GIVEAWAY BY EJULZ & WAFACW

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... semalam, seharian aku berehat je di bilik... selalunya, apabila tidak pulang ke Rumahku Syurgaku, itulah aktiviti aku pada hari cuti... nak keluar beli makanan pun malas gaissss... aku rela makan je apa-apa makanan yang ada kat dalam bilik daripada kena bersiap untuk keluar dan membeli makanan... agitchewwww... sampai gitu sekali tahap dewa kemalasan nak bersiap kannnn... aku rasa, gegirls mungkin faham kenapa aku begitu... hehehehe...

Mana taknya, kalau nak pergi beli makanan, walaupun kedai tu dekat, nak bersiap tu ya ampun... kalau baju yang tak payah iron takde, jenuh pulak nak meng'iron'... pastu tudung pulak, kalau jenis yang senang nak dibentuk boleh tahan lagi... kalau jenis yang payah naaaa nak dibentuk?... aduh, boleh mengakibatkan kemurungan tu... hehehehe... maka, bagi aku, yang lebih afdhal adalah makan je apa yang boleh dimakan, hari Isnin masa nak pergi kerja tu belilah makanan yang diingini... settle... 

So, hari ni tadi, macam biasa, aku sampai di tempat kerja sebelum pukul 8 pagi... dah sampai tu, macam biasa, aku terus ke cafe untuk membeli sarapan... aku ni memang seorang insan yang tidak sesuai untuk dibawa makan ala-ala buffet (actually, makan kat kedai pun macam tak sesuai)... bukan apa, sebab aku ni memang tak akan habis kalau makan kat situ dan confirmed akan bungkus dan bawak balik makanan tu... aku ni jenis makan sikit tapi berulang... haaa, gitu... so, untuk memudahkan semua pihak, aku bungkus je terus makanan aku... kalau makan dengan husband aku, kalau dah tinggal separuh ke suku ke selalunya husband aku mesti bising punyalah... yelah, mana tak bisingnya, kalau bungkus pun kadang-kadang belum tentu aku makan... tapi yang penting bagi aku, first thing first, aku tak nak membazir... selalunya, husband aku okay je kalau aku bungkus, bebel sikit je... hehehehe...
Lepas dah bungkus makanan, macam biasa, aku selesaikan segala mak-nenek rutin yang perlu diselesaikan and now walla... dah habis waktu bekerja dan aku pun blogwalking kat blog-blog rakan bloggers... aku selalu jugak terjah blog Ejulz... sambil scroll down aku terperasan ada GIVEAWAY ni... apa lagi, mood join GIVEAWAY terus la ONZ... jom korang, jom join sama-sama... sempat lagi ni... psttt, Ejulz, selalu kan saya join di saat-saat akhir... haritu pun gitu jugak kan... hehehehe... mana tau kot-kot ada rezeki... insyaAllah, harapnya adalah rezeki nak menang GIVEAWAY Ejulz Collaboration With wafacw kali ni...

Okay, kat bawah ni syarat-syarat penyertaan Giveaway by ejulz & wafacw:
 1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia sahaja.
2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway by ejulz & wafacw". Letak banner di atas dan backlink ke post ini.
3. Follow blog ejulz dan wafacw.
4. Follow IG ejulz dan wafacw.
5. Tinggalkan penyertaan korang di post ini.
6. Pemilihan pemenang dengan menggunakan random.org dan hadiah RM20 untuk seorang pemenang.

Tarikh Tamat: 15 SEPTEMBER 2020

ONZ tak ONZ gaissss? Jom kita sama-sama memeriahkan lagi segmen GIVEAWAY ini ya...
All the best to everyone...

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

3 Comments

  1. gudluck sis :)

    jemput join my segmen https://www.tiarasaphire.com/2020/09/segmen-bloglist-tiarasaphirecom.html

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sudi join. Goodluck..

    ReplyDelete
  3. Cik TK singgah dari segmen yang sama. Good Luck!!!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post