| KAU SUNDAEKU KUKUHKAN KEDUDUKAN MCDONALD’S SEBAGAI MAJIKAN PILIHAN BELIA | Assalamualaikum dan hai hai hai everything. Apa khabar semua? Harapnya korang sentiasa sihat dan bahagia selalu ya. Makcik sentiasa doakan agar kita semua berjaya dalam segala apa yang dilaksanakan. Cakap pasal perkara yang dilakukan, korang plan nak buat apa ya sepanjang cuti persekolahan penggal terakhir yang bakal berlangsung tak lama lagi?
Untuk anak-anak yang masih bersekolah di sesi persekolahan rendah, menengah rendah dan menengah atas dan masih belum boleh menjadi pekerja, anak-anak sekalian boleh je buat kerjaya gig. Hehehehe. Jangan tak tau, anak makcik yang masih di Tahun 6 pada tahun ini, dah start berjinak-jinak dengan menjual lukisannya sebagai NFT tau. Anak makcik yang Tingkatan 2 pula dah mula menghasilkan karya muzik alunan gitar dan keyboard.
Macam-macam yang boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang, betul tak? Buat para belia, lebih-lebih lagi untuk anak-anak yang dah tamat sesi persekolahan, kiranya dah selesai ambil SPM atau STPM, korang boleh terokai bidang pekerjaan secara bersemuka. Anak saudara makcik sendiri telah bekerja di rangkaian makanan segera McDonald’s sejurus selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun lepas. Bukan main seronok lagi dia bercerita pengalamannya setiap kali kami bertemu.
Korang tau tak, kami sampai kena dengar setiap proses yang perlu dilakukan sebelum satu-satu menu disiapkan tau! Betapa terujanya anak saudara makcik memperihalkan tentang pekerjaannya itu. Satu perkara yang makcik kagumi, anak saudara makcik tampak lebih matang dan menjadi seorang yang semakin kritis dan inovatif dalam mengharungi kehidupan. Kadang-kadang, makcik tanya juga apa yang dia rasakan selepas bekerja?
“Angah kan banyak pergi latihan, macam-macam yang angah belajar ibu. Rupa-rupanya, bekerja ni tak senang macam yang angah fikirkan. Tapi, kalau kita ikut apa yang diajar dan buat elok-elok, semua akan jadi lebih mudah.”
Ya, anak-anak saudara memanggil makcik dengan panggilan ibu. Bonding antara kami memang kuat. Jadi, apabila ada anak saudara yang dah mula bekerja, terasa macam satu pencapaian gitu. Hehehehe.
Korang jangan tak tau, ada je sahabat makcik yang bekerja di Mcdonald’s, bermula dengan menjadi kru dan sekarang dah jadi pengurus kawasan. Boleh dikatakan setiap tahun, sahabat makcik itu akan terbang ke sana-sini meliputi pelbagai rangkaian Mcdonald’s di negara lain untuk melihat serta mempelajari selok-belok cara pengurusan restoran di negara luar. Pendek kata, peluang memang terbuka luas untuk mereka yang ingin berjaya. Apa yang perlu ada hanyalah keinginan untuk terus maju beserta iltizam.
DRAMA KAU SUNDAEKU
Baru-baru ni, masa makcik melayari Instagram Reels, makcik terperasan Reels daripada Mcdonald’s yang menggunakan pendekatan inovatif dan menarik. Rupa-rupanya, restoran khidmat segera terkemuka ini telah mengeluarkan satu siri drama original di Instagram Reels untuk menarik minat golongan muda yang sedang mencari pekerjaan. Memang kena pada tempatnya. Mana taknya, sekarang ni, media sosial menjadi lubuk golongan belia menerokai pelbagai pilihan kerjaya. Maka, cara Mcdonald’s Malaysia mendekati golongan belia melalui platform media sosial memang sesuai.
Menurut Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia, McDonald’s mengambil keputusan untuk menyelami kehidupan anak-anak muda hari ini dan mencari jalan baru untuk mengetengahkan budaya, nilai dan pelbagai peluang yang wujud di McDonald’s. Dengan mengambil kira media sosial sebagai medium popular, syarikat ini ingin menyemai minat dan menggalakkan permohonan pekerjaan dengan pengeluaran siri drama mini sembilan episod bertajuk “Kau Sundaeku”.
Siri mini drama sembilan episod bertajuk “Kau Sundaeku” mula diterbitkan di Instagram Reels pada 21 Disember 2022, dengan setiap episod mengambil masa satu minit. Siri drama ini berkisah tentang seorang pengurus dan tiga kru restoran yang datang daripada latar belakang berbeza, yang menemui ‘rumah’ mereka dan mempunyai rasa kekitaan semasa bekerja di McDonald’s.
Siri ini menampilkan:
• Rasyiqah Johan (Finalis Dewi Remaja).
• Zafira Natasya Yong (Finalis Dewi Remaja).
• Adam Aliff Tay.
• Subhasree Uiaramuthu.
“Kami sentiasa mencari jalan untuk terus mendekati golongan belia di negara ini. Siri drama Instagram yang santai dan menyeronokkan ini tidak dinafikan merupakan sesuatu yang baru dan lain daripada yang lain. Kami mahu supaya mencipta hubungan yang lebih baik dengan generasi muda supaya ia membolehkan kami mempamerkan peluang pekerjaan yang menyeronokkan dan laluan kerjaya yang ditawarkan oleh keluarga besar Mekdi,” tambah Melati.
MCDONALD’S SEBAGAI MAJIKAN PILIHAN RAKYAT MALAYSIA
Seingat makcik, Mcdonald’s memang dah lama bertapak di negara kita ini. Mana taknya, sejak makcik kecil (tahun 80-an), memang dah terbiasa suka kumpul mainan daripada koleksi Happy Meals (pstttt, sampai sekarang pun masih kumpul tau). Memang penuh la meja belajar makcik tu dengan koleksi mainan Happy Meals. Sampai sekarang, ibu makcik masih simpan tau koleksi mainan tu semua. Dah boleh dijadikan artifak dah tu. Hehehehe.
Sejak sekian lama, McDonald’s secara konsisten telah diiktiraf sebagai majikan pilihan rakyat Malaysia. Pencapaian terkini yang diperoleh McDonald’s termasuklah:
• Anugerah Majikan Terbaik Antara Yang Terbaik 2021 (Best of the Best Employer Award 2021)
• Anugerah Majikan Terbaik 2021 (Best Employer Award 2021) oleh Kincentric yang merupakan penyedia perkhidmatan penasihat sumber manusia global.
• Majikan Terbaik (Best Employer Award) daripada Aon lima tahun berturut-turut dari tahun 2014 hingga 2018.
• Majikan Terbaik untuk Wanita (Best Employer for Women) pada 2015.
• Majikan Terbaik untuk Generasi Y (Best Employer for Generation Y) pada 2013.
Pencapaian ini secara langsung telah mengetengahkan nilai teras McDonald’s melibatkan kepelbagaian dan keterangkuman.
PELABURAN DAN PROGRAM LATIHAN MCDONALD’S
McDonald’s melaburkan jumlah yang signifikan bagi menjalankan pelbagai program latihan untuk mempersiapkan golongan belia menempuh kerjaya dalam industri makanan dan minuman.
Ha, latihan macam ni lah yang Angah bagitahu makcik hari tu. Antara latihan yang kami bincangkan baru-baru ni adalah Program Perantis Vokasional McDonald’s yang merupakan program latihan berasaskan industri selama 18 bulan. Ia menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran dan 30 peratus pembelajaran teori di dalam kelas.
Untuk pengetahuan korang, program ini merupakan hasil kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diperkenalkan oleh Kementerian. Sejak 2018, Program Perantis Vokasional McDonald’s telah membantu lebih 3,500 belia daripada pelbagai latar belakang untuk mendapatkan pengalaman dan pekerjaan dalam industri makanan dan minuman.
“Program latihan kami disasarkan kepada golongan belia untuk memacu mereka kearah laluan kerjaya yang positif dan membantu mereka meningkatkan potensi diri sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Golongan belia di Malaysia adalah masa depan negara dan peningkatan pekerjaan yang diisi oleh golongan belia pastinya memberi manfaat besar kepada ekonomi kita dalam jangka masa panjang,” kata Melati.
Sebagai sebahagian daripada Visi McDonald’s 2026, restoran khidmat segera ini komited melaburkan sejumlah RM1.35 bilion dalam tempoh beberapa tahun mendatang untuk membuka 500 restoran di Malaysia. Dengan pengembangan ini, syarikat dijangka mampu menawarkan lebih 50,000 peluang kerjaya untuk rakyat Malaysia menjelang 2026, termasuk 15,000 perantis baru di bawah Program Perantis Vokasional McDonald’s.
LATAR BELAKANG MCDONALD’S
Okay, selalunya kita dok pergi makan Sundae, atau terus je pergi Drive-Thru Mcdonald’s, and that’s it kan. Jarang la kita nak selami berkenaan latar belakang dan sejarah sesuatu syarikat tu. Tapi tidak untuk makcik sekeluarga ya, kami dah disuapkan dengan maklumat ini daripada angah sejak pertama kali dia menceritakan kepada kami tentang tempat kerja yang sungguh dekat di hatinya. So, now, makcik nak kongsi dengan korang serba-sedikit tentang latar belakang Mcdonald’s. Ajom.
McDonald’s merupakan rangkaian global perkhidmatan makanan yang melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 40 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s telah memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 330 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan (termasuk angah) di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan kerjaya, latihan dan pembangunan.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik di sini.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Afni Adnan, McDonald’s Malaysia
+603.7843 3234
Hani Yusof, Lumos Hill+Knowlton Strategies
+6018.951 0128
xoxo
11 Comments
Ehhh betul la tu. Memang pilihan pertama belia lepas habis sekolah nak cari kerja. Pergi mekdi je tanya ada part time or full time job tak. F&B la sektor paling awal utk belajar customer service kan. Baru tahu perangai manusia ni camner. Hahaha.
ReplyDeleteYeah! i like this initiative and also the new way of approach to get more youngsters working with them
ReplyDeleteI like how Mc Donald's provide opportunity to youngster to job opportunities and shape their skill.
ReplyDeletethis is such a fun and innovative way by big brands like mcdonald's to reach out to our younger audience. cant wait to catch it!
ReplyDeleteMemang tak dinafikan McD antara majikan terbaik di Malaysia. Ramai yang bekerja dari bawah sekarang dah jadi manager restoran. Byk inisiatif dan insentif yang mereka dapat sepanjang bekeerja di McD.
ReplyDeleteit's so fun and relieving to see so many big brands giving back to the communities these days!
ReplyDeleteNell pernah kerja kat McD masa tunggu result STPM dulu! Undoubtedly they treat me really well, zaman merasa gaji pertama sendiri walaupun hanya part timer... :) nak check out la REEL mereka kat IG nanti..
ReplyDeleteOhh wow ...thanks for sharing this, I'm gonna check out these IG reels series to get to know more how McDonald's do staff recruitment creatively with social media. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteOhh wow....thanks for letting me know that McDonald's is one of the best employer in Malaysia, it's always good when you have loyal employee that work & grow with it for greater career. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteThis is a great way to get more youngsters to start their career with them.
ReplyDeleteterbaik mekdi sentiasa ada idea2 kreatif mcm ni. menghasilkan karya yg betul dekat dengan hati
ReplyDelete