Korang, sedih sangat malam kelmarin... seriyes, tak tau nak gambarkan macam mana perasaan aku masa jadi saksi kejadian tu... aku memang seriously sampai laaa ni masih terbayang-bayang lagi di depan mataku ini bagaimana seekor kitty cat comel ni telah dilanggar secara tidak sengaja... huhuhuhu... sedih gila ohoiiii...
Gini ceritanya, hari Selasa baru ni, I was exhaustedly drained until tak tau nak makan apa... kebetulan pula dak Siti (lebih kurang macam anak angkat pun boleh sebab beza umur kami 20 tahun ohoiiii) pun rajin jugak nak melayan aku ni haaa... thus, we went over to satu area ni, masih lagi dalam mukim Pengerang to find a good eatery area so that dapatlah terjumpa dengan any great food for my taste buds... sepanjang perjalanan tu kami chit-chat la macam biasa dengan pelbagai kisah yang dilalui seharian...
Tiba-tiba Siti ternampak ex-supervisor masa dia bekerja di tempat kerja lamanya tahun lepas... so, lepas dah park kereta (aku penumpang ya), kami pun turunlah together-gather... aku terus ke arah kedai yang mana dak Siti nak beli nasi kukus manakala dak Siti pulak headed ke arah supervisor dia untuk menyapa... lepas aku dah tapaukan makanan dak Siti, aku pun pergilah ke arah mereka yang sedang berborak tu... ex-supervisor Siti kat dalam kereta dah masa tu sebab dia dah nak gerak balik... masa aku tiba kat situ, aku ternampak ada seekor anak kucing yang berwarna oren sedang bermain-main di tayar kereta ex-supervisor Siti dan aku yang penakut kucing ni terus panggil-panggil anak kucing tu agar beredar dari kawasan blind spot tu... alhamdulillah, the kitty cat mendengar kata dan datang ke arah aku... aduhai, terlompat-lompat aku kegelian sebab risau anak kucing tu main-main kat kaki aku... hehehehe...
Sambil tu, aku tengok-tengok lagi kat area kereta ex-supervisor dak Siti, tengok punya tengok, memang takde apa-apa pun kat situ, kat depan, kat belakang, bawah kereta semua takde apa-apa... anak kucing ke, ibu kucing ke, ayah kucing ke langsung takde... so, tibalah masanya ex-Supervisor dak Siti nak gerak balik... dia pun reversekan kereta... masa dia ke depan untuk meluncur laju, tiba-tiba macam ada bunyi, ex-supervisor dak Siti terus berhenti...
THEN, KELUAR SEEKOR ANAK KUCING OREN DARI BAWAH KERETA WEI!!!
We were so schocked... kaget gila weiiii... aku terus tergamam, dak Siti dah terjerit dah kat situ, ex-supervisor Siti yang kat dalam kereta pun terus terdiam... aku pusing ke belakang aku nampak anak kucing oren yang pertama aku nampak tadi, ibu kucing pun ada sekali... SO, DARI MANA DATANGNYA ANAK KUCING OREN YANG SEEKOR LAGI NI?... ya Allah, seriously kesian... terbanting-banting anak kucing oren ni keluar dari bawah kereta... huhuhuhu... tak sampai 5 minit, terus anak kucing ni kaku di atas jalanraya... ibu kucing terus meluru ke arah anak kucing oren (anaknya kot)... then dia usap-usap badan anak kucing oren yang sudah tidak bernyawa itu... ya Allah, sedih gila seh masa tu... anak kucing oren pertama turut datang mengusap anak kucing oren yang tidak bernyawa itu... alahai, seriously, bergenang mata aku...
Sebelum gerak dari area tu, kami bawa balik bangkai anak kucing oren dan terus minta tolong Putra (Siti's friend) untuk kebumikannya... terima kasih Siti dan Putra... semoga anak kucing oren BERBAHAGIA DI SANA... huhuhuhu... tetiba teringat terus kat kucing-kucing kat rumah Puchong, si Boyot, si Tih, si Teh dan dak Labu (yang baru 18 hari umurnya hari ini) dan juga arwah Gebu... semoga semua kucing-kucing keluargaku sihat-sihat sahaja...
Baca ini juga: Cara Memilih Makanan Kucing
xoxo
12 Comments
x sanggup nak tengok..
ReplyDeletetu la tu... haritu dak Siti yang angkat anak kucing oren tu...
DeleteKesiannya T__T
ReplyDeletekannnn, tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata sedihnya tu...
DeleteAnak2 kucing memang suka duduk bawah kereta
ReplyDeleteKalau tak sedar, mungkin boleh kena langgar
tu yang jadi tak perasan agaknya haritu...
DeleteSedih yer
ReplyDeletehaa'ahh... sedih sangat rasanya... speechless terus...
DeleteTeringat kucing kesayangan kena ppukul dulu. Sedih. Taknak bela kucing dah lepas tu.
ReplyDeleteoh gosh, sape yang pukul?... tak berperikemanusiaan sungguh... adoi, dah bergenang dah mata ni...
DeleteAlahaii sedihnya tengok
ReplyDeleteAlahai kesiannya dia. Kalau kucing yang marina bela mati boleh buat nanges ni
ReplyDelete