu ada rezeki, boleh guna untuk beli keperluan sekolah lain atau simpan untuk tabung pendidikan anak-anak kan!



Di Mana Nak Dapatkan Kasut Pallas?

Tak perlu susah-susah keluar rumah, boleh beli online je di www.wow2wee.com! Senang, pilih dan bayar dari keselesaan rumah sendiri. Kalau nak cuba dulu, boleh juga cari di kedai kasut terpilih. Pastikan beli yang original supaya dapat kualiti terbaik.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom pilih kasut Pallas untuk keselesaan dan keselamatan anak-anak kita! Kualiti terbaik, kaki selesa sepanjang hari, dan bonus boleh menang duit, memang berbaloi-baloi!

Alamat:
Pallas 178-A Beach Street,
10300 Georgetown, Pulau Pinang.

Nombor telefon:
1800-88-7328


#pallasmalaysia #kasutsekolah #pallasjazz #pallasXseries

xoxo


Post a Comment

1 Comments