Korang gemar menulis? Pernah tulis blog sebelum ini? Atau mungkin ada yang masih tidak pasti kerana merasakan tidak cukup ilmu? Well, sebenarnya itu bukan alasan untuk tidak menulis gais!
Korang pernah dengar tak, ada yang kata tak perlu tahu banyak benda untuk tulis blog? Ha, yang ni memang tak betul. Sebenarnya, ilmu tu penting kalau nak jadi blogger yang hebat (Nak jadi apa-apa pun memerlukan ilmu ya anak-anak sekalian).
Makcik sendiri pun masih lagi belajar dan terus belajar untuk meningkatkan pengetahuan dalam dunia blogging.
SEBAB APA PERLU TINGKATKAN PENGETAHUAN?
Sebab setiap hari, ada je benda baru yang dilaunch, ada je benda baru untuk dipelajari.
So, hari ni, makcik nak cerita pasal betapa pentingnya untuk kita tengok data blog kita. Cer tengok gambar ni. Ia menunjukkan analisis data daripada blog makcik in comparison to competitors yang menggunakan keyword yang sama dalam mana-mana artikel penulisan yang dah dipublish.
Optimasikan SEO Blog
Basically, data ni digunakan untuk kita optimasikan SEO blog. Kalau bercakap tentang blog dan website, memang kita akan bermain dengan SEO, keyword dan seeding keyword antara lain untuk memastikan blog atau website kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan berbillion-trillion laman sesawang yang ada di alam maya. Hat ni, later-later baru kita story-mory naaa.
Kumpul Maklumat Data Pengunjung Blog
Jadi, apakah data? Data ini mengandungi maklumat berkenaan pengunjung blog. Contohnya, korang boleh tahu berapa pengunjung yang datang ke blog korang, dari mana diorang datang, bila waktu paling ramai pengunjung, dan macam-macam lagi!
Data ni boleh jadi kawan baik korang dalam blogging.
BAGAIMANA NAK OPTIMASIKAN BLOG?
Contohnya, korang tengok data menunjukkan yang post berkenaan resepi makanan adalah yang paling popular. Korang tahu apa maksudnya?
Korang boleh
Fokus
lebih pada resepi-resepi makanan tu. Boleh la share lagi banyak dan jadi juara resepi dalam dunia blog!
Kedua, data tu macam mentor bagi korang. Ia mengajar apa yang korang patut buat supaya blog korang menjadi lebih baik.
Contohnya, kalau korang tengok data menunjukkan bahawa pada waktu malam post korang paling ramai orang baca. Jadi, apa yang korang boleh buat? Korang boleh la
Plan Blog Update
korang pada waktu malam. Got it?
Senang citer, data ni macam superhero yang akan bantu korang jadi blogger power agitchew. Dengan maklumat yang korang dapat, korang boleh tingkatkan lagi prestasi blog. Jadi, apa tunggu lagi? Go get that data and rock your blogging game gais!
Oh ya, makcik
Check Blog Analytic
menggunakan
Google Analytics
Semrush
Ahrefs
dan beberapa software tools SEO yang lain. Masih merangkak tapi tak salah untuk share secebis ilmu yang ada ni betul tak? Sharing is caring gitu.
Makcik banyak belajar dengan bloggers otai yang penuh ilmu di dada ni gais. Korang boleh terjah teratak diorang:
Ben Ashaari
Ben Ashaari
Perkongsian daripada makcik yang masih gigih belajar untuk menambah pengetahuan dan pengalaman. Nak khidmat penulisan? Wassap kat sini terus hokey
Team possible, aja aja fighting.
Muah ciked.
Hartini The Ghostwriter
360 creativity at your utmost priority
#engagement #media #copywritingservices #copywriter #copywriterforhire #content #startnow #connections #connectingpeople #ghostwriter #ghostwritermalaysia #kbba9 #penulisupahan #servismenulis #penuliskonten #penulishantu #kelabbloggerbenashaari #hartinighostwriter #ghostwriterforhire #seo #seoanalysis #dataanalytics #blogger
xoxo
0 Comments