Gaissss, untuk gamers tegar mesti dah biasa dengar dan join tournament-tournament yang diadakan termasuklah battle-battle yang dianjurkan di sekeliling kita... latest tournament dan battle kali ini adalah Selangor Cyber Games yang merupakan antara aktiviti anjuran Mineski Events Team Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor untuk gamers seantero Malaysia... 

Apa yang ada kali ni gaissss?.. well, ada 6 games yang akan dipertandingkan dalam E-Sports tournament pada kali ini yang mana ia terbahagi kepada game PC, game Console dan game Mobile... 

Game PC
PUBG
DOTA 2

Game Console
PES 2019
FIFA 2019
Tekken 

Game Mobile
Mobile Legend

Please get ready gaissss, tournament ini diadakan pada 27-28 October 2019 ini di Empire City, Petaling Jaya dan yang paling happening, E-Sports ini akan turut melibatkan Push the Limit LAN Party yang dibawakan oleh Zotac... 48 jam uolls... memang boleh main game sampai lebam gitu... hehehehe... takkan itu je kan?... okay, kat bawah ni aku senaraikan hadiah utama yang boleh korang idam-idamkan dan sekaligus berusaha untuk mendapatkannya tau... #chaiyokkkk

Dota 2 – RM70,000
FIFA 19 – RM60,000 
Mobile Legends – RM50,000 
Tekken 7 – RM30,000 
PES 19 – RM20,000 
PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) – RM20,000

Untuk pengetahuan korang, slot untuk tournament seriously amat terhad... walaupun takde tarikh tutup untuk pendaftaran, siapa cepat dia dapat... jadi, korang kena la cepat-cepat daftar kalau nak join tournament ni... basically, tournament ni adalah di bawah naungan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan akan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor iaitu YAB Tuan Amirudin Shari... so, apa tunggu lagi gaissss?... cepat-cepat la daftar okay...

See you gaissss kat sana... 

xoxo