SALAM AIDILFITRI 2024

Taqabbalallahu minna waminkum.
Minna waminkum taqabbal ya karim.

Dah masuk raya ke-7 baru Kak Tini sempat nak buat e-card simple dan coretkan sedikit untaian kata buat semua. Alkisahnya, langsung tak pegang handphone atau buka laptop pun uolls. Pendek kata, dok meraikan ahli keluarga, sanak-saudara dan sahabat-handai yang dah lama tidak ketemu. 

Bukit Sentosa - Simpang Durian - Kuala Pilah - Gombak - Kuala Selangor

Seronok dapat ke rumah adik-beradik sebelah mak dan ayah Bada, rumah Kak Uda dan juga Nek Su. Lenguh la juga kaki (maklumlah, rare species, drive manual gituh) sebab sepanjang perjalanan, kesesakan lalu-lintasnya sungguh luar biasa. Ditambah pula dengan ratib daripada anak-anak yang sudah tidak tertahan nak ke tandas. Tapi, alhamdulillah, kami berjaya mengharunginya walaupun macam-macam episod dapat disaksikan. Hehehehe.

Tahun depan, ON lagi hokey, insyaAllah.


Namun, tidak sekelumit pun Kak Tini lupakan semua yang menyayangi, disayangi, mengenali dan dikenali. Semuanya tetap teguh dan utuh berada di lubuk hatiku ini. Baik yang ada mahupun mereka yang telah mendahului kita. Baik secara langsung mahupun di alam maya, gituh.

Sambil melayan jammed, Kak Tini bersembang dengan incik suami, maklumlah, nak elakkan mengantuk dan opkoslah boring kalau dok senyap je kat dalam kereta kannnn. Korang perasan tak, raya sekarang dah tak best macam dulu kan? Dulu balik kampung, ziarah sanak saudara, makan je apa yang ada, main bunga api, jelajah satu kampung dengan geng memember kampung —seronok giler!
Tapi sekarang, kat dalam hati ni berkata-kata macam ada something yang hilang. Semangat raya dah tak sama macam dulu. Kak Tini perasan jugak, ramai yang mentioned kat media sosial, "Raya sekarang tak seronok macam dulu."

Zaman Kak Tini kecik-kecik dulu, setiap kali raya, ikutlah giliran kampung ayah ke giliran kampung ibu ke, second day berada di mana-mana lokasi, kitorang memang akan beraya ke rumah saudara-mara yang berada lebih jauh daripada kawasan rumah. Kitorang panggil 'balik kampung'.

Kampung ayah kat Teluk Intan dan kami akan balik ke BNO, Sabak Bernam as kampung. Memang dari pagi membawa ke malam baru lah balik semula ke Teluk Intan. Kalau time sampai kat rumah embah, ada geng embaraan, dengan kami-kami sekali join embaraan. Seronok sangat. Kalau balik kampung ibu kat Jelebu pun gitu juga, kami akan ke belah Simpang Pertang untuk menziarahi sanak-saudara.


Zaman Kak Tini kecik-kecik dulu, bukan takde handphone, tapi accessibility kuranglah berbanding sekarang kan, almaklumlah handphone botol air (jenis bateri besar tu). Masa beraya kat rumah embah dan bibik, kami akan ambil peluang untuk beramah-mesra, memang banyak la ceritanya, maklumlah, setahun atau setengah tahun baru berjumpa kannnn. Kak Tini siap belajar Bahasa Jawa Halus tau dengan arwah opah. Yelah, bila opah dok speaking, kita ni tak faham, alih-alih depa gelak, apa lagi, join sekaki la. Hahahaha.

Malam minggu terakhir Ramadan, orang lelaki dah start pasang panjut, lampu lip-lap, tukar kusyen, pasang langsir dan kemas halaman serta dalam rumah. Orang perempuan pula akan sibuk buat kuih raya, anyam ketupat, masak nasi impit, masak kuah kacang, masak rendang. Perghhhh, memang seronok.

Lagu raya pun sama, zaman Kak Tini membesar dulu, lagu-lagu lama memang sedap betul didengar, ada feel, sing-a-long, malar segar gitu. 

Tapi sekarang? Anak muda lebih suka lepak dengan kawan-kawan daripada berkumpul dengan keluarga. Hat yang duduk jauh tu, langsung tak kenal la citer dia. Balik kampung pun, mata melekat je pada telefon.


Yang lebih sedih, trend-trend negatif di media sosial menjadikan suasana raya semakin hambar:
1) Cara jawab kepada orang tua dengan gaya kurang sopan.
2) Berpakaian yang entahlah.
3) Buka sampul raya dan perlekehkan pemberi.

Anyway, mari kita cuba hidupkan semula semangat raya yang sebenar, bukan untuk tunjuk kat orang lain, tapi untuk cipta kenangan yang betul-betul berharga dengan insan tersayang.

Dengan ini, Kak Tini sekeluarga menyusun sepuluh jari dan memohon keampunan serta kemaafan atas segala kekhilafan dan kesilapan kami sama ada yang disedari mahupun tidak. Semoga Allah memberkati setiap detik hayat yang diberikannya kepada kita dan semua muslimin serta muslimat dikurniakan segala kebaikan di dunia dan akhirat.


Salam Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.

- Alif - Tini - Kaisah - Thaqif - Nuha - Khairah - Hafizzuddin - Alyahyalatif -

Team possible, aja aja fighting.

Muah ciked.

Hartini The Ghostwriter @ AI Image Creator
360 creativity at your utmost priority

#aidilfitri #salamaidilfitri #engagement #media #copywritingservices #copywriter #copywriterforhire #content #startnow #connections #connectingpeople #ghostwriter #ghostwritermalaysia #kbba9 #penulisupahan #servismenulis #penuliskonten #penulishantu #kelabbloggerbenashaari #hartinighostwriter #ghostwriterforhire #jomkahfi #transcription #transcriptionservices #translation #translationservices

FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE

xoxo


Post a Comment

1 Comments

  1. selamat hari raya jugak buat kak tIni..
    betul tu kak, bab malam raya lah terasa..hahaha, kalau dulu2 tak tido bersengkang mata memasak...tp skang, buka puasa last pun dah makan lauk raya...tp, ok je

    bab beraya tu, skang nie kalau p awal2 raya, jln jem merata..anak-anak mula lah asyik tanya , lambt lagi ke..labat lagi ke...mula mak pun nak hangin, jadinya, tak jadi beraya...hahaha
    apa2 pun, kita cuba hidupkan suasana raya tu dalam keluarga kecik kita je..insya-Allah, mudah mudahan ada kenangan raya untuk anak-anak kita...

    ReplyDelete