(Memang mudah sebab tak melekat time kita sagat doh masa nak masukkan dalam cawan kertas)
Ada cara dia, sagat2 sikit dan masuk cup, baru tekstur dia berderai, beza kalau terus sagat sampai habis semua doh, lama2 jadi berketul.
.
Bahan-bahan:
* 1 cawan marjerin
* ½ cawan gula halus
* 2 biji kuning telur
* ½ sudu teh esen vanilla
* 1 sudu kecik pewarna kuning (optional)
* 1 sudu besar susu tepung (optional)
* 2 sudu besar tepung kastard
* 1 cawan tepung jagung
* 2 ¼ tepung gandum
* ½ sudu kecik baking powder.
* Chocorice [sebagai hiasan]
.
Cara-cara:
1. Pukul marjerin dan gula sampai kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla, kacau rata .
3. Masukkan susu tepung dan tepung kastard. Kacau rata lagi.
4. Masukkan sikit demi sikit tepung jagung, tepung gandum dan baking powder (ayak dulu sebelum masukkan dalam adunan)
5. Uli sampai jadi doh dan tak melekat di tangan. (Ikut resipi ni memang sedang molek doh tu jadi). Kemudian simpan dalam peti ais selama 20 minit .
6. Sagat doh atas bekas dan sudukan guna sudu kecik ke cawan kertas. (Saya guna penyagat beli ikea yang siap bekas)
7. Bakar biskut dalam oven dengan suhu 160c dlm masa 20-25 minit.
Selamat mencuba ‼️
xoxo
0 Comments