PENGHANTARAN PERCUMA DAN POTONGAN SEPARUH HARGA INISIATIF VIT'S KURANGKAN BEBAN RAKYAT MALAYSIA


Yuhuuuu everything... amacam, terliur tak bila tengok pelbagai produk daripada Vit's ni?... macam-macam jenis mee ada baq hang... memang menyelerakan kan bila tengok pelbagai jenis mee yang bermain-main di depan mata kita kan... ni, ada offer baik punya dari Vit's tapi sebelum tu... makcik nak menyingkap sikit tentang apa yang kita semua warga Malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya sedang hadapi iaitu COVID-19 @ Corona Virus @ Virus Wuhan... 

 Virus Wuhan atau nama lainnya, SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19 boleh dipindahkan dari individu ke individu yang lain menerusi close contact atau interaksi yang dekat dengan individu yang telah dijangkiti. Virus ini telah pun membunuh beratus ribu individu di seluruh dunia. Virus yang berasal dari kota Wuhan, China ini dipercayai berasal daripada amalan masyarakat China di Wuhan yang menjadikan bintang eksotik seperti ular dan kelawar sebagai makanan mereka. 

Dari hari ke hari, virus Wuhan ini terus menghantui dunia dan telah melumpuhkan bukan sahaja China, malah Korea Selatan dan yang terkini memporak-perandakan masyarakat di Itali, Iran, Sepanyol, Jerman, Perancis, Amerika Syarikat, Switzerland, Norway dan Jepun. Perintah berkurung dan/atau kawalan pergerakan telahpun dijalankan oleh beberapa negara yang paling terjejas ini bagi membendung penularan virus ini. 

Pada awal kedatangan virus ini ke Malaysia, ia masih lagi terkawal dan dikatakan dapat dibendung. Malah, rakyat Malaysia lebih tertumpu kepada perpindahan kuasa daripada Pakatan Harapan ke Perikatan Nasional dan terlupa sebentar ancaman wabak COVID-19 ini kepada negara. Walau bagaimanapun, gelombang kedua wabak COVID-19 ini adalah sesuatu yang tidak boleh diendahkan. Kebimbangan ini tentunya meresahkan rakyat. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah, menerusi perutusan beliau pada hari Isnin, 16 Mac 2020 mengarahkan agar Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan di seluruh Malaysia dari 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020, pertama seumpamanya yang pernah dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan. 

Perintah kawalan pergerakan ini bukanlah perintah berkurung ataupun darurat tetapi lebih kepada satu bentuk inisiatif untuk menjarakkan hubungan sosial. Oleh kerana itu, semua premis kerajaan dan swasta telah diarahkan ditutup kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting, termasuk peruncitan dan bekalan makanan. Dalam tempoh ini, rakyat Malaysia juga ditegah meninggalkan negara. Oleh kerana perintah ini bukanlah lockdown atau perintah berkurung, warga tidak berhadapan sebarang sekatan untuk bergerak di dalam Malaysia. Sebarang perhimpunan keagamaan, sosial dan sukan wajib dibatalkan atau ditunda. Pelancong asing pula disekat daripada memasuki tanahair. Sekiranya ada yang berdegil dan tidak mahu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini, pegawai-pegawai yang terlibat dalam penguatkuasaan perintah ini boleh meminta bantuan pihak polis dalam memastikan kelancaran penguatkuasaanya, seperti yang termaktub dalam Seksyen 5, akta yang sama.

 Rakyat perlulah saling tolong menolong, tidak mementingkan diri sendiri, berfikir secara matang dan memberikan kepercayaan kepada kerajaan dalam mengharungi dugaan ini. Patuhilah Perintah Kawalan Pergerakan ini agar negara akan segera bebas daripada ancaman virus berbahaya ini. Dengan kerjasama semua, Malaysia akan berupaya untuk pulih seperti sediakala. 

Masih terbayang, pada hari ke-7 Perintah Kawalan ini dilaksanakan, masih ada rakyat Malaysia yang berdegil dan tidak mengendahkan perintah kawalan ini walau pelbagai inisiatif kerajaan telah dibuat. Masih ada ramai rakyat Malaysia yang keluar untuk pulang ke kampung. Oleh itu, bantuan tentera juga telah dikerahkan untuk membantu pihak polis dalam pelaksanaan ini dan juga jalan-jalan utama ke luar masuk seperti Toll Jalan Duta, Toll Air Keroh dan Toll Sungai Besi telah di tutup melainkan dengan membawa surat pelepasan oleh majikan atau surat dari pihak berkuasa. 

Untuk meringankan beban rakyat dan mengurangkan rakyat untuk terus keluar membeli-belah barangan keperluan keluarga, Vit Makanan Sdn Bhd pengeluar makanan mee segera Malaysia yang telah bertapak di Malaysia semenjak 1975 iaitu 45 tahun yang lalu, telah mengambil inisiatif untuk memberikan penghantaran percuma kepada seluruh rakyat Malaysia dengan membeli produk makanan mee kering dengan penurunan harga yang mendadak. 

Ini kerana menurut Pengarah Urusan Vit Makanan Sdn Bhd En Y.T Lai atau lebih dikenali sebagai “NoodlesMan Malaysia”, ‘ merupakan cara Vits untuk berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyokong produk Vits selama 45 tahun dan dengan rasa cintakan negara’, diharap agar bantuan ini dapat mengurangkan beban rakyat dan mengurangkan kesesakan di pasaraya. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu berganding bahu untuk sama-sama ingin membanteras virus ini. “Produk istimewa ini telah mendapat sambutan menggalakkan dan saya berharap ramai lagi rakyat Malaysia dapat mengambil peluang ini. Pada saya, waktu getir ini bukanlah masa untuk kami di Vits membuat keuntungan, rugi sedikit tapi banyak manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia’, katanya lagi. 

 Selain itu juga Vit Makanan Sdn Bhd juga telah menyalurkan bantuan makanan kepada pihak hospital kepada Hospital Kuala Lumpur dan pelbagai lagi untuk mengurangkan masa mereka untuk makan agar mereka terus kuat dan tabah melawan virus ini. 

 Begitulah usaha murni yang telah dijalankan oleh pihak Vit's dalam bersama-sama kita mengharungi tempoh PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN @ RESTRICTED MOVEMENT ORDER @ MOVEMENT COTROL ORDER ini... ada yang dapat bersama keluarga tercinta namun ada juga yang terpaksa terpisah dari keluarga... walau bagaimanapun, macam yang biasa makcik bagitahu kat semua readers kan, BERSABARLAH... jika hanya inilah sahaja cara dan sekecil-kecil sumbangan yang boleh kita berikan kepada negara, maka LAKUKANLAH... demi kesejahteraan keluarga kecil kita, keluarga besar, sahabat-handai juga Malaysia tercinta ya... 

 Oh ya, promosi boleh didapati di pautan ini... 

 Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung dengan pihak media dan pemasaran Vit Makanan Sdn Bhd di baizura@vit.com.my atau 03 6093 3999. 

 KLIK DI SINI untuk menonton video dari NoodlesMan Malaysia... 

 Ingat, teruslah KEKAL DUDUK DI RUMAH ya... 
 Malaysians, we can do this together!!! Let's break the chain... for the sake of our loved ones...

 #COVID-19 #stayathome #dudukdirumah #kitajagakita #frontliners #socialdistancing #basuhtangandengansabun #jagakebersihan #kkm #mkn #malaysiabersatu #janganbalikkampung #wecangothroughthis #RMO #MCO xoxo

xoxo

Post a Comment

Previous Post Next Post