MEMANG BEST APABILA DIBAYAR UNTUK BELAJAR


Menjadi ghostwriter sebenarnya seperti kita dibayar untuk belajar dengan guru-guru terbaik yang ada di dunia... bayangkan anda menulis mengenai tokoh seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary - jutawan Islam terkaya Malaysia dan ke 32 di Asia Tenggara menurut Forbes... anda mendalami pemikirannya, kehidupannya dan kerja-kerja amal melalui Yayasan Bukhari.. belajar cara beliau bangkit mengambil alih perniagaan ternakan ayahnya yang diserang penyakit kuku dan mulut, kemudian menukar ia kepada bisnes menjual daging... berjaya mengembangkan syarikat menubuhkan Syarikat Pengangkutan Sentosa untuk menguruskan bisnes beras beliau... terus berkembang maju menubuhkan pula syarikat perkapalan dan mengurus perniagaan sehingga peringkat antarabangsa... bayangkan anda dibayar untuk menulis apa yang ada dalam fikirannya, menukarkan ia menjadi perkataan dan sebuah buku... WOW!!!!

Ghostwriter memang menadah ilmu terus daripada sumber... first hand information... dikumpul, dibaca, dikaji, diolah dan ditulis kembali... itulah cara pembelajaran yang paling baik... terpakai kepada mana-mana bidang sekalipun... it is seriously a wonderful journey... 

Kelas akan datang, 8 hingga 9 Ogos 2020 tau... 


xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

2 Comments

  1. best juga tu kalau ada yang nak bayar untuk kita belajar. Rasa macam dapat biasiswa la..heheh

    ReplyDelete
  2. Kita buat kerja yang kita suka/minat
    apatah lagi kalau boleh menjana pendapatan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post