Saturday, November 10, 2018

KIDS MARATHON 2018 - JOHOR BAHRU - 24/11/2018

0 comments

Let the picture do the talking... come on kids!!! Let's join this marathon...

xoxo



KENTANG CHARITY FUN RUN - PUCHONG - 09/12/2018

0 comments

The objective of this Kentang Charity Fun Run is to raise money to buy a brand new ambulance and medical supplies to support the Community Policing Malaysia founded by Mr. Kuan Chee Heng, aka Uncle Kentang. Ambulance purchases are not easy, and you will need a strong community partnership. This is how you can help them.


Runner t-shirt 
Finisher medal 
Certificate signed by Uncle Kentang 
Goodies and many more... 


Men open : RM60 
Women open : RM60 
Child (under 12yr-old) : RM40

Ini macam la baru kentang!!!! Jom kentang-kentang sekalian... jom kita meriahkan lagi acara ini...

Go kentang!!!!

xoxo


BRAILLETHON - PUTRAJAYA - 24/11/2018

0 comments

Perisian: Ms Word Document (Doc/Docx) 
 Jenis tulisan: Times New Roman 
 Saiz: 12 
 Spacing: 1.5 

Sebelum mula menaip, sila tulis muka surat buku di bahagian atas sebelah kiri. Jangan taip muka surat buku di bahagian header dalam word. Sekiranya masih terdapat ruang kosong di bahagian bawah pada muka surat word tersebut, sila sambung menaip untuk muka surat buku seterusnya. Tulis sebarang simbol seperti di dalam buku (/ = + * ( ) “” - ... % & @ ! # : . ) 

 Buat italic, bold, underline seperti dalam buku. Jangan taip header buku. Sekiranya terdapat jadual (nombor), peta, graf dan apa-apa grafik, sila taip rujuk jadual atau rujuk rajah atau peta atau carta atau graf. Sekiranya terdapat gambar yang menunjukkan sesuatu perlakuan, situasi atau keadaan, sila beri penerangan ringkas mengenai gambar tersebut. Contoh, gambar menunjukkan sekumpulan lebah sedang membuat sarang. Sekiranya terdapat tulisan asing (jawi dan lain-lain), sila buat kurungan dan taip “rujuk buku”. 

 JANGAN MASUKKAN (INSERT) APA-APA BENTUK/SHAPE. JANGAN TEKAN BUTTON TAB! Sila guna button space untuk jarak. Setelah selesai, softcopy hendaklah dihantar ke bahagian urus setia. ** sesiapa yang tidak ada laptop kemudahan PC disediakan.

xoxo

PERTANDINGAN MEREKA BENTUK BLOK (LEGO) - PUTRAJAYA - 24 & 25/11/2018

0 comments

Syarat dan Peraturan :- 
HANYA NAMA KETUA KUMPULAN SAHAJA YANG PERLU DI ISI DI DALAM EPENYERTAAN 

 Penyertaan adalah terbuka dan percuma 
 Berumur 10 tahun dan ke atas 
 Terhad kepada 10 kumpulan untuk satu hari. ( 1 kumpulan : 3 peserta ) 

 Tema pertandingan Sesi 1 - 24 NOVEMBER 2018 (Sabtu) : SUASANA HARI TERBUKA PPK Tema pertandingan Sesi 2 - 25 NOVEMBER 2018 (Ahad) : BANGUNAN DI PUTRAJAYA 

 Masa keseluruhan yang diperuntukan adalah selama 2 jam sahaja.

PESERTA PERTANDINGAN HANYA DIBENARKAN UNTUK MEMILIH SALAH SATU (1) HARI PERTANDINGAN SAHAJA.

Pertandingan akan diadili berpandukan kepada struktur, kerjasama, kekemasan dan kreativiti yang diambil untuk menyiapkan konsep yang telah ditetapkan. Peserta tidak dibenarkan mendapatkan bantuan daripada individu lain semasa pertandingan dijalankan dan sekiranya ia berlaku penyertaan peserta tersebut akan dibatalkan. Peralatan disediakan oleh pihak PPK.

xoxo

PERTANDINGAN MEWARNA - PPK PUTRAJAYA - 25/11/2018

0 comments

SYARAT DAN PERATURAN 

1. Terbahagi kepada 2 kategori :-  
Kategori "A" : 5 - 6 tahun (1 jam 15 minit) dan menggunakan warna pensil 
 Kategori "B" : 7 - 10 tahun (1 jam 15 minit) dan menggunakan warna krayon 

 2. Pertandingan ini terbuka kepada Ahli PPK sahaja.
Pendaftaran keahlian dan perbaharui keahlian HENDAKLAH sebelum atau pada 22 November 2018 (Khamis). Keahlian peserta haruslah aktif sehingga hari pertandingan berlangsung 

 3. Peralatan mewarna disediakan oleh pihak penganjur 

 4. TIDAK DIBENARKAN MENGGUNAKAN ALATAN MEWARNA SENDIRI 

 5. Penyertaan percuma dan terhad 

 6. Lukisan peserta akan menjadi Hak Milik PPj 7. Hadiah menarik menanti pemenang 8. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 03-88877667 / 7670 / 7671 / 7681

Ahli-ahli PPK, jom sertai tau... jangan lepaskan peluang keemasan ini...

xoxo

SAYEMBARA PENULISAN NOVEL FUTURISTIK GAPENA-DBP 2018

0 comments
Kredit dan sumber dari: Berita Harian (04 Jun 2018)

Kuala Lumpur: Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) menganjurkan Sayembara Penulisan Novel Futuristik GAPENA-DBP 2018 yang menawarkan hadiah wang tunai yang keseluruhannya bernilai RM75,000. 


 Ketua Satu GAPENA, Datuk Zainal Abidin Borhan, berkata penganjuran sayembara ini akan memberi peluang kepada penulis untuk menghasilkan karya sastera yang dapat membayangkan mengenai masa hadapan negara. Beliau berkata, karya dihasilkan akan memperlihatkan bagaimana aspek kemanusiaan yang dipaparkan melalui kreativiti dan imaginasi penulis dapat memberi pertimbangan wajar kepada masyarakat dalam meneruskan kehidupan pada masa mendatang.

 Perkembangan dunia kian mencabar. “Kesedaran terhadap persoalan masa depan negara timbul kerana perkembangan dunia yang semakin mencabar dengan pelbagai fenomena teknologi, sosial, ekonomi, budaya, politik dan agama. 

 "Gagasan penulis perlu memikirkan perubahan ini dan seterusnya memberi idea bernas mengenai kemungkinan pertembungan peradaban dan ideologi manusia melalui penghasilan karya sastera.” katanya dalam kenyataan kepada BH, di sini. 

 Sayembara penulisan novel futuristik yang diadakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan negara ke-61 itu mengetengahkan tema Masa Depan Malaysia dan penyertaan akan dibuka sehingga 31 Mei 2019

 Penyertaan dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan maklumat lanjut mengenai syarat penyertaan boleh diperoleh dengan menghubungi Urus Setia Sayembara di 019-3855047 atau 0193196560, selain mengajukan persoalan melalui e-mel di spfgapena@gmail.com.

xoxo

HANTAR MANUSKRIP KE LEJEN PRESS

0 comments

Anda punya manuskrip yang kena dengan gaya penerbitan Lejen
Jangan terkebil-kebil lagi di depan monitor ini, segera hantarkan kepada Lejen dan barisan panel Lejen yang terdiri daripada 12 orang panel tetap akan membuat penilaian. 

 1. Penulis perlu emelkan sinopsis cerita beserta 3 bab pertama cadangan manuskrip novel untuk penilaian pihak Lejen Press di alamat emel manuskrip@lejenpress.com. Jumlah perkataan untuk 3 bab pertama ini adalah sekitar 5000-7000 patah perkataan. 

 2. Hendaklah menghantar manuskrip dalam format fail Microsoft Word: Jenis Huruf : Times New Roman, Saiz 12 dan 1.5 Spacing 

 3. Sertakan nama penuh, umur, alamat emel, dan nombor telefon bagi memudahkan urusan komunikasi pihak Lejen Press dengan penulis. 

 4. Manuskrip hendaklah bergaya unggul, urban, berani, ekspresif, tidak kaku, luar biasa, asli dan tidak diciplak dari mana-mana karya lain. 

 5. Barisan panel Lejen Press akan membuat penilaian dalam tempoh 1-3 minggu untuk 3 bab pertama yang dihantar. 

 6. Sekiranya diluluskan, pihak Lejen Press akan menghubungi anda untuk menghantar manuskrip penuh. 

 7. Barisan panel Lejen Press akan membuat penilaian semula manuskrip penuh tersebut dan keputusan samada diterima atau ditolak atau perlukan rombakan / penambahbaikan cerita akan diberitahu dalam masa kurang sebulan. 

 8. Sekiranya tiada maklum balas diterima selepas sebulan, anda dinasihatkan untuk menghantar emel susulan ke manuskrip@lejenpress.com untuk membuat semakan status manuskrip yang telah dihantar. 

 9. Harap maklum bahawa Lejen Press hanya menerbitkan dan menerima novel sahaja. 

 10. Selamat menulis dengan berani.

Credit: Lejen Press

Apa tunggu lagi geng? Jom kembangkan bakat anda... kalau dah memang minta sangat menulis dan memang ada idea penceritaan yang unik, menarik dan lain dari yang lain, apa kata cuba hantarkan hasil penulisan anda untuk diterbitkan... mana tahu ini mungkin titik-tolak untuk kita menebarkan sayap di dalam industri penulisan kan... ayuh, jiwa-jiwa yang kental... jom sertainya...

xoxo

weolls @ connected

weolls @ popular posts

weolls @ world

weolls @ labels

 

All About Us Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates