| APABILA DITIMPA MUSIBAH | Assalamualaikum dan hai hai hai everything.
Dahi masih ada rasa panas dan badan masih ada gigilan kesejukan. Basically, my better half, anak sulung dan anak kedua masih lagi dalam keadaan yang kurang sihat juga. Anak ketiga dan anak bongsu buat masa ni alhamdulillah, telah diberikan syifak, aktif dan ceria seperti biasa.
Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bagi setiap seorang hamba ada martabat yang tertentu di sisi Alah SWT dan apabila hamba itu tidak dapat mencapai martabat itu dengan amalannya, maka Allah SWT akan terus mengujinya dengan perkara yang tidak disenanginya (seperti sakit, susah dan sebagainya) supaya dengan perantaraan perkara yang tidak disenanginya itu dia dapat mencapai martabat berkenaan." (Hadis Riwayat Abu Ya'la).
Saiyidatina Aisyah RA berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Mana-mana orang Islam yang terkena tusukan duri malah kesusahan yang lebih kecil daripada itu pun akan diberi ganjaran satu darjat dengan sebab kesusahan itu dan satu dosa akan dimaafkan." (Hadis Riwayat Muslim).
Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bala berterusan akan menimpa orang Mukmin lelaki dan perempuan sama ada pada dirinya sendiri, anaknya atau hartanya (yang menyebabkan dosa-dosanya sentiasa gugur) sehingga dia bertemu dengan Allah SWT dalam keadaan dia tidak mempunyai apa-apa dosa." (Hadis Riwayat Tirmizi).
Syaddad bin Aus RA berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Allah SWT berfirman: Apabila Aku timpakan ujian (dengan musibah, sakit dan lain-lain kesusahan) ke atas salah seorang daripada hamba-hamba-Ku yang beriman dan dia memuji Daku (kerana reda) maka (Aku akan memerintahkan para malaikat) Tulislah segala ganjaran amalannya yang baik sebagaimana yang biasa kamu tulis semasa dia sihat." (Riwayat Ahmad dan Thabrani).
Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sentiasalah demam panas dan sakit kepala yang menimpa mana-mana hamba Allah SWT lelaki mahu pun wanita, akan menjadikan tidak ada sebarang dosa walau pun sebesar biji sawi tinggal bagi mereka, sedangkan sebelum itu mereka menanggung beban dosa sebesar gunung Uhud." (Riwayat Abu Ya'la).
Team possible, aja aja fighting.
Muah ciked.
Hartini The Ghostwriter
360 creativity at your utmost priority
#engagement #media #copywritingservices #copywriter #copywriterforhire #content #startnow #connections #connectingpeople #ghostwriter #ghostwritermalaysia #kbba9 #penulisupahan #servismenulis #penuliskonten #penulishantu #kelabbloggerbenashaari #hartinighostwriter #ghostwriterforhire #jomkahfi
xoxo
1 Comments
semoga cepat sembuh
ReplyDelete