8 RESIPI BISKUT RAYA DENGAN IDEA BARU, DAH LAH MUDAH, SEDAP PULAK TU!

Hari Raya Aidilfitri sememangnya waktu yang penuh dengan keceriaan dan makanan yang sedap! Tapi, korang pernah tak rasa bosan dengan biskut raya yang sama setiap tahun? Jangan risau, Kak Tini ada jawapannya - 8 resipi biskut raya yang super best! Biskut-biskut ni bukan main sedap pulak tu, memang akan buat tetamu korang teruja! Gandingkan biskut raya yang dah biasa kita buat dengan biskut raya idea baru dan best kali ni!

8 RESIPI BISKUT RAYA DENGAN IDEA BARU

Biskut Tembikai Potong


Bahan-bahan

250 gm buttercup
180gm gula halus
300gm tepung gandum (diayak)
150gm tepung jagung (diayak)
5 sudu cornflakes (diblend halus dan diayak) - yang takde jenama pun takpe, avoid #israelsupporters
1 biji kuning telur
Pewarna kuning, merah & hijau
Bijan hitam (untuk hiasan)

Cara penyediaan

1. Masukkan butter dan gula. Kacau hingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan kacau lagi.
3. Masukkan tepung gandum + tepung jagung + cornflakes. Gaul hingga rata
4. Bahagikan doh kepada 2/3 bahagian bergantung kepada warna apa yang anda mahukan. Sama ada warna merah atau kuning atau nak dua-dua dan warna hijau.
5. Pastikan doh warna hijau kurang sedikit daripada warna merah dan kuning.
6. Buat bulat-bulat kecil ikut selera masing-masing (buat sama banyak tau)
7. Leperkan bulat-bulat hijau sebab nak jadikan kulit luar.
8. Masukkan bulat-bulat merah atau kuning atas kulit hijau tadi dan pastikan kulit hijau meliputi kesemuanya.
9. Buat sampai siap dulu baru ambik pisau yang paling tajam.
10. Bulat-bulat yang dah siap tadi dibelah 4 macam belah telur tu.
11. Susun bijan dekat doh yang dipotong itu.
12. Masukkan dalam papercup. Bakar pada suhu 180 selama 20 hingga 30 minit atau sehingga masak. Bergantung kepada oven masing-masing.

Meringue Cookies


Bahan-bahan

Gula castor 300g
Putih telur 150g
Pewarna makanan

Cara penyediaan 

1. Mula-mula campurkan putih telur dengan gula dalam satu mangkuk.
2. Kemudian panaskan atas air mendidih secara double boil sampai gulanya larut. Kena kacau selalu ya supaya tidak berketul-ketul.
3. Masukkan campuran putih telur dengan gula yang sudah larut tadi ke dalam mixer.
4. Pukul sampai adunan seakan-akan berkilat. Bila sudah jadi meringue, kalau diangkat mixer tu adunannya ‘bertanduk’ dan bila terbalikkan mangkuk pun ia tidak jatuh ke bawah.
5. Pewarna dilorekkan pakai lidi sate di bahagian dalam piping bag. Terpulang hendak pakai warna apa atau mahu lorekkan macam mana ya.
6. Seterusnya bolehlah ‘pipe’ kan meringue ikut bentuk yang kita suka.
7. Sambil itu boleh pre heat kan oven. Bakar dalam suhu 100 darjah celsius selama 50-60 minit.
8. Lepas bakar, biarkan dalam oven sampai sejuk

Tart Bunga Tulip


Bahan-bahan

250gm butter/marjerin
30gm gula halus
1 biji kuning telur
300gm tepung gandum
200gm tepung jagung
1/4 cawan susu pekat
1 sudu kecul esen vanila
Pewarna yang disukai
Jem nanas

Cara penyediaan

1. Pukul butter dengan gula menggunakan senduk kayu. Kemudian, masukkan telur, susu dan esen vanila.
2. Ayak tepung gandum dan tepung jagung. Masukkan dalam adunan sikit-sikit ya. Kalau tepung dah habis letak tapi masih lembik boleh tambah tepung lagi sikit.
3. Tekap acuan bunga atas adunan berwarna pink kemudian letak jem nanas. Muncungkan sedikit di bahagian hadapan dan letak daun menggunakan doh berwarna hijau.
4. Panaskan oven dahulu sebelum mula membakar biskut.
5. Bakar pada suhu 170 api bawah sahaja dan letak biskut di bahagian tengah rak ya. Bakar selama 15 hingga 20 minit atau sehingga masak.
6. Biarkan sejuk baru simpan dalam bekas kedup udara.

German Cookies


Bahan-bahan

350g mentega
375g tepung kentang/potato starch
200g tepung gandum, diayak
100g gula ising, diayak
Secubit garam

Cara penyedian

1. Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan.
2. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
3. Rehatkan sekejap. Bahagikan kepada 7 bahagian dan masukkan warna yang disukai.
4. Ambil sedikit adunan, kemudian bulat-bulatkan dan susun atas dulang pembakar. Guna garfu dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 selama 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Biskut Sarang Semut


Bahan-bahan

1 buku butter
1 cawan gula
1 cawan tepung custard*
1 cawan tepung jagung*
3 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji kuning telur
Papercups
Choc rice
(Ayakkan semua bahan tanda *)

Cara penyediaan

1. Pukul butter + gula hingga putih.
2. Masukkan telur & esen vanilla.
3. Masukkan tepung sikit demi sedikit hingga dapat adunan yang sempurna.
4. Parutkan adunan dan masukkan ke dalam papercups.
5. Taburkan choc rice.
6. Bakar suhu 170 selama 20 minit.

Biskut Dahlia


Bahan-bahan

1 cawan butter
1 cawan gula kaster
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastard
1 biji kuning telur
2 cawan tepung gandum
2 titik esen vanila

Cara penyediaan

1. Gaul sebati kuning telur, gula kastor, butter dan esen vanila.
2. Bila dah sebati, masukkan bahan yang sudah diayak iaitu tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung. Uli hingga sebati.
3. Masukkan ke dalam acuan dan susun atas tray.
4. Bakar suhu 170 api bawah selama 15 hingga 20 minit bergantung oven masing-masing.

Red Pearl Cookies


Bahan-bahan

150gm mentega
150gm tepung gandum
75gm gula kastor
60gm cornflakes
50gm coklat chips
25gm almond nibs
1 sudu teh esen vanila

Cara penyediaan

1. Kacau mentega, gula, dan esen vanila menggunakan sudip kayu hingga sebati.
2. Campurkan semua bahan kering dan gaul sebati hingga menjadi doh.
3. Cubit doh sebesar ibu jari, bulatkan sedikit dengan jari. Doh biar meninggi supaya tidak meleper sewaktu dibakar.
4. Susun di atas dulang pembakar yang dilapik baking paper. Tekan hirisan ceri merah di bahagian tengah biskut.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 160 selama 20 hingga 25 minit.
6. Sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Cofee Bean Cookies


Bahan-bahan

120g tepung gandum
25g tepung jagung
12g serbuk koko
4g kopi segera
8g air panas/susu
75g mentega
70g gula aising
1 biji kuning telur

Cara penyediaan

1. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung bersama-sama ke dalam mangkuk. Kemudian ayak dalam serbuk koko. Kacau hingga sebati lalu ketepikan.
2. Larutkan serbuk kopi segera dengan air panas lalu ketepikan.
3. Dalam mangkuk lain, pukul mentega dan gula hingga berkrim. Kemudian masukkan bancuhan kopi dan kuning telur. Kacau hingga sebati
4. Masukkan adunan tepung, gaul hingga sebati. Jangan overmix.
5. Bahagikan (8g) dan canai doh sama banyak menjadi bebola berbentuk bujur.
6. Menggunakan pisau mentega, potong sedikit doh di tengah
7. Biarkan di dalam peti ais selama 30 minit.
8. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170c selama 30-40 minit.
9. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan ia sejuk sepenuhnya di atas rak dawai

Cuba, jangan tak cuba tau!

FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE

xoxo


Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

Post a Comment

Previous Post Next Post