GIVEAWAY BY EJULZ & SHIRVEN

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... camne hari ni? Ada baik ka?... hehehehe... saja je tanya camtu kan... padahal, hari yang aku lalui pun takdelah smooth mana... penuh dengan onak dan duri weh... tapi tu lah kan... aku ada join kelas tadabbur baru-baru ni berkenaan macam mana nak menulis dari hati... dalam kelas ni, kami dibimbing untuk meneliti segala yang berlaku dalam kehidupan kita dan relate it dengan al-Quranul-Karim... basically, kesemua penyelesaian memang ada di dalam al-Quran yang mana ia sememangnya merupakan suatu mukjizat yang sempurna dan sesuai digunakan dalam apa jua keadaan dan zaman... 

Aku sampai meleleh-lelehlah ayaq mata masa dok check bacaan dan tafsir... yelah kan, kalau kita dapat selami maksud ayat-ayat al-Quran yang kita alunkan tu, memang tersentuh weh hati nurani... seriyes... sampai ke lubuk hati yang paling dalam gitchewwww... okay, since tadi aku ada mentioned regarding hari yang penuh dengan ranjau berbisa, jom telusi tafsir ayat-ayat ini:

 فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 


“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”.[Ash-Syarh: 5-6] إِنَّ :‘sesungguhnya, tidak syak lagi’... kalau kita teliti, sebenarnya ini adalah satu penekanan مَعَ : ‘bersama’ yang mana ia menyebut tentang dekatnya satu perkara dengan perkara yang lain العُسرِ : kesusahan atau waktu yang susah يُسرًا : sesuatu yang mudah, senang... Secara konteks, ayat ini bermaksud, sesungguhnya pasti dengan kesusahan yang dialami, ada kesenangan yang datang bersamanya, dekat dengannya dan sesungguhnya kesenangan itu lebih banyak dari kesusahan... dan kalau korang perasan, ada pengulangan ayat yang membawa maksud yang sama selepas itu iaitu sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan... ini menunjukkan bahawasanya ia merupakan penekanan yang sungguh-sungguh daripada Allah Azza Wajalla kepada hamba-Nya...


Apa yang boleh aku simpulkan di sini, walau macam mana pun dugaan dan cabaran yang kita lalui buat masa ni, HARUNGILAH IA DENGAN PENUH BERANI DAN TABAH... insyaAllah, yakinlah bahawa kemanisan akan dapat kita rasai di penghujungnya... ada nikmat yang tidak kita ketahui yang lebih diketahui olehNya... seriyes gaissss, lepas bertadabbur, memang rasa tenang je hati ni... bagi aku, sebabnya adalah kerana persandaran tanpa syarat terhadap kebesaran Allah dalam persaksian kita sebagai hambaNya... automatik weh, rasa hilang je bebanan perasaan yang ditanggung... rasa ringan je badan macam baru je lepas buat workout gitu... best kan bila rasa ringan je segala bebanan yang menyerabutkan fikiran kan kan kan... oh ya, hati dah riang, jiwa tenang, apa lagi, update blog la kan kan kan... sambil aku blogwalking macam biasa, aku mendarat kat Blog Ejulz dan walla, ada Giveaway sehhhh... apa lagi, jom la kita meriahkan majlis... hehehehe...


Syarat-syarat Penyertaan Giveaway By Ejulz & Shirven

1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia sahaja;
2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway by ejulz & shirven". Letak banner di atas dan backlink ke post ini;
3. Follow blog ejulz dan shirven;
4. Follow IG ejulz dan shirven;
5. Tinggalkan penyertaan korang dan nama IG di post ini;
6. Pemilihan pemenang dengan menggunakan random.org dan hadiah RM20 untuk seorang pemenang.

Tarikh tamat: 15 OGOS 2020

Sikit lagi nak tarikh tamat ohoiiii... fuhhhh, alhamdulillah sempat lagi aku nak join ni gaissss... semoga ada rezeki aku untuk menang hadiah buat kali ini... AMIIIIN... korang doakan sekali tau... eh, jangan lupa untuk join giveaway ni gaissss... the more the merrier gitchewwww... all the best to everyone ya...

xoxo

Post a Comment

2 Comments