Adakah anda suka dengan kata-kata puitis dan minat mencipta puisi sendiri?
Jika ya, peraduan ini tercipta untuk anda!
Dengan semangat Hari Kebangsaan Malaysia, Pusat Kreatif Kanak-kanak Tuanku Bainun ingin mempaparkan puisi 4 baris anda bersebelahan mural bertemakan Malaysia yang akan dilukis pada dinding luar Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur oleh seorang artis tempatan yang terkenal; En. Azizan Said. Selain itu, dua pemenang yang terpilih juga akan menerima foto paparan puisi mereka serta sijil pencapaian rasmi yang akan dihantar ke alamat rumah mereka.


KATEGORI
1) Kanak-kanak:7 hingga 12 tahun
2) Remaja: 13 hingga 17 tahun
Terbuka kepada semua anak-anak Malaysia

ARAHAN
1) Tulis sebuah puisi 4 baris yang bertemakan "Malaysia Yang Ku Sayang".
2) Tiada had perkataan tetapi setiap puisi hanya terhad kepada 4 baris sahaja.
3) Puisi yang melebihi atau kurang daripada 4 baris secara automatik akan didiskualifikasi and tidak diterima oleh pihak juri.


TIPS
1) Elakkan sebarang kandungan yang berkaitan dengan Covid-19 atau pemimpin politik kerana peraduan ini memberi tumpuan kepada kehebatan Malaysia sebagai sebuah negara. 
2) Semak semula draf anda dan pastikan tiada kesalahan ejaan.
3) Serahkan puisi anda melalui pautan google ini.

BUTIRAN PERADUAN 
Tempoh peraduan: 20 Jul - 12 Ogos 2020 (@ 11.59 malam)
Pengumuman pemenang: 14 Ogos 2020
Lukisan mural dan paparan puisi dijangka akan dipamerkan pada 31 Ogos 2020 namun ini hanyalah anggaran dan tertakluk pada perubahan.


Jadi tunggu apa lagi? Jom sertainya bersama-sama ya anak-anak sekalian...

#JomKreatif! #pkktuankubainun #inialamkreatifkami #anakmalaysia #peraduan #writingcontest #puisi #poem #malaysianchildren

xoxo