Beberapa hari lagi, umat Islam akan menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Mesti ramai yang tengah fikir nak berbuka kat mana yang best, tenang, makanan sedap dan harga berpatutan. Kalau korang nak pengalaman iftar yang lain dari yang lain, Klana Beach Resort Port Dickson memang pilihan tepat! Bayangkan berbuka sambil layan angin laut dan bunyi ombak, memang syok habis! Buffet Ramadan kat sini confirm buat perut kenyang dan hati puas.
Kak Tini sekeluarga memang tak pernah culas memilih Klana Beach Resort Port Dickson untuk berbuka puasa setiap tahun! Sejak kali pertama datang, terus jatuh cinta dengan suasana dia. Betul-betul di tepi pantai Port Dickson. fefeeling Buffet Tepi Pantai sambil makan, sambil dengar bunyi ombak. Rasa tenang je kan? Tahun ni lagi best sebab menu dia makin meriah. Kalau tahun lepas dah puas hati, tahun ni lagi padu dengan pelbagai menu rare dan istimewa. Banyak gerai makanan, susunan tempat lebih selesa, memang terasa eksklusif betul!
BUFFET RAMADAN 2025 KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON
Tahun ini, Klana Beach Resort Port Dickson bawakan tema "Merentasi Tradisi" bermula 3 Ramadan hingga 28 Ramadan 1446H (4 Mac - 29 Mac 2025). Ada 14 gerai khas dengan pelbagai sajian tradisional dari setiap negeri di Malaysia. Serius, ini bukan buffet biasa, tapi pengalaman makan yang penuh nostalgia!




Pelbagai hidangan disediakan: Kibas Golek, Makanan utama dan hidangan dari 14 Negeri di Malaysia
Tarikan utama kat sini ialah Kibas Golek! Daging dia lembut, juicy, dan cukup rempah. Makan dengan sos blackpepper pekat, memang layan habis! Sup Kibas pun power, pekat dan penuh aroma rempah. Hirup sekali, terus rasa puas hati. Gulai kawah pun wajib cuba, rasa dia pekat berempah, makan dengan nasi panas memang padu!


Paling menarik, tahun ni ada pelbagai juadah tradisional dari seluruh Malaysia. Dari Timur ke Selatan, Utara ke Barat, Sabah dan Sarawak pun ada! Korang yang tak pernah try ambuyat, kat sini boleh rasa. Kak Tini pun baru first time cuba, terus jatuh cinta!

Lauk pauk daripada live stall pun banyak – Pasembor, Nasi Lemuni, Laksa Johor, Laksa Kelantan, Gulai Patin Tempoyak, Pecal, Sate Celup, Rendang Pucuk Maman, Wadai Kipeng dan banyak lagi. Rasa macam nak ambil semua sebab banyak sangat pilihan!




Selain itu, ada juga ayam masak lemak cili api, ikan keli masak lemak, pekasam bilis, serta hidangan pencuci mulut seperti apam balik, roti john dan kuih-muih tradisional. Pilihan minuman pun banyak, termasuk air jagung, sirap bandung, cendol, dan teh tarik kaw!










Untuk tempahan boleh hubungi:
📞 06-648 7888 / 016-661 9030 (Alin) / 016-661 9050 (Mike) / 016-661 6089 (Ayu)
Tarikan utama kat sini ialah Kibas Golek! Daging dia lembut, juicy, dan cukup rempah. Makan dengan sos blackpepper pekat, memang layan habis! Sup Kibas pun power, pekat dan penuh aroma rempah. Hirup sekali, terus rasa puas hati. Gulai kawah pun wajib cuba, rasa dia pekat berempah, makan dengan nasi panas memang padu!


Paling menarik, tahun ni ada pelbagai juadah tradisional dari seluruh Malaysia. Dari Timur ke Selatan, Utara ke Barat, Sabah dan Sarawak pun ada! Korang yang tak pernah try ambuyat, kat sini boleh rasa. Kak Tini pun baru first time cuba, terus jatuh cinta!

Lauk pauk daripada live stall pun banyak – Pasembor, Nasi Lemuni, Laksa Johor, Laksa Kelantan, Gulai Patin Tempoyak, Pecal, Sate Celup, Rendang Pucuk Maman, Wadai Kipeng dan banyak lagi. Rasa macam nak ambil semua sebab banyak sangat pilihan!


Mee Kolok pun antara yang best, mi dia kenyal dan cukup rempah. Peknga Pisang dan Emping Beras dari Perlis pun menarik, Kak Tini baru tau makanan ni wujud! Manis dan sesuai jadi pencuci mulut. Cucur bilis dan cucur manis yang fresh, rangup di luar dan lembut di dalam, memang kena bila cicah sos pedas!


Selain itu, ada juga ayam masak lemak cili api, ikan keli masak lemak, pekasam bilis, serta hidangan pencuci mulut seperti apam balik, roti john dan kuih-muih tradisional. Pilihan minuman pun banyak, termasuk air jagung, sirap bandung, cendol, dan teh tarik kaw!

Persembahan Gamelan
Sambil makan, ada persembahan muzik tradisional gamelan yang memang menaikkan mood berbuka. Bayangkan duduk santai, makanan sedap depan mata, pastu alunan muzik gamelan mendayu-dayu kat telinga. Memang feeling lain macam, terus rasa tenang dan enjoy setiap suapan. Lagi best, muzik gamelan ni dimainkan secara live, jadi korang betul-betul boleh rasa vibe klasik yang memukau.
Serius, suasana dia buat korang rasa macam tetamu diraja. Tengah kunyah juadah enak, sambil muzik gamelan berkumandang, memang syok habis! Ditambah dengan angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa, rasa macam tak nak habis je waktu berbuka tu.
Suasana Tepi Pantai Yang Unik
Apa yang buat bufet ni betul-betul istimewa ialah lokasinya yang strategik di tepi pantai. Bayangkan korang menikmati juadah berbuka sambil ditemani bayu laut yang menyegarkan—memang satu pengalaman yang susah nak dapat di tempat lain! Waktu matahari terbenam pula, langit berubah menjadi warna jingga keemasan yang memukau, mencipta suasana berbuka yang romantik dan menenangkan.

Lepas kenyang berbuka, korang boleh jalan santai di tepi pantai, hirup udara segar dan layan deruan ombak yang menenangkan. Jauh dari kesibukan bandar, suasana kat sini betul-betul buat hati rasa lapang. Sambil berjalan, bolehlah refleksi diri dan menikmati ketenangan sebelum bersedia untuk solat Maghrib.

Menariknya, Klana Beach Resort Port Dickson turut menawarkan pakej berbuka puasa sekali dengan penginapan. Korang bukan sahaja dapat menikmati hidangan yang lazat, tetapi juga berbuka dalam suasana yang damai dengan pemandangan laut. Lagi best, lepas berbuka terus boleh solat Maghrib berjemaah, kemudian bersiap untuk Tarawih tanpa perlu keluar ke masjid lain. Pengalaman yang penuh keberkatan, sempurna untuk Ramadan yang lebih bermakna!
Pilihan Bilik Di Klana Beach Resort Port Dickson
Kalau korang nak terus bermalam kat sini lepas berbuka, Klana Beach Resort Port Dickson ada pelbagai pilihan bilik yang selesa dengan pemandangan laut yang menenangkan. Harga bilik berpatutan dan lengkap dengan kemudahan moden seperti WiFi percuma, kolam renang, serta akses mudah ke pantai. Sesuai untuk korang yang nak short getaway sambil menikmati buffet Ramadan. Bangun sahur pun tak perlu risau sebab pihak resort turut menyediakan pakej sahur khas untuk penginap.
🛏️ 6 jenis bilik untuk dipilih – Superior, Deluxe, Deluxe Queen, Deluxe Family, Apartment 2 Bilik & Apartment 3 Bilik.
🕌 Hotel mesra Muslim & patuh Syariah, sesuai untuk percutian yang lebih berkat.
📶 Wi-Fi percuma, TV skrin rata, peti besi, mesin kopi & teh, almari pakaian, serta pengering rambut disediakan.
⏰ Check-in: 3:00 petang | Check-out: 12:00 tengah hari.
Menu Sahur
Bagi korang yang suka makan sedap di pagi hari, jangan risau! Sahur di sini memang lengkap, ada pelbagai pilihan makanan yang pasti memuaskan selera. Setiap hidangan disediakan dengan rapi supaya korang dapat menikmati makanan yang segar dan berkualiti tinggi. Tak kira nak makanan berat atau sekadar kudapan ringan, semuanya ada di sini.
🍛 Pilihan makanan berat – Nasi lemak sambal power, mee goreng, bubur nasi, roti canai, English breakfast.
🍞 Makanan ringan – Roti bakar, cereals, kurma.
🍮 Pencuci mulut – Puding roti, ubi kayu rebus, pulut pagi, buah-buahan segar.
☕ Minuman – Jus buah, kopi, teh.




Aktiviti Menarik
Bukan sekadar tempat tidur, resort ni juga ada banyak aktiviti menarik untuk korang dan keluarga nikmati sepanjang percutian. Kalau datang bercuti dengan anak-anak, memang confirm diorang takkan bosan sebab ada aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur. Untuk korang yang nak relax dan recharge tenaga, ada juga kemudahan yang boleh buat korang rasa lebih tenang dan segar sepanjang percutian.
🏊♂️ Kolam renang – Sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak.
🔭 Balai cerap – Boleh tengok keindahan langit malam & bintang-bintang.
👣 Kawasan refleksologi – Sesuai untuk merehatkan badan.
🏖️ Pantai bersih & luas – Boleh lepak, bermain pasir & nikmati keindahan laut.

Kenali Klana Beach Resort Port Dickson
Resort ni bukan sekadar tempat untuk bercuti. Ia adalah hasil usaha Jabatan Wakaf, Zakat & Haji, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan bersama Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan untuk menyediakan tempat penginapan berkonsepkan Islamik. Keunikan resort ini bukan sahaja terletak pada suasana yang tenang, tetapi juga pada prinsip yang dipegang dalam memastikan setiap tetamu Muslim dapat bercuti dengan penuh ketenangan.
🏡 Diasaskan sejak 2011, resort ini menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin percutian tenang dan berkonsep Islamik.
🏖️ Terletak di Kilometer 8, Pantai Teluk Kemang, menjadikannya lokasi strategik untuk percutian yang jauh dari kesibukan bandar.
🌊 Gabungan suasana pantai yang nyaman, layanan mesra, dan kemudahan lengkap, menjadikan resort ini pilihan terbaik untuk keluarga Muslim.
Harga Buffet Ramadan 2025
Yang bestnya, buffet ni bukan sekadar makan-makan je, tapi pengalaman! Dengan dekorasi ala kampung dan suasana tepi pantai yang mendamaikan, memang perfect untuk berbuka bersama keluarga & kawan-kawan. Ditambah pula dengan live cooking station – korang boleh tengok sendiri chef menyiapkan hidangan segar di depan mata. Nikmati makanan panas-panas sambil ditiup bayu laut, confirm puas hati!


📅 Tarikh: 2 Mac – 29 Mac 2025
🎉 PROMO EARLY BIRD – RM60 je kalau beli sebelum Ramadan! Kalau nak berjimat, cepat-cepat grab harga promo ni sebelum habis.
💰 Harga Bufet Ramadan:
✨ Tempahan Awal (EARLY BIRD PROMO): RM60 nett
✨ Dewasa (Harga Normal): RM69 nett
✨ Kanak-kanak / Warga Emas / OKU: RM35 nett (5 - 12 tahun)
✨ Kanak-kanak 4 tahun ke bawah: Percuma
Jangan lepaskan peluang berbuka puasa kat sini! Makanan sedap, suasana best, layanan tip-top! Confirm puas hati. Kalau tahun lepas korang terlepas, tahun ni wajib cuba!
Untuk tempahan boleh hubungi:
📞 06-648 7888 / 016-661 9030 (Alin) / 016-661 9050 (Mike) / 016-661 6089 (Ayu)
📧 Email: sales@klanabeachresortpd.com.my
🌐 Website: www.klanabeachresortpd.com.my
Jom plan awal & lock tempat korang sebelum penuh! Jangan sampai melepas, sebab tempat terhad dan buffet ni memang setiap tahun penuh. 😍
#BuffetRamadan2025 #BukaPuasa #KlanaBeachResortPD #bukapuasa #buffetramadan #ramadan2025 #puasa2025 #merentasitradisi #portmakansedap #kbba9 #jomkbrpd #kelabbloggerbenashaari #teamBG #teamBlackGabut #BlackGabutALClanAgency #BlackGabutAgemcy #weollsdotblogspotdotcom #klanabeachresort #iftar #halalbuffet #mohpoietelukkemang #visitnegerisembilan #RamadanMubarak #kibasgolek #signaturedish
FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE
xoxo
0 Comments