Thursday, July 30, 2009

@ mari order - KUIH RAYA

0 comments
Kepada pemborong / pembeli kuih raya, kami menjual homemade honey cornflakes & choc cornflakes.

Toppings:
- chocolate chip
- chocolate rice
- rainbow rice
- hazel nut
- almond
- cherry

Untuk harga pemborong, harga adalah SPECIAL!! Tetapi kena membeli lebih dari 10 balang.

a. Kellogg's Honey Cornflakes
RM14 = 50 biji (harga pasaran)
Penghantaran sekitar Lembah Klang adalah PERCUMA
Bagi penghantaran luar dari sekitar Lembah Klang, bayaran tambahan sebanyak RM6.00 dikenakan bagi setiap 50 biji untuk kos penghantaran....

b. Kellogg's Choc Cornflakes
RM15 = 50 biji (harga pasaran)
Penghantaran sekitar Lembah Klang adalah PERCUMA
Bagi penghantaran luar dari sekitar Lembah Klang, bayaran tambahan sebanyak RM6.00 dikenakan bagi setiap 50 biji untuk kos penghantaran....

=> untuk penghantaran, boleh dirunding...
=> untuk tempahan, sila hubungi 019-2097040 atau e-mailkan ke alamat mazhar_alti@yahoo.com
=> mari mengorder

@ tumbuk kang

0 comments

Lihatlah dunia... wajah-wajah kegembiraan my intelligent little angel, Nur Alif Kaisah... siap dengan wrestling punya penumbuk lagik tuh... hahahaha... earmm... bak kata one of my colleague lah kan, u need 2 hands to clap but only one hand to slap... hmppp... gatal gak tangan rasa cam nak menye'lap' owang nih... owang yang tak reti bahasa... tak reti but buat-buat cam reti... please refer to previous E.M.O. entries... hihihihih...

Dengan penuh bergaya... my intelligent baby sekarang nih... ya ampun, dah pandai bergaya okay... bila nak keluar tuh, siap pilih nak pakai kasut mana wa cakap lu... then, she will match it with cap or hat yang matching... ;) everyday al-wajib bawa Kaisah keluar untuk vroom-vroom... setakat pegi Kedai 99 SpeedMart pun jadikla... asalkan vroom-vroom... like mother like daughter... hihihihi... almaklumlah, ibu Kaisah nih kaki melancong... not melencong okay... ;)

Semenjak dah pandai bercakap nih... perghhh... 'Bu... vroom-vroom...' pastu siap tunjuk padang permainan yang dekat ngan umah tuh... sabo jek la... kengkadang tu, kalau tak bawak... mula la cebik... anak, anak... mane taknye, sejak dari lepas pantang... (infact masa dalam pantang pun) dok berjalan sana-sini... hihihihi... so memang dah jadik kebiasaan la kan... sabtu, ahad memang wajib... kalau tak Tesco, Giant... standard la tuh, parking free... ;)

Oh ye, nak dijadikkan cerita... last week masa pergi Tesco... along Qashah ilang!!!... dah la on Saturday tepon gue ilang, on Sunday masa pi beli lauk, along lak missing in action... huhuhuhu... I story u'olls in my next entry ek... nak makan sat... lapo...

Tuesday, July 28, 2009

@ hitam putih kehidupan

1 comments
Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan
Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa
Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban
Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan
Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendiri yang menentukan
Hidup ini usah persiakan

=> lagu yang bermotivasi tinggi oleh Datuk Sheila Majid... I like...

Sunday, July 26, 2009

@ tepon ilang

1 comments
Tepon ilang!!! huhuhuhu... tercicir masa nak pi Giant beli lauk... well, memula tuh Kaisah pegang... then sebab Kaisah tanak lepaskan, kami pun gerak jek la... along Qashah jalan kat belakang untuk pastikan phone tak terjatuh dari tangan Kaisah... after that, masa bagi Kaisah untuk dipegang oleh Angah, tepon ada lagik... pastu masa sampai kat Giant phone tadak... waaaa...

@ poyo arr

1 comments
I'm so freaked out masa hari Jumaat ari tu... ada la this one client punya staff, she was not the Project Manager of 'Project X' cuma Head of the so-called department aaaaa... well, her hubby was previously our staff but now dah blah... okeh, dipendekkan citer... there's so many deliverables yang diorang mintak... sampai yang tak logik pun ada... siap takde dalam the request for proposal pun... tapi, minah nih, depan baik jek cakap... kononnye tak perlu semua tuh... dia tanak pun requirements tuh...

So, nak dijadikkan citer, dia nih pakai tudung labuh ala-ala baik gitu... kitorang nih respek aa sobab ee dia lagik senior... bukan la aku nak kata owang pakai tudung labuh nih tak okeh, kengkawan aku ramai gila yang bertudung labuh dan elok perangainya...tapi yang ini... depan bukan main manis lagik, kat belakang... kaw-kaw dia kutuk dengan mengatakan yang templates tak bagus la, the personnels yang handle tak well-verse la, programmer ngan software engineer nih ape pengalamannye, bila tanya senyap jek... hak eleh, bengang gila... terus cakap ngan our directors lak tuh...

Poyo punya KH... kalau cakap depan-depan lagik okay kan, bukan bebudak tuh tadak kat situ... aku yang menyirap tuh sebab masa beberapa kali aku attend meeting Project X nih... si KH tuh lebih sudu dari kuah... manager relax jek... dia lak yang lebey... bengang sungguh!!!

Thursday, July 23, 2009

@ panduan stimulasi bayi

0 comments
BUKAN semua ibu dilahirkan dengan ilmu cara mendidik anak yang sempurna. Tapi yang pasti semuanya mahukan bayi mereka membesar menjadi kanak-kanak yang bijak dan cerdas. Cara stimulasi pada bayi di tahun pertama usia mereka amat penting bagi memastikan maksud anda tercapai.

Sebanyak sembilan cara stimulasi yang di bawah mungkin boleh memberi idea kepada ibu bapa untuk mendapatkan bayi yang cergas dan cerdas.
1) Berikan anak bahan-bahan untuk mengembangkan kreativiti.
Berikan anak melukis dengan menggunakan krayon dan kertas. Alaskan kertas di lantai atau meja. Pastikan anda sentiasa berada di samping mereka supaya anak tidak boleh memasukkan krayon tersebut ke dalam mulut. Jangan biar anak menggunakan pensel atau pen kerana bentuk objek itu tajam. Selain melukis dengan krayon, penggunaan alat muzik juga dapat merangsang bayi. Gunakan senduk kayu dan ketuk periuk, beri contoh kepada anak anda dahulu dan kemudian awasi mereka apabila senduk diberikan kepada mereka untuk meniru aksi anda tadi.

2) Biar mereka mengambil dan meletakkan mainan sendiri.
Berikan mainan seperti memasukkan bongkah berbentuk segi tiga atau segi empat ke dalam lubang-lubang yang sesuai kepada anak-anak. Bayi umumnya akan lebih pandai mengeluarkan bongkah tersebut daripada memasukkannya semula. Jika anda tidak memiliki mainan seumpama itu boleh juga menggunakan kotak kosong, mangkuk plastik dan gunakan gumpalan kertas untuk dimasukkan ke dalamnya. Pastikan objek yang digunakan bersaiz sesuai agar anak tidak boleh menelan dan seterusnya mendatangkan bahaya kepada mereka. Anda juga boleh menggunakan pasir dan air untuk latihan menuang ke dalam bekas dan bayi biasanya menyukai kedua-dua bahan ini, tetapi pengawasan yang ketat amat perlu.

3) Latih bayi bermain mainan yang menguji kecekapan tangannya.
Mainan yang perlu diputar, ditekan, ditarik, disorong seperti kereta mainan akan membantu anak untuk mengunakan tangannya dalam pelbagai cara. Ibu bapa perlu menunjukkan terlebih dulu kepada anak sebelum anak dapat menggunakan mainan ini. Apabila si anak sudah mula mahir akan permainan seperti ini, ia boleh melalaikan mereka sehingga berjam-jam.

4) Beri mainan kepada anak ketika mandi di bilik air.
Mainan di bilik mandi banyak mengajar bayi tentang konsep kegembiraan. Buatlah buih-buih gelembung untuk anak, percikkan air dan permainan seperti itik berenang agar anak akan merasa gembira.

5) Permainan mengikut pergerakan ibu bapa.
Bapa menepuk tangan, ibu juga sama, perlakuan seperti ini akan membuatkan anak mengikut gerak ibu dan bapa. Ajarkan juga pergerakan lain seperti melambai, salam dan sebagainya. Bayi akhirnya akan menguasai pergerakan tersebut dan mereka juga boleh melakukannya ketika bersama bayi lain.

6) Terangkan kepada anak tentang buku, majalah, atau apa saja yang bergambar.
Anda tentu tidak dapat memelihara pelbagai binatang di rumah, tapi anda boleh memperkenalkan jenis binatang kepada anak anda dengan melihat buku atau majalah. Mungkin anak akan cepat jemu kerana tahap penumpuan perhatian mereka masih terhad, namun percayalah amalan melihat buku ini akan menerbitkan minatnya untuk membaca kelak.

7) Bahan untuk permainan berimaginasi.
Alatan permainan memasak atau cara penjagaan bayi amat sesuai untuk bayi perempuan. Untuk bayi lelaki pula boleh mencuba mainan seperti kereta, lori, topi dan sebagainya. Permainan seperti ini dapat meluaskan daya imaginasinya.

8) Benarkan anak pergi ke tempat yang selamat untuk belajar memanjat.
Bayi memang suka menaiki tangga di rumah (jika anda tidak dapat mengawasi mereka, sebaiknya letakkan penghadang keselamatan) . Untuk merangsang bayi agar otot mereka kuat dan minda cerdas, cuba biarkan bayi memanjat dan bergayut. Biarkan mereka melakukannya sendiri tetapi berdirilah dekatnya dan bersedia untuk menyelamatkan jika diperlukan.

9) Bawa anak merasai suasana yang baru dan berlainan.
Rumah yang sama, kereta yang sama akan membuatkan bayi bosan. Apa kata bawa bayi ke taman permainan dan padang yang luas bagi bayi merasai suasana menakjubkan di luar sana. Tidak salah sesekali bawa mereka keluar pada waktu hujan agar mereka dapat pengalaman belajar.

Wednesday, July 22, 2009

@ meeting tak sudah-sudah

1 comments
Aiyakkkkk... semangat ibu Kaisah yang berkobar-kobar nih terpaksala ditangguhkan dulu sobab eee... dari minggu lepas dok meeting, meeting , meeting... keje dah berlambak-lambak dah nih... dahla internet out... nak Google pun payah... huhuhuhuhu... pendek kata, keje-keje-keje... macam dalam cerita P. Ramlee tuh... ;)

Banyak gila beb documentations yang nak kena develop..
1) Quality Management Plan
2) Quality Assurance Plan
3) Configuration Management Plan
4) Data Migration Plan

Itu baru part of it... huhuhuhuhu... I'm damn sleepy today, sobab ee... Kaisah batuk2, demam sikit ngan selsema... kesian sungguh to my intelligent bb... ;(

I'm worried actually due to lotsa sickness nowadays... pneumonialah, selsemalah, whateverlah... takut beb... even my bff punya daughter dah kena hospitalised masa bulan 3 ari tuh sebab pneumonia... Ya Allah, jauhkanlah segala bala bencana dan penyakit dari kami sekeluarga juga umat Islam sekalian... AMIN...

Semalam, masa balik dari keje, melepek jek Kaisah... kesian sungguh... oh Anakku... tai lepas bagik Kaisah menyusu... terus nampak sihat dan playful and cheerful cam biasa, well... memang betul la kata orang, susu ibu tuh memang penawar dan penuh berkhasiat... semenjak Kaisah dah berlari dan pandai bercakap sesikit nih... aku tengok Kaisah agak susut badannya... dah tak macam dulu... kalau dulu, bila pegang jek... sedap jek... now, dah susut...

Latest punya berat masa timbang aritu, 8kg ngam-ngam... hmppp, ingatnya nak bagik Kaisah makan vitaminslah... tai masih dok survey-survey vitamin ape yang sesuai... juga mungkin nak tukar susu Kaisah...

Before: Isomil Advance Eye Plus
Now: Isomil Advance Eye Plus and Sustagen Junior 1
Future: Enfagrow 4xDHA... tapi tak pasti lagik...

=> masih ding-dong bell...

@ on iman

0 comments

Tuesday, July 21, 2009

@ anak-anak bijak

1 comments
Lima biji buah durian jatuh diatas atap
Satu biji kena makan tinggal lagi empat
Empat biji buah durian simpan di dalam raga
Satu biji kena jual tinggal lagi tiga
tiga biji buah durian letak di bawah tangga
Satu biji beri kawan tinggal lagi dua
Dua biji buah durian letak di depan pintu
Satu biji beri jiran tinggal lagi satu
Satu biji buah durian letak di dalam tapis
Satu biji kami makan durian sudah habis

=> simple yet full of courteasy...

@ didik anak menggunakan otak kanan

0 comments
Setelah agak lama ibu Kaisah tidak mengupdate blog walaupun semangat untuk melakukannya adalah sungguh berkobar-kobar... kini tibalah masanya untuk segala-galanya diluahkan... however, before we go further, let's view this article yang aku ternampak masa dok browse net...

Anak yang bijak menjadi kebanggaan ibubapa. Bagaimana ingin merealiasikannya? Ramai orang menganggap anak bijak adalah anugerah. Namun kajian di Jepun menunjukkan melatih anak menggunakan otak kanan untuk berfikir adalah lebih efektif melahirkan anak bijak berbanding otak sebelah kiri.

Mungkinkah anak kita boleh menjadi sebahagian daripadanya dengan mengamalkan tips-tips di bawah mengikut kajian mereka? Sama-sama kita praktikkan.

1. Sewaktu anak tidur-tidur ayam, bercakap-cakaplah dengan mereka dengan sepenuh hati dan sejujurnya bahawa kita sayang padanya, dia budak yang baik, soleh, kuat, tak sakit, bijak dan sebagainya. Ini kerana semasa mereka sedang tidur-tidur ayam otak kanan sedang bekerja. Manakala otak sebelah kiri sudah tidur.

2. Gunakan kad imbas balik semasa mengajar anak. Contohnya kad ABC-Z. Tunjuk laju-laju supaya otak kanannya bekerja keras untuk menagkap apa yang kita tunjukkan. Kita boleh buat sendiri kad-kad tersebut dengan menulis perkataan pendek-pendek dan mudah atau angka 1,2,3, gambar-gambar yang kita boleh potong di mana-mana dan sebagainya.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, jadi ajarlah anak-anak kita bermain tanah liat, cat air, melukis, menggunting kertas, origami dan sebagainya. Kita juga boleh menguji otak kanan mereka dengan hanya melukis gambar, contohnya rama-rama sebelah sahaja dan suruh mereka cuba melukis sebelah lagi.

4. Jangan marah atau tengking anak. Ini kerana mereka akan simpan apa yang kita marah tadi pada otak kiri. Jika kita terlanjur, maka ulangilah langkah pertama tadi dan minta maaf pada mereka.

5. Kita juga boleh memulakan cerita, tetapi jangan habiskan, suruh mereka sambung cerita kita tadi, biarkan mereka bercerita walaupun merapu.

6. Bermain teka-teki dengan anak-anak. Kita boleh masukkan barang dalam kotak dan suruh mereka teka, atau suruh mereka cari benda tersembunyi misalnya ketika di atas katil, kita minta mereka mencari gambar yang ada pada cadar mereka, gambar, poster atau apa-apa sahaja yang kita gantung pada dinding.

7. Ganti perkataan jangan dengan perkataan tolong. Contohnya… Tolong senyap bang… berbanding Jangan bising bang…. Ini kerana bila kita sebut jangan, itulah yang mereka suka buat.

InsyaAllah, jika kita amalkan mungkin anak kita sebahagian daripada mereka yang pintar.

@ Kaisah dah 1 year 2 months

0 comments
zwani.com myspace graphic comments

=> Happy 1 year and 2 months to Nur ALif Kaisah... ibu and ayah love u always and forever... muahhh... semoga membesar dengan sihat dan cerdas serta menjadi anak yang solehah dan senantiasa beroleh kejayaan untuk hidup di dunia dan akhirat... AMIN...

Monday, July 13, 2009

@ 3 tahun 11 bulan

0 comments
myspace comments
Happy Anniversary yang ke 3 tahun 11 bulan to hubby and me... muahhhhh...

Sunday, July 12, 2009

@ sambutan 23052009 (IV)

0 comments

Episod kedua... Angah... Kak Uda suruh tunda majlis... aku berkata-kata dengan muka yang sungguh sadis...camne nih Angah???... lex, lex... jangan kabut... ape citernye??? Angah terus mengajak aku duduk sambil terpisat-pisat dek kerana baru bangun dari lena yang panjang... ayat... tak hengattt... okay bersambung... kenape lak Kak Uda suruh tunda??? aikk, tak bole jadik nih... barang-barang basah semua dah beli nih... tu la tu...

Kak Uda cakap Putra ngan Qashah demam so tunda la... what??? mane leh, persiapan dan dibuat, tetamu dah dijemput... tau takpe... buntu kepala hotak den ni haa... huhuhuhuhu... ;(

Takpe, biar angah call Kak Uda... pegi beli barang-barang yang tak cukup lagik tuh... takpe... biar angah handle... so, ibu Kaisah pun terus aa vroom vroom ke Pasar Borong Selangor... and it takes me for about half an hour to do all of the groceries buying... zup zap zup zap jek... pegi sengsorang jek maa... so cepat la kan... kalau dok bawak askar-askarku yang ramai itu... hmppp, lambek dibueknyo...

Balik jek dari pasar, aku pun terus ke umah angah in order to find out regarding the feedback or outcome of her roger to Kak Uda... and alhamdulillah, with a huge grin angah told me that OK... semua dah settle... Kak Uda was some sort of having a kepenatan melampau coz Putra kan tak sihat... then nak kena jadik Head of Chef la pulak... stress wooo...

Understood Kak Uda... and thank you very much for your continuous help and support...

Wednesday, July 8, 2009

@ sambutan 23052009 (III)

0 comments

Letak gambar jek dulu... esok gua edit...

weolls @ world

weolls @ labels

 

All About Us Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates