Indah Water Konsortium (IWK), entiti terkemuka dalam pengurusan air buangan dan sanitasi di Malaysia, telah mengambil langkah terbaharu dalam menerapkan inovasi dan teknologi bagi memperbaiki pengalaman pengguna. Kemudahan E-Bill yang baharu diperkenalkan ini tidak hanya membantu pengguna menyemak dan membayar bil IWK dengan mudah, tetapi juga mewakili perubahan menuju pengurusan sistem pembetungan yang lebih efisien dan bersepadu.
SEJARAH INDAH WATER KONSORTIUM (IWK)
Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) telah memainkan peranan yang sangat penting dalam mengubah cara Malaysia menguruskan air buangan sejak penubuhannya. IWK muncul sebagai hasil daripada transformasi penting dalam pengurusan sistem pembetungan negara, membawa perubahan positif dalam pendekatan kita terhadap air buangan.
Permulaan Sebagai Jabatan Awam
Pada tahun 1994, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (sekarang dikenali sebagai IWK) ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia untuk menguruskan sistem pembetungan. Pada masa itu, cabaran berkaitan pengurusan dan penyelenggaraan air buangan semakin meningkat sejajar dengan pertumbuhan pesat pembangunan dan bandaraya.
Transformasi Kepada Entiti Korporat
Pada tahun 1996, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan telah mengalami transformasi penting dengan penubuhan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK). Transformasi ini melibatkan perubahan daripada status jabatan awam kepada syarikat korporat, membolehkan IWK beroperasi dengan lebih cekap dan efisien. Sebagai entiti milik sepenuhnya oleh kerajaan, IWK telah memainkan peranan penting dalam menangani isu-isu berkaitan air buangan di Malaysia.
Misi Transformasi
Indah Water Konsortium memulakan tugasnya dengan jelas untuk membangunkan, mengendalikan, dan menjaga sistem pembetungan yang cekap dan moden. Ini merangkumi pengurusan air sisa daripada rumah, perusahaan, dan sektor komersial sebelum ia dibuang semula ke alam sekitar. Melalui penggunaan teknologi moden dan amalan terbaik dalam industri, IWK berusaha untuk memastikan air buangan dirawat dengan sewajarnya, mengikut piawaian kualiti dan keselamatan yang ketat.
Matlamat Kelestarian Dan Kesihatan Awam
Sejak penubuhannya, IWK sentiasa memberi penekanan kepada matlamat kelestarian alam sekitar dan kesihatan awam. Dengan memastikan air buangan dirawat dengan betul sebelum ia dibuang semula ke alam sekitar, IWK turut menyumbang kepada usaha memelihara kualiti air dan kebersihan alam sekitar. Ini memberi impak langsung kepada peningkatan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.
Komitmen Dalam Transformasi Digital
Sebagai tindakan proaktif untuk meningkatkan kemudahan dan cekap dalam urusan pengurusan air buangan, IWK terus maju dalam era digital. Kemudahan E-Bill yang diperkenalkan adalah contoh bagaimana IWK mengintegrasikan teknologi dalam urusan harian pengguna. Dengan langkah ini, IWK bukan sahaja menyediakan cara mudah dan pantas bagi pengguna menyemak dan membayar bil, malah juga membuktikan komitmen mereka terhadap inovasi dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan.
PERKHIDMATAN INDAH WATER KONSORTIUM
Perkhidmatan Berkaitan (Connected Service)
Indah Water Konsortium menyediakan perkhidmatan berkaitan air buangan yang terintegrasi dan cekap. Dengan pendekatan holistik, Indah Water memastikan keseluruhan sistem air buangan berfungsi dengan baik dan memenuhi piawaian kualiti yang ditetapkan.
Sistem Pembetungan (Sewerage System)
Sistem pembetungan Indah Water Konsortium menguruskan pengumpulan, pemprosesan, dan pembuangan air sisa dengan cekap. Melalui rangkaian infrastruktur yang mapan, Indah Water Consortium memastikan tahap kualiti alam sekitar terpelihara.
Perkhidmatan Desludging (IWK Eco Park)
Dengan pusat ekopark, Indah Water Konsortium menawarkan perkhidmatan desludging yang efisien dan kitar semula bagi membuang sisa pepejal daripada tangki septik. Ini membantu mencegah pencemaran dan menyokong kelestarian alam sekitar.
Penghapusan Masalah Tersumbat (Blockage Clearing)
Indah Water Konsortium menyediakan perkhidmatan penghapusan masalah tersumbat dalam sistem pembetungan. Melalui teknologi dan kepakaran kami, Indah Water Konsortium mengatasi masalah tersumbat dengan cepat dan berkesan.
Pusat Latihan IWK (IWK Training Centre)
Indah Water Konsortium turut menawarkan pusat latihan bagi memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan air buangan. Ini termasuklah program latihan dan pembangunan profesional untuk meningkatkan kecekapan dalam industri ini.
Loji Pemulihan Air
Air sisa dirawat untuk digunakan semula, menghasilkan 5,092 MLD air terawat sebelum dilepaskan dengan selamat. Potensi besar untuk menggunakan semula air terawat dalam industri dan perniagaan.
Air Sisa Perdagangan
Industri makanan dan minuman bekerjasama dengan Indah Water Konsortium untuk rawat dan guna semula air sisa mereka. Meningkatkan kesedaran alam sekitar dan meminimumkan kos operasi.
Perkhidmatan Kejuruteraan
Penyediaan perkhidmatan perundingan dari perancangan hingga pengurusan fasiliti. Kerjasama dengan universiti dan firma perunding serta pengurusan kumbahan dan dasar.
Perkhidmatan Alam Sekitar
Penyediaan laporan karbon GRH tahunan, kajian tanah, pemeriksaan alam sekitar, dan pemantauan pasca EA. Indah Water Consortium turut menawarkan laporan EIA untuk kumbahan.
Kajian HAZOP
Menangani risiko keselamatan dan kesihatan melalui kajian HAZOP. Selain itu, Indah Water Consortium juga memberikan perkhidmatan perundingan bagi industri air dan air sisa.
Lemak, Minyak, Gris
Penyedutan perangkap FOG untuk mengurangkan sumbatan dan pencemaran. Industri makanan dan minuman dialu-alukan untuk menyertai usaha ini.
PENGENALAN KEPADA KEMUDAHAN E-BILL IWK
Kemudahan E-Bill IWK adalah satu langkah progresif yang memberi manfaat kepada pengguna dalam menguruskan pembayaran bil IWK mereka. Tiada lagi keperluan untuk beratur di kaunter cawangan IWK atau melakukan perjalanan untuk membuat pembayaran.
Terdapat beberapa kaedah mudah yang disediakan untuk menyemak dan membayar bil IWK secara online. The best part is, korang akan dapat rebat RM2 untuk bil pembetungan yang seterusnya tau. So, ajom kita cekidaut.
Cara Bayar Bil IWK Di Portal E-Bill IWK
Pengguna boleh menyemak dan membayar bil IWK dengan melayari portal E-Bill IWK di laman web rasmi IWK, tekan di sini.
Pendaftaran Akaun
1) Isi nombor akaun pembetungan.
2) Isi alamat emel.
3) Isi nama penuh atau nama syarikat.
4) Isi nombor kad pengenalan atau pasport.
5) Isi nombor telefon.
6) Isi kod pengesahan.
Persetujuan Terma dan Syarat
1) Tandatangan kod persetujuan terma dan syarat.
2) Klik butang "Register" untuk selesaikan pendaftaran.
Log Masuk
1) Masukkan nombor akaun pembetungan atau alamat emel.
Akses Akaun
1) Lihat jumlah bil IWK yang perlu dibayar.
Pembayaran Mudah
1) Buat pembayaran dengan mudah melalui akaun yang didaftarkan.
Cara Bayar Bil IWK Melalui Aplikasi IWK di Android dan iOS
Korang boleh muat turun aplikasi Indah Water dari Google Play Store (Android) atau App Store (iOS) untuk melakukan semakan dan pembayaran bil IWK.
1) Log masuk ke akaun pengguna.
2) Pilih "Manage eBill" dalam menu utama aplikasi.
3) Semak jumlah bil yang perlu dibayar.
4) Buat pembayaran dengan mudah melalui aplikasi.
Cara bayar Bil IWK Menggunakan Maybank2u
1) Buka laman Maybank2u.com
2) Sila masukkan username dan password Maybank2u
3) Dalam akaun Maybank2u, klik menu Pay Bills.
4) Pilih Pay From dari akaun yang korang mahu.
5) Paye To: Pilih Payee
6) New Payment: Pilih Indah Water Konsortium atau pilih based on kawasan korang.
7) Amount: Masukkan jumlah yang mesti dibayar sesuai dengan bil IWK
8) Account No: Masukkan no akaun pada bil korang.
9) Effective Date: Pilih tarikh terkini.
10) Klik butang Pay.
11) Request TAC.
12) Selesai.
Cara Bayar Bil IWK Menggunakan CIMB Clicks
1) Buka laman cimbclicks.com.my
2) Masukkan username dan password CIMB Clicks korang.
3) Klik Pay & Transfer.
4) Pilih JomPAY.
5) Masukkan kod JomPAYdi bahagian To (Enter Biller Code). 68502
6) Ref-1:Masukkan nombor akaun pembetungan.
7) Ref-2 : Masukan nombor telefon/alamat e-mel.
8) From: Pilih Account yang korang nak gunakan untuk bayar.
9) Amount: Sila masukkan jumlah bil yang mesti di bayar..
10) Accepting Terms & Conditions: Pilih YES
11) Klik Make Payment.
12) Request TAC.
13) Selesai.
Cara Bayar Bil IWK Menggunakan myBSN
1) Log masuk myBSN.
2) Klik Bill Payment.
3) Pilih Utilities.
4) Payee Name, Pilih Indah Water Konsortium.
5) From Account, Pilih account mana yang korang nak gunakan untuk bayar.
6) Bill Account No, Pilih New Bill Paymentlalu masukkan no account bil IWK.
7) Amount, Masukkan jumlah bill yang mesti di bayar. klik Submit.
8) Request TAC.
9) Klik Submit, selesai.
Cara Bayar Bil IWK Menggunakan Bank Islam
1) Log masuk Bankislam.biz
2) Pilih Pay & Transfer.
3) Klik Pay.
4) Pay From: Pilih akaun bank korang.
5) Pay To: Pilih JomPAY.
6) Biller Code: Biller code masukkan 68502. Klik Enter
7) Ref-1: Masukkan nombor akaun pembetungan.
8) Ref-2: Masukkan nombor telefon atau alamat e-mel.
9) Pay Amount:Masukkan jumlah bayaran.
10) Tick pada I hereby agree to the Terms and Conditions. Klik PAY.
11) Klik Request untuk dapatkan nombor TAC. Sila cek TAC melalui SMS di telefon bimbit korang.
12) Selesai.
Cara Bayar Bil IWK Menggunakan JomPAY
1) Log masuk ke internet banking korang melalui komputer, laptop atau telefon.
2) Cari pilihan bayaran bil dan cari Logo JomPAY.
3) Biller Code (wajib): 68502
4) Ref-1:Masukkan nombor akaun pembetungan.
5) Ref-2 : Masukan nombor telefon atau alamat e-mel.
6) Masukkan jumlah bayaran dan sahkan pembayaran.
Untuk sebarang pertanyaan, korang bolehlah cekidaut maklumat di bawah okay.
Alamat: No 44, Jalan Dungun, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia.
Telefon: +603 2780 1100
Faks: +603 2780 1101
Indah Water Konsortium merupakan perintis dalam pengurusan air sisa yang bertanggungjawab dan mampan di Malaysia. Peranan penting mereka dalam memelihara alam semulajadi dan menjaga sumber air adalah bukti komitmen mereka terhadap kesejahteraan alam sekitar dan kehidupan manusia.
Melalui pengurusan air sisa yang berteraskan kelestarian, komitmen terhadap pendidikan dan kesedaran masyarakat, serta inovasi teknologi yang cemerlang, Indah Water membawa harapan untuk masa depan yang lebih cerah bagi alam semulajadi dan generasi akan datang. Jadi, marilah kita semua bersama-sama menyokong usaha Indah Water dalam menjaga keindahan alam semulajadi Malaysia untuk kesejahteraan dan kelestarian bumi yang kita huni ini.
Jangan lupa bayar bil IWK okay. Till then, see you when I see you. Daaaa.
xoxo
1 Comments
Adanya Inda Water ni boleh kurangkan penyumbatan dan pencemaran. Banyak juga cara nak membayar bil IWK ni.
ReplyDelete