REFRESH BLOGLIST KEMBALI LAGI

Berblogwalking, atau aktiviti melawat dan membaca blog orang lain, adalah satu kebiasaan yang menyeronokkan dalam komuniti blogger. Kalau ada masa terluang, Kak Tini memang akan ambik peluang untuk menjenguk blog sahabat-sahabat maya. Mana tidaknya, aktiviti ini bukan sahaja membolehkan kita berinteraksi dengan blogger lain, tetapi juga memberikan pelbagai manfaat yang boleh memperbaiki hasil penulisan kita.

KENAPA BLOGWALKING BEST?

1) Kenal Blogger Lain: Berblogwalking membolehkan kita mengenali blogger lain dan membina hubungan dengan mereka. Ia seperti berjumpa dengan kawan baru di dunia maya.
2) Dapat Idea Baru: Dengan membaca blog orang lain, kita boleh dapat banyak idea dan inspirasi untuk blog kita sendiri.
3) Tambah Trafik Blog: Melawat dan komen di blog orang lain boleh menarik perhatian mereka untuk melawat blog kita, jadi lebih ramai yang baca blog kita.
4) Kongsi Ilmu dan Pengalaman: Kita boleh belajar banyak perkara baru daripada pengalaman orang lain yang dikongsi melalui blog mereka.
5) Tukar Idea: Blogwalking membolehkan kita berkongsi dan bertukar idea dengan blogger lain, memperkaya kandungan blog kita.
6) Bina Jaringan: Melibatkan diri dalam komuniti blogger membantu kita membina jaringan yang kukuh, sangat berguna jika kita memerlukan bantuan atau nasihat.
7) Tingkatkan Kreativiti: Membaca pelbagai jenis blog dan topik boleh merangsang minda kita untuk lebih kreatif dalam menghasilkan kandungan.
8) Dapat Maklum Balas: Melalui blogwalking, kita boleh mendapatkan maklum balas mengenai penulisan kita dan memperbaikinya dari masa ke masa.

By the way, petang tadi, Kak Tini berkesempatan untuk  berblogwalking gais! Teruja bethol! Mana tidaknya, dah lama jugak Kak Tini tak mengembara di dunia maya hokey. So, kali ni, Kak Tini landed kat blog THISNI3ZA. Ada segmen uolls! Apa lagi, of courselah Kak Tini tak lepaskan peluang untuk menyertainya gituh.


Segmen Refresh Bloglist

Untuk mengembalikan semangat berblogging, jom sertai segmen Refresh Bloglist ni. Syarat-syaratnya pun mudah je:
1) Buat satu entri khas mengenai segmen ini.
2) Tampal banner segmen ni dalam entri tersebut.
3) Tinggalkan link entri korang di ruangan komen entri ini untuk memudahkan THISNI3ZA jejak blog korang.
4) Support segmen ni dengan mengikuti blog THISNI3ZA jika belum berbuat demikian.

Senang je kan?

Sambil-sambil join segmen, jom la kita follow-mengfollow antara satu sama lain jugak. Ala-ala serampang dua mata gituh. Hehehehe. Dengan bertambahnya followers, insyaAllah kita akan lebih bersemangat untuk berkongsi cerita tak gitu?

Till then, join segmen ni tau. See you when I see you.

FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE

xoxo


Post a Comment

2 Comments