KEPENTINGAN HIJRAH DALAM MENEGAKKAN KEADILAN DAN KEMERDEKAAN BERAGAMA

فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ثَوَابًا مِّنْ عِندِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ

"Maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)" [Surah Aali Imran 195]

Terdapat banyak sebab dan faktor yang menuntut umat Islam Mekah pada zaman Rasulullah saw untuk melakukan hijrah ke Madinah:

1) Untuk membolehkan mereka menegakkan syiar agama dan mengelakkan diri daripada penindasan.
2) Untuk membolehkan mereka mempelajari agama dan memahami hukum-hakamnya.
3) Untuk membuat persediaan bagi menegakkan sebuah negara Islam, menyebarkan dakwah Islam ke seluruh pelosok bumi, mempertahankannya dan melahirkan para pendakwah (Lihat: al-Tafsir al-Munir)


Namun, setelah berlaku pembukaan kota Mekah, hukum berhijrah ke Madinah dari Mekah sudah tidak menjadi wajib lagi. Daripada Sayidina Ibn Abbas r.huma bahawa Nabi saw bersabda:

لاَ هِجْرَةَ، وَلَكِنْ جِهَادٌ وَنِيَّةٌ، وَإِذَا اسْتُنْفِرْتُمْ، فَانْفِرُوا

"Tiada hijrah (selepas pembukaan Makkah). Akan tetapi jihad dan niat. Apabila kamu diseru (untuk berjihad), maka hendaklah kamu keluar" (HR al-Bukhari)

Pun begitu, jika terdapat sebab atau faktor yang menuntut hijrah berlaku seperti terdapatnya sebab-sebab yang dinyatakan di atas, maka hijrah wajib dilaksanakan pada mana-mana masa sekalipun.

Imam Ibn al-‘Arabi menjelaskan bahawa hijrah terbahagi kepada enam bahagian:
1) Keluar dari negara harbi ke negara Islam.
2) Keluar dari negeri bidaah.
3) Keluar dari negeri yang banyak mengandungi perkara haram.
4) Melarikan diri kerana takut disakiti secara fizikal di sesuatu tempat.
5) Keluar kerana menjaga kesihatan.
6) Melarikan diri kerana bimbang diganggu hartanya, atau ahli keluarganya, bahkan ia adalah lebih utama. (Lihat: Ahkam al-Quran)

 
Hayatilah firman Allah swt ini:

إِنَّ ٱلَّذِینَ تَوَفَّىٰهُمُ ٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةُ ظَالِمِیۤ أَنفُسِهِمۡ قَالُوا۟ فِیمَ كُنتُمۡۖ قَالُوا۟ كُنَّا مُسۡتَضۡعَفِینَ فِی ٱلۡأَرۡضِۚ قَالُوۤا۟ أَلَمۡ تَكُنۡ أَرۡضُ ٱللَّهِ وَ ٰ⁠سِعَةࣰ فَتُهَاجِرُوا۟ فِیهَاۚ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ مَأۡوَىٰهُمۡ جَهَنَّمُۖ وَسَاۤءَتۡ مَصِیرًا * إِلَّا ٱلۡمُسۡتَضۡعَفِینَ مِنَ ٱلرِّجَالِ وَٱلنِّسَاۤءِ وَٱلۡوِلۡدَ ٰ⁠نِ لَا یَسۡتَطِیعُونَ حِیلَةࣰ وَلَا یَهۡتَدُونَ سَبِیلࣰا 

"Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: ‘Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?’ Mereka menjawab: ‘Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi.’ Malaikat bertanya lagi: ‘Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?’ Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah)" [Surah an-Nisa’ 97-98]

Berhijrahlah dengan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah dan RasulNya serta diamilah suatu tempat yang dipenuhi rahmat dan keberkatan Allah swt.

FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE

xoxo


Post a Comment

0 Comments