| DAH BACA SURAH AL-KAHFI? KETAHUI DALIL DARIPADA HADIS SAHIH | Assalamualaikum dan hai hai hai everything.
Islam merupakan agama yang mudah lagi memudahkan. Terdapat begitu banyak ibadah dalam Islam sama ada wajib atau sunat. Wajib (Fardh) tidak boleh ditinggalkan dan kita akan berdosa kerana meninggalkannya. Tetapi ibadah sunat adalah seperti tambahan kredit, pahala dan manfaat ditulis jika dilakukan secara tetap selain ibadah wajib.
Membaca Al-Kahfi pada setiap hari Jumaat adalah salah satu daripada amalan sunat yang mengandungi banyak keutamaan. Al-Kahfi, boleh didapati dalam surah ke-15 dan ke-16 dalam Al-Quran. Ia diturunkan di Makkah sebelum Nabi Muhammad ﷺ berhijrah ke Madinah ketika azab dan seksaan ke atas umat Islam berada di kemuncaknya.
Surah Al-Kahfi memberi banyak pelajaran, bersama dengan fadhilat yang dibawanya. Surah ini menghimpunkan banyak kisah yang menakjubkan antaranya:
1️⃣Kisah pemuda dan gua
2️⃣Kisah lelaki yang memiliki dua kebun
3️⃣Kisah Musa dan Al-Khidr
4️⃣Kisah Dzul Qarnain (Raja yang Soleh)
Surah Al-Kahfi juga memberi amaran tentang bahaya kesombongan, memberitahu kita bahawa nabi pun boleh menjadi mangsanya. Surah Al-Kahfi memperkenalkan perintah mengingati Allah ketika membuat perancangan, melalui pengisytiharan insyaAllah. Ia menjadi asas agama Islam termasuklah sabar, syukur, ilmu, dan banyak lagi yang boleh dipelajari daripada surah ini.
Sebarang ibadah sunat akan menaikkan darjat kita di hadapan Allah SWT apabila dilakukan secara konsisten dan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah (bukan kerana semua orang melakukannya).
Apabila kita berazam untuk menurunkan berat badan, kita makan makanan sihat 24/7, 30 hari dalam sebulan, dan 12 bulan dalam setahun. Ini dipanggil konsisten kerana menjalani diet dua hari dalam seminggu dan mengisi diri kita elama lima hari yang tinggal tidak akan memberikan hasil. Begitu jugalah dengan dengan makanan rohani, kita perlu konsisten dalam ibadah, keteraturan itu akan mendatangkan pahala yang melimpah-ruah dan kebahagiaan setta kejayaan yang datang dalam pelbagai bentuk dan arah.
Di antara hadis disyariatkan membaca surah Al-Kahfi pada malam dan siang hari Jumaat serta kelebihannya adalah seperti berikut :
[1] Dari Abu Said Al-Khudri ra, dari Nabi saw bersabda :
“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.”
[Sunan Ad-Darimi 3273. An-Nasaei dan Al-Hakim]
[2] Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id Al-Khudri ra :
“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”
[HR Al-Hakim 2/368, al-Baihaqi 3/249. Ibnu Hajar kata ‘ Hadis Hasan’ dalam Takhrij al-Azkar. Beliau kata hadis ini paling kuat tentang surah Al-Kahfi].
[3] Dari Ibnu Umar ra berkata : Rasulullah saw bersabda ;
“Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan menerangkan kelak pada hari kiamat dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.”
[Al-Mundzir berkata : hadis ini diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Mardawih dalam tafsirnya dengan Isnad yang tidak cacat]. (Dari kitab at-Targhib Wa al-Tarhib 1/298)
▫️Semua Hadis di atas adalah SAHIH.
Hari Jumaat adalah hari yang mulia, maka muliakanlah dengan amal-amal ketaatan. Namun begitu, setiap amal ketaatan hendaklah didasarkan kepada sunnah Nabi Muhammad ﷺ bersumberkan dalil-dalil yang sahih.
Bacaan Al-Quran hendaklah kita jadikan sebagai salah-satu daripada kegiatan harian agar ia sentiasa menyuburkan jiwa kita. Seriyes gais, bagi makcik sendiri, ada beza hari-hari yang dilalui yang diselitkan dengan bacaan Al-Quran dengan yang tidak. Yelah, kita ni kan asyik dok kata tak cukup masa, tak cukup masa. Samalah makcik ni pun. Padahal setiap insan dah diberi masa 24 jam sehari, sama je daripada seorang individu kepada individu yang lain. Tinggal lagi kita lah, kadang-kadang tu tak reti nak bahagikan masa bebetui (makcik lettew). Jadinya, jom kita terapkan satu pledge iaitu kena baca juga walau sepotong ayat tiap-tiap hari okay.
Team possible, jom baca Surah Al-Kahfi. Aja aja fighting.
Muah ciked.
Hartini The Ghostwriter
360 creativity at your utmost priority
#engagement #media #copywritingservices #copywriter #copywriterforhire #content #startnow #connections #connectingpeople #ghostwriter #ghostwritermalaysia #kbba9 #penulisupahan #servismenulis #penuliskonten #penulishantu #kelabbloggerbenashaari #hartinighostwriter #ghostwriterforhire #jomkahfi
xoxo
0 Comments