Yuhuuu everything... hai hai hai semua... assalamualaikum gaissss... hari ni tepu minda iolls dengan meeting back to back... tapi aku SUKA... bukan sebab apa, sebab setiap session tu WE LEARN TOGETHER... we discussed, we challenged, we taught, we acknowledged and we celebrate... macam carrot and cane gitu... kalau goodie good, kita belanja... kalau pok beno degilnya, kita rotankan aje... haaa, gitu... fair kannnn...

Sebenarnya, kalau dah namanya manusia, baik kanak-kanak mahupun dewasa, kita sama je... akan ada je yang masih tak matured, bersikap keanak-anakan, sesikit nak sentap... thus, in order to accomodate everyone... inilah caranya yang boleh dilakukan... kerana apa?... KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA... hehehehe... okay, okay, serious... hal ini perlu dilaksanakan agar mereka yang benar-benar perform tidak berasa FRUSTATED... yelah kannn, nak-nak pulak apabila seseorang yang tidak perform, sering mengabaikan amanah, bersikap mementingkan diri sendiri tup-tup dapat hak dan token serta pengiktirafan yang sama... seriously boleh KEMURUNGAN sehhhh...

Walau bagaimanapun, suka aku nyatakan di sini, biarlah ombak nista menghempas pantai hati berkali-kali, tetaplah cekalkan jiwa dan tabahlah mengharungi segala ujian yang telah diaturkanNya... PERCAYALAH, akan ada kemanisan di hujungnya nanti... gitu... so, sambil relax-relax lepas dah seharian melunaskan amanah yang diberikan, aku layan je lah tengok TV... tetiba aku teringat kat satu komen berkenaan segmen di blog Dunia Shida... so, here I am, nak join segmen ni...


Untuk pengetahuan korang. segmen ini telah bermula since 24 Jun 2020 sehingga 13 Julai 2020 iaitu bersamaan 20 hari sahaja... so, cepat-cepat join... kalau lambat nanti, takut terlepas pulak...

Syarat-syaratnya:
1) Buat satu entri dan tajuknya - SEGMEN BLOGLIST 2020 BLOG SHIDA | www.duniashida.com.
2) Copy Banner Segmen dan masukkan dalam entri serta backlink kan ke entri segmen ini. 
3) Cerita sikit dalam entri "apa yang korang suka tentang blog Shida".
4) Follow Blog Shida dan add Facebook Shida Radzuan **jika ada facebook ya :)
5) Dah siap? Korang boleh send link entri korang ke komen entri segmen ini sahaja ya.
6) 20 blogger terpilih akan Shida masukkan ke dalam Bloglist 2020.
7) Bloglist ini akan kekal sehingga Disember 2020 selagi blog tersebut masih aktif. 
8) 1 pemenang akan Shida pilih melalui referral tertinggi atau Top Referral dan akan membawa pulang berupa hadiah cash RM50.00. Semoga berjaya dan selamat bersegmen untuk semua bloggers.

Okay, apa yang aku suka tentang blog Shida ialah warna template biru lembut yang semestinya favourite colour aku pulak tu... susunan layoutnya teratur dan sedap mata memandang... selain itu, entri yang dihasilkan juga menarik dan sarat bermaklumat...

Korang, meh la join segmen ni sama-sama... jom kita meriahkan dan besarkan lagi jaringan ukhuwah... alll the best ya...

xoxo