Pejam-celik, pejam-celik dah seminggu lebih dah kita merayakan Hari Raya Aidiladha yang mulia ini kan korang... raya tahun ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan lebih-lebih lagi kita masih berada dalam FASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN... kalau biasanya, di waktu cuti raya ni, kami sekeluarga akan pulang ke kampung halaman dan seterusnya mengambil peluang untuk berehat sambil melakukan beberapa review ke tempat-tempat percutian ataupun kawasan tumpuan ramai... namun, tahun ini, nampak gayanya, dek kerana kami pun risau dengan keadaan yang melanda, kami turut mengambil langkah berjaga-jaga untuk hanya pulang ke kampung halaman dengan memastikan seluruh keluarga turut mematuhi segala SOP yang telah disarankan...
Setelah mengetahui tentang kluster Bukit Tiram (Ulu Tiram) yang melibatkan golongan warga tua, aduh, tersentuh rasa hati ini terkenangkan ibu-ayah aku juga ayah dan mak mertuaku dan tidak terkecuali nenek, nenek su, mak-mak saudara juga pak-pak saudara dan semua golongan warga emas amnya... begitu juga dengan anak-anak kecil yang masih jauh lagi perjalanan hidup mereka ni kan... risau serisau-risaunya hati aku ni... maka, aku sentiasa mengambil pendekatan untuk memastikan ahli keluarga dan of course aku sendiri mematuhi segala langkah-langkah penjagaan kendiri iaitu:
ELAK 3S
1) Sesak.
2) Sempit.
3) Sembang dekat.
AMAL 3W
1) Wash - Kerap cuci tangan.
2) Wear - Pakai pelitup muka.
3) Warn - Duduk di rumah, etika batuk dan bersin, jangan bersalaman atau bersentuhan, lakukan disinfeksi, dapatkan rawatan jika bergejala.
Sebelum raya haritu, aku ada join giveaway ni... aku memang suka join giveaway, kalau korang yang dah biasa follow blog ni, mesti tau, dalam sebulan tu, insyaAllah kalau aku tak bertangguh, ada je aku join giveaway kan kan kan... aku suka join giveaway sebab aku suka untuk melebarkan sayap ukhuwah maya ni... bak kata pepatah, KAWAN BIAR BERIBU, BERKASIH BIAR SATU... ececece... dan blog aku yang tak seberapa ni telah terpilih dalam cabutan dalam pemilihan pemenang... ALHAMDULILLAH.... YEAY!!!
Terima kasih kepada abam Jari Boloq yang telah menganjurkan segmen tersebut ya...
Terima kasih daun keladi,
Lain kali anjurkanlah segmen lagi...
Oh ya, hadiahnya dah sampai dah... hehehehe... nak tau apa yang aku dapat?... tungguuuuuu dalam entri yang akan datang naaa... till then, KITA MASIH BELUM MENANG... sentiasa #kitajagakita okay... see you when I see you...
xoxo
3 Comments
wahhh..tahniahh
ReplyDeletetahniah Menang giveaway.. ^^
ReplyDeleteYeayy..bolehlah minum kopi starbucks ;)
ReplyDelete