BAD SUBORDINATES - STOP OFFICE BULLY - IT HAPPENS

Ni ada satu bahagian yang aku nak letakkan kat dalam cerpen yang tengah aku usahakan... gini ceritanya yang diceritakan oleh XXX semasa kami berjumpa tempoh hari...

Okay, hari ni nak #balingbelakang #throwback tentang pengalaman yang sangat pedih, perit, jerih di ex-organization aku... masa kat sana aku dah kat senior management level... tapi, apabila tempat kerja ko tu mengamalkan favourism, orang lama disanjung padahal tak buat kerja pun (kaki mengular + damn negative minded), what is the point of you having a new talented peep kalau every single thing yang dicadangkan dan dibuat ko sibuk nak masuk campur dan pangkah?... just imagine ye gaissss, family business, faham-faham je lah... habis satu keluarga sibuk turun padang dan mengganggu operasi syarikat... mak, bapak, kakak, adik, makcik, pakcik, sepupu dan sebagainya semua sibuk nak handle kerja... bagi aku, kalau dah nak handle kerja tu, might as well buatlah sendiri, tak payah hire orang untuk selesaikan kerja tu... lagi save budget korang weiiii...

Anyhow, bila dah semua operation dikacau-bilaukan, of course la akan datang complaint... haaa, masa tu barulah menggelibas, tergedik-gedik nak cari punca masalah tersebut... but the root cause is nothing else than YOU yang keep interrupting... itu je... benda boleh bagi orang yang expert buat, ko pergi sibuk-sibuk just because ko pemilik, cheap sangat la kannnn... and then, geng negatif yang memang dah tau style korang tu, apa lagi, bukak la kipas dan air-cond berjuta HP... mana tak melingkup jadinya...


Masa aku memula masuk kat sana, analysis on complaint pun tak pernah ada (tak pernah nampak sehhhh), tapi depa boleh kata langsung takde complaint... percaya ke percaya?... hahahaha... dengar boleh percaya jangan ye tuan-tuan dan puan-puan... berbisnes syok sendiri ke apa?... within the ISO standard pun, kita tak kata yang ko kena hasilkan barang yang 100% free from defect... kalau ko kata company ko ni 0% defect dengan menjurus kepada complaint sahaja, maksudnya ko belum habis berguru lagi... meh daftar training dengan makcik ni... hahahaha...

Anyhow, aku settlekan bagai, buat training... up kan weekly, monthly reports as in charts and analysis kiranya fact based la based on real-time and data collection, ternganga pulak mulut longkang geng-geng tu semua... aduyai... tu la, kalau berlagak nak bertanya, memang sesat jalan... aku pun teruskan dengan reporting and not forgetting monitoring towards the line... budak-budak inspector aku je dulu ada 250 orang dan memang aku hafal nama diorang sampai setiap seorang cuti hari apa sebab apa pun aku tau... bukan sebab apa, tapi sebab pendekatan aku lain... aku prefer human touch... kiranya, tak kenal maka tak cinta gitu kannnn... so, dah kenal, senang la aku nak ajar ke, train ke, nasihat ke and all...


Wowwie!!! Sibuk ke sibuk?... Hahahaha... agak packed jadualnya korang... dengan subordinate yang homaigad... tak reti buat kerja gitu... semua nak kena bagitau, semua nak kena ajar, semua nak kena check, dari sesimple-simple report pun tak reti nak buat... dah camne kannn... terpaksa la kerja diorang tu kita screen through one by one... word by word... arghhh!!! semua task terbengkalai... tak siap... dah executive dan engineer level but kerja macam budak baru lepas sekolah... budak lepas sekolah pun buat kerja elok... lagi berjiwa... gitu...

All, please do not try this act as it will do more harm than good... well, this post is just from the bottom of my heart which could not reach their hearts which I hope could be an example to everyone out there not to continue doing similar or not to even try to do it in order to climb your success stairs because you cannot... even if you succeed, the success will not be long as terlalu banyak penganiayaan telah dilakukan... remember all, this maybe not about penganiayaan fizikal tetapi lebih kepada penganiayaan mental, jiwa dan raga...


How lar... bile diberi tugasan, semua try tu mengelak... abih baik depa pi bagi kat my talented technicians (yang memang in the grooming stage)... peh tu amik credit kononnya depa yang buat... huh!!! Alhamdulillah all of my talented technicians are within the positive vibes... semoga Allah sentiasa tetapkan hati kami sebegini... (sentiasa bersedia membantu demi kebaikan)...

Kadang-kadang tu jadi tak faham... in this fast pace world, masih lagi ada makhluk yang kerjanya mengadu-domba, ambil masa orang lain untuk dapat credit yang bukan kepunyaannya, menikam menyula orang semahu-mahunya... owh... what a mess... what a shame thing to be done... hmppp... nak kata tak ada pelajaran, belajar sampai ke university nun... tapi sikap jauh sekali kalau nak dicomparekan dengan graduates within the industry...


Tapi, aku bersabo je lah dengan perangai dan tindak-tanduk diorang nih sampai dah menimbun dah reports yang nak kena siapkan, analysis yang nak dianalisa... apa lagi... hmppp, nak kata tak bagitahu, dah bagitahu... nak kata tak garang, dah bercakap secara tegas dah... nak kata tak email, siap gunakan medium email untuk bagi examples of how to-do-it lagi... dalam WhatsApp group pun dah bagitahu apa To-Do-List... personal message pun sudah... panggil meeting untuk meluahkan isi hati pun sudah... apa lagi?... apa lagi yang korang nak haaaa!!!

Yang korang tahu, masuk pukul 8:30 AM pi melepak minum pagi sampai dekat pukul 9:00 AM... lepas tu mengumpat... then, amik satu barang, pergi ke hulu-ke hilir dengan barang tu sampai setengah hari konon dok analyze defect... masuk kul 1:00 PM pi lunch... balik kul 2:00 PM amik balik barang tadi tu sambung ke hulu-ke hilir sampai kul 4:00 PM pi solat Zuhur sambung Asar, then, sambung amik barang... OT sampai kul 7:00 PM dan ulang steps yang sama untuk hari-hari berikutnya... apa nih weiiii?!!! 


That's why la korang mereput kat situ ooiii!!! Organisasi mana yang boleh terima orang macam korang nih?... tak membawa hasil tau dak... orang yang bagus, seorang demi seorang angkat kaki sebab dok selalu dicucuk oleh korang... camne?... how would the positive people take this?... Intelligent people ignore and that's what they are doing... I hope I will be getting a better opportunity as well... like what I am doing now... no point arguing because you (all of you) just don't give a damn... so, I will just continue to perform as how I used to be and how I'd want to become... insyaAllah, with Allah wills, I will succeed in my own way... kalau dah rezeki tertulis di situ, maka di situlah... if else, insyaAllah akan dapat offer lain... dan alhamdulillah, sekarang dah lebih baik... Allah mendengar doa insan yang teraniaya...

Ini berdasarkan pengalaman sebenar yang dilalui oleh XXX yang telah digarap dengan penuh emosi kerana luka yang dialami olehnya memang sangat tidak boleh diterima akal... XXX telah dibaling dengan satu ream A4 paper, gunting, pisau lipat juga part of the produk yang mereka hasilkan... thus, semoga XXX terus diberikan kesabaran juga kejayaan dalam menempuh kehidupan yang mendatang...

alkisah sebuah sinopsis...

Semoga apa yang mereka usahakan akan diberikan balasan yang setimpal... sekiranya baik, baiklah... sekiranya tidak, semoga mendapat iktibar daripada apa yang Allah bakal kurniakan... on top of this, I do really hope that they insaf and come back to jalan yang diredhai...

xoxo

12 Comments

  1. Rawlins pun tak paham kenapa budaya sebegini masih wujud. Dah la senior position, sepatutnya bertanggungjawab dan lebih berpengetahuan tapi semua benda buat last minute dan paling penting, kalau silap, takkan mengaku salah ye - yang dipersalahkan adalah bawahan beliau. Tu lagi menyakitkan jiwa!

    ReplyDelete
  2. Dekat mana-mana pun akan ada isu dan masalah yang sama. Bersyukur sangat kalau dapat environment kerja yang kurang toxic, nak kerja pun happy je kan. Banyak benda dan isu perlu diperbaiki untuk kurangkan masalah office bully macam ni. Supaya kualiti kerja pun meningkat.

    ReplyDelete
  3. Bad habit ini sentiasa ada di sekitar kita, Kita kena sentiasa fikiran positif untuk menghadap semua ini. hehe

    ReplyDelete
  4. Perkara susah nak hadam. Sebab sampai sekarang pon banyak company mcmtu. Geram jugak. Junior yang kena sabar. Bila kite keje lebih bagus mula la mereka cari pasal atau kipas boss. Management kalau dah teruk, orang bawahan ape tah lagi nak control.

    ReplyDelete
  5. Stress nya lahai dapat working environment yg macam ni. Tak happy langsung nak kerja. Pekerja bagus pun dah chow angkat kaki. Masalah office bully mcm ni perlu amek serius. Kalau tak, lama2 mereput lah company tu

    ReplyDelete
  6. Rasanya kebanyakan pun akan ada masalah sebegini. Mungkin dah menjadi sebati dengan diri sampai tak boleh nak ubah. Memang susah bila berada dalam toxic environment mcm ni.

    ReplyDelete
  7. Mostly memang banyak perkara macam ni berlaku. Hopefully diorang ni akan sedar dan berubah

    ReplyDelete
  8. Mana2 pun ada je benda macam ni. Sis tak pernah kerja opis tapi kawan selalu ngadu..jadi kesian pulak. Harap benda2 mcm ni tak jadi dgn anak2 sis...huhuhu

    ReplyDelete
  9. I am sorry that you have this experience.
    But you know what, I learnt a lesson after my separations and coming soon divorcing,
    there are all kinds of human, but always stick to your God, he will guide you.
    Peace :)

    ReplyDelete
  10. Kenapa orang befikiran tidak moden seperti zaman masih ada lagi yang suka buli macam ni hurmm tak faham nak kata tak belajar kadang-kadang pelajaran sampai luar negara mungkin dah kebiasaan kot kan... Harap pupus lah orang macam ni...

    ReplyDelete
  11. Selalu fikir mana keberkatan gaji yg diperolehi setiap hari kalau dah kerja macam tu. Kalau x nakmkeje berhenti shj sebabnya ramai yg benar2 nak mencari kerja skrg ni

    ReplyDelete
  12. Semua tempat pun ada spesis org mcm nie..dulu kt tmpat kja sya pun ada gk org mcm nie.. Pura2 la buzy, ke sana sini membawang, sampai msa balik..tak berkat gji buat kj mcm tue.. Huhuu..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post