KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN DALAM BULAN RAMADAN

 Kita digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah dalam bulan Ramadan termasuk amalan membaca al-Quran. Justeru, kita haruslah berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat

KHATAM AL-QURAN

sekurang-kurangnya sekali dalam bulan Ramadan kerana ia sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan para salafussoleh. Walau bagaimanapun, tiada perintah atau arahan yang khusus daripada syarak yang berbentuk wajib untuk kita mengkhatamkan al-Quran dalam Ramadan. Galakan dan saranan tersebut berbentuk sunat dan bukannya wajib.

Bulan Ramadan amat sinonim dengan al-Quran kerana di dalam bulan ini diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi sekelian manusia. Firman Allah سبحانه و تعالى:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ

Maksudnya: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (Surah al-Baqarah: 183)


Keutamaan Amal Ibadah Dalam Bulan Ramadan

Selain itu, kita turut dituntut untuk memperbanyakkan amal ibadah di bulan Ramadan kerana setiap amal ibadah yang dilakukan di dalam bulan ini akan dilipat-gandakan oleh سبحانه و تعالى. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ ‏.‏ وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ

Maksudnya: Setiap amalan anak Adam akan digandakan pahalanya sebanyak sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda. Allah سبحانه و تعالى berfirman: Kecuali puasa, sesungguhnya ia milik Aku dan Aku yang akan membalasnya. Orang yang berpuasa meninggalkan nafsu syahwat dan makannya kerana-Ku. Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka puasa dan Kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih wangi di sisi Allah berbanding kasturi. (Riwayat Muslim)

Menurut satu hadis yang lain pula, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

مَنْ تَقَرَّبَ فِيهِ بِخَصْلَةٍ مِنَ الْخَيْرِ، كَانَ كَمَنْ أَدَّى فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ، وَمَنْ أَدَّى فِيهِ فَرِيضَةً، كَانَ كَمَنْ أَدَّى سَبْعِينَ فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ
Maksudnya: Sesiapa yang melakukan amalan sunat daripada perkara kebaikan di dalamnya (bulan Ramadan), sama seperti pahalanya melakukan amalan fardu di bulan-bulan lain. Sesiapa yang melakukan amalan fardu (di bulan Ramadan), sama seperti pahalanya menunaikan 70 amalan fardu di bulan-bulan yang lain. (Sahih Ibn Khuzaimah - 1887)


Amalan Sunat Dalam Bulan Ramadan

Antara amal-amal ibadah yang digalakkan untuk diperbanyakkan di bulan Ramadan termasuklah juga membaca al-Quran. Hal ini kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم sendiri bertadarus bersama Jibril di malam hari bulan Ramadan. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas RA, bahawa beliau berkata:

كانَ رَسولُ اللَّهِ ﷺ أجْوَدَ النّاسِ، وكانَ أجْوَدُ ما يَكونُ في رَمَضانَ حِينَ يَلْقاهُ جِبْرِيلُ، وكانَ جِبْرِيلُ يَلْقاهُ في كُلِّ لَيْلَةٍ مِن رَمَضانَ، فيُدارِسُهُ القُرْآنَ، فَلَرَسولُ اللَّهِ ﷺ حِينَ يَلْقاهُ جِبْرِيلُ أجْوَدُ بالخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ المُرْسَلَةِ

Maksudnya: Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah manusia yang paling pemurah (banyak bersedekah) terutama di bulan Ramadan ketika malaikat Jibril AS menemuinya. Jibril AS datang kepada Baginda صلى الله عليه وسلم setiap malam di bulan Ramadan, lalu mereka saling bertadarus al-Quran. Sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم orang yang paling pemurah dengan kebaikan (kepada orang yang memerlukan) lebih laju daripada tiupan angin. (Riwayat al-Bukhari - 3220)

Walau bagaimanapun, tiada perintah atau arahan yang khusus daripada syarak yang berbentuk wajib supaya kita mengkhatamkan al-Quran di bulan Ramadan. Kewajipan di dalam Islam ialah apa yang telah ditetapkan oleh Allah سبحانه و تعالى dan Rasul-Nya. Dalam satu hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau berkata:

أَنَّ أَعرابِيًّا أَتى النَّبِيَّ ﷺ فَقَال: يَا رَسُول اللَّهِ دُلَّني عَلَى عمَل إِذا عمِلْتُهُ، دخَلْتُ الجنَّةَ. قَالَ: تَعْبُدُ اللَّه وَلاَ تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا، وَتُقِيمُ الصَّلاةَ، وَتُؤْتِي الزَّكاَة المَفْرُوضَةَ، وَتَصُومُ رَمَضَانَ قَالَ: وَالذي نَفْسِي بِيَدِهِ، لا أَزيدُ عَلى هَذَا. فَلَمَّا وَلَّى، قالَ النَّبِيُّ ﷺ: مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَنْظُرَ إِلى رَجُلٍ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ فَلْيَنْظُرْ إِلى هَذَا

Maksudnya: Seorang Arab Badwi datang menghadap Rasulullah صلى الله عليه وسلم kemudian berkata: “Wahai Rasulullah صلى الله عليه وسلم, tunjukkanlah kepadaku kepada amalan yang mana jika aku lakukannya maka aku akan masuk syurga.” Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: “Kamu menyembah Allah سبحانه و تعالى dan tidak menyekutukan-Nya dengan yang lain. Kamu mendirikan solat, menunaikan zakat dan berpuasa di bulan Ramadan. Lalu dia berkata: “Demi Allah سبحانه و تعالى yang diriku berada di dalam kekuasaannya, aku tidak akan menambah lebih dari apa yang disebutkan ini.” Maka apabila dia telah beredar, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang suka untuk melihat seseorang dalam kalangan ahli syurga, maka lihatlah dia ini.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Kelebihan Bulan Ramadan

Hadis di atas menunjukkan bahawa apabila seseorang itu melaksanakan apa yang wajib ke atasnya, walaupun tanpa menambah amalan sunat yang lain, maka ia akan dimasukkan oleh Allah سبحانه و تعالى ke dalam syurga-Nya. Oleh yang demikian, semua galakan dan saranan untuk mengkhatamkan al-Quran di bulan Ramadan tersebut adalah sunat dan tidak sampai menjadi suatu kewajiban. Hal ini sepertimana disebutkan oleh Syeikh Nawawi al-Jawi di dalam Nihayat al-Zain fi Irsyad al-Mubtadiin bahawa:

وَالتَّاسِع ختم الْقُرْآن فِي جَمِيع رَمَضَان

Maksudnya: (Sunat puasa) ke-9 : Mengkhatamkan al-Quran di keseluruhan bulan Ramadan.[1] (Rujuk Nihayat al-Zain fi Irsyad al-Mubtadiin: 195)

Disunatkan juga untuk mengkhatamkan al-Quran dalam solat sunat tarawih iaitu dengan dibaca satu juzuk pada setiap malam yang dibahagikan kepada 20 rakaat.[2] Selain itu juga, amalan memperbanyakkan bacaan dan mengkhatamkan al-Quran di bulan Ramadan juga merupakan adat kebiasaan para sahabat, tabi’in dan ulama salaf.


Riwayat Terdahulu

Diriwayatkan daripada Ibrahim al-Nakha'ie, seorang tabi’in iaitu al-Aswad Ibn Yazid mengkhatamkan al-Quran pada setiap dua malam pada bulan Ramadan.

Begitu juga, Qatadah mengkhatamkan al-Quran dalam masa tujuh hari, apabila tiba bulan Ramadan beliau mengkhatamkan dalam masa tiga hari dan apabila tiba sepuluh terakhir Ramadan, beliau mengkhatamkannya pada setiap malam.

Mujahid pula mengkhatamkan al-Quran sebanyak sekali pada setiap malam dalam bulan Ramadan.
Manakala  Imam al-Syafie pula mengkhatamkan al-Quran sebanyak 60 kali di dalam bulan Ramadan sepertimana yang diceritakan oleh murid beliau, al-Rabi Ibn Sulaiman sepertimana dinukilkan oleh al-Zahabi dalam kitabnya, Siyar A’lam al-Nubala’.

Oleh itu, hendaklah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengikut Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan para salaf dalam memperbanyakkan bacaan al-Quran sehingga khatam bahkan lebih daripada sekali jika mampu. Oleh yang demikian, jika sekiranya seseorang tidak mengkhatamkan al-Quran dalam bulan Ramadan dalam keadaan dia mampu, maka ia tidaklah dikira berdosa, namun sesungguhnya dia telah terlepas kebaikan dan kelebihan yang banyak.

Jom dapatkan al-Quran travel saiz poket dengan design floral yang sangat cantik dan lengkap mempunyai terjemahan rumi.


Spesifikasi

– Saiz A6
– Saiz poket sesuai untuk travel
– Terjemahan Bahasa Melayu
– Tagging bewarna warni
– Penanda muka surat dan rujukan tajwid

Boleh juga dapatkan al-Quran Khadeeja yang dicipta eksklusif untuk golongan wanita.Ada banyak ayat al-Quran khusus mengenai wanita, keluarga, pernikahan, petikan hadis, ibrah dan asbabun nuzul yang dihighlightkan dalam Quran Khadeeja.


Spesifikasi

– Saiz A5
– Quran berzip
– Boleh dijadikan hantaran
– Terjemahan Bahasa Melayu
– Pilihan warna yang lembut sesuai untuk kaum hawa
– Ada lanyard untuk mudah pegang
– Slot kad
– Penanda muka surat dan rujukan tajwid
– Cermin di dalam

Klik di sini untuk menempah al-Quran eNuur.

FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE

xoxo


Post a Comment

1 Comments

  1. semoga kita berjaya khatam Al-Quran sebelum Ramadhan tamat nanti. Aamiin...

    ReplyDelete