FESTIVAL SASTERA KANAK-KANAK 2019 - PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - 04/10/2019 - 06/10/2019


Gaissss, maaf la sebab lambat pulak up regarding event ni... untuk pengetahuan semua, Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun ini akan sekali lagi menganjurkan Festival Sastera Kanak-Kanak dengan tema ‘Jelajahi Dunia Dengan Membaca’... festival ini telah dirancang untuk diadakan pada 4 hingga 6 Oktober 2019 dengan pelbagai aktiviti menarik yang telah dirangka seperti Bengkel Genius Sifir, Sesi Bercerita, Bengkel Buku Kanak-Kanak dan banyak lagi aktiviti lain yang akan aku kupas di bawah ni beserta waktunya... 

Festival ini merupakan anjuran bersama Malaysia Book Industry Council (MBIC), Industry of Tourism and Council Malaysia, Perbadanan Kota Buku dan Persatuan Penerbit Buku Malaysia... antara lain. program ini dianjurkan bagi menunjukkan sokongan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia UNESCO 2020 dan sekaligus menjadikan sastera kanak-kanak juga awal remaja sebagai sebuah komponen penting untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat...  selain itu, festival ini juga diharap agar dapat melatih dan membantu mengembangkan pengkaryaan terhadap sastera kanak-kanak dengan pendedahan yang khusus terhadap ilmu ini sedari awal lagi...

For the benefit of all, Festival Sastera Kanak-Kanak ini sebenarnya telah diadakan semenjak 2012 lagi yang mana tahun ini merupakan tahun ke-tujuh penganjurannya dan berlangsung sehingga kini dengan menggunakan tema yang berbeza setiap tahun... festival ini juga telah menggabungkan pelbagai elemen seperti Interaktif, Kebudayaan, Bengkel dan juga jualan yang dilihat mampu memberikan kesan yang positif kepada kanak-kanak sendiri selain memberi ruang kepada ibu bapa untuk meluangkan masa bersama...

Untuk penganjuran pada kali ini, lebih kurang 50,000 orang kehadiran telah disasarkan yang mana ia meliputi sasaran pengunjung seperti kanak-kanak, guru, ibu bapa dan orang kurang upaya... okay, di bawah ni aku sertakan terus jadual sepanjang 3 hari penganjuran Festival Sastera Kanak-Kanak 2019... check it out gaissss...


Jumaat, 4 Oktober 2019
9:00 PAGI - 12:00 PTG Bengkel Ilustrasi Buku Kanak-Kanak - Bilik Syarahan 1 
9:00 PAGI - 12:00 PTG Majlis Perasmian Festival Sastera Kanak-Kanak - Auditorium 
9:00 PAGI - 12:00 PTG Bengkel Buku Tactile - Bilik Jamuan 
9:00 PAGI - 12:00 PTG Pertandingan Bercerita - Pentas Utama 
9:00 PAGI - 12:00 PTG Bengkel Genius Sifir - Teater Kanak-Kanak 
9:00 PAGI - 5:00 PTG Gerai Jualan & Food Truck - Perkarangan PNM 
9:00 PAGI - 5:00 PTG Soopa Doopa, Fish Scooping & Giant Bubble - Perkarangan PNM 
10:00 PAGI - 12:00 PTG Bengkel Bacaton - Bilik Syarahan 2 
10:00 PAGI - 5:00 PTG (6 Okt) Jualan Buku 
10:00 PAGI - 5:00 PTG (6 Okt) Pameran Buku Sastera Kanak-Kanak 
12:00 PTG - 3:00 PTG Tayangan Cereka Kanak-Kanak - Pentas Utama 
3:00 PTG - 5:00 PTG Bengkel Ilustrasi Buku Kanak-Kanak - Bilik Syarahan 1 
3:00 PTG - 5:00 PTG Bengkel Buku Tactile - Bilik Jamuan 
3:00 PTG - 5:00 PTG Pertandingan Bercerita - Pentas Utama Sabtu, 

5 Oktober 2019 
9:00 PAGI - 5:00 PTG Bengkel Penghayatan Buku Bergambar - Auditorium 
9:00 PAGI - 5:00 PTG Bengkel Tactile - Bilik Jamuan 
9:00 PAGI - 5:00 PTG Bengkel Ilustrasi Buku Kanak-Kanak - Bilik Syarahan 1 
9:00 PAGI - 5:00 PTG (6 Okt) Riang Ria Bersama Si Badut - Perkarangan PNM 
10:00 PAGI - 11:00 PAGI Meet & Greet Story Teller Cycle - Teater Kanak-Kanak 
10:00 PAGI - 11:00 PAGI Books Kidz Love - Pentas Utama 
10:00 PAGI - 11:00 PAGI Meet & Greet : Didie & Friends - Pentas Utama 
10:00 PAGI - 1:00 PTG Pertandingan Membaca Braille - Bilik Media 
10:00 PAGI - 1:00 PTG Bengkel Biblioterapi - Bilik Serbaguna 
10:00 PAGI - 4:00 PTG Sesi Bercerita - Sudut Bacaan 
11:00 PAGI - 12:00 PTG Persembahan Teater - Pentas Utama 
11:00 PAGI - 1:00 PTG Bengkel Origami - Teater Kanak-Kanak 
12:00 PTG - 1:00 PTG Diskusi Sastera Kanak-Kanak 1 - Bilik Media 
12:00 PTG - 1:00 PTG Pertandingan Pakaian Beragam - Pentas Utama 
12:00 PTG - 3:00 PTG Diskusi Sastera Kanak-Kanak 2 - Bilik Syarahan 2 
1:00 PTG - 2:00 PTG Tayangan Cereka - Pentas Utama 
1:00 PTG - 2:00 PTG Clown Magician - Pentas Utama 
2:00 PTG - 3:00 PTG Pertandingan Mewarna - Bilik Serbaguna 
2:00 PTG - 3:00 PTG Books Kidz Love - Pentas Utama 
2:00 PTG - 3:00 PTG Meet & Greet : Didie & Friends - Pentas Utama 
2:00 PTG - 5:00 PTG Bengkel Teknik Bercerita - Teater Kanak-Kanak 
3:00 PTG - 4:00 PTG Persembahan Si Cilik - Pentas Utama 
3:00 PTG - 5:00 PTG Permainan 3 Bahasa - Bilik Serbaguna 
4:00 PTG - 5:00 PTG Books Kidz Love - Pentas Utama 
4:00 PTG - 5:00 PTG Meet & Greet : Didie & Friends - Pentas Utama 

Ahad, 6 Oktober 2019
9:00 PAGI - 1:00 PTG Bengkel Teknik Bercerita Untuk Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Bilik Darjah - Bilik Syarahan 2 
9:00 PAGI - 5:00 PTG Bengkel Ilustrasi Buku Kanak-Kanak - Bilik Syarahan 1 
10:00 PAGI - 11:00 PAGI Meet & Greet : Omar & Hana - Pentas Utama 
10:00 PAGI - 11:00 PAGI Clown Magician - Pentas Utama 
10:00 PAGI - 12:00 PTG Forum : Hala Tuju Sastera Kanak-Kanak Malaysia (MABOPA) - Bilik Serbaguna 
10:00 PAGI - 1:00 PTG Bengkel KOMSAS - Bilik Jamuan 
10:00 PAGI - 1:00 PTG Bengkel Genius Sifir - Teater Kanak-Kanak 
10:00 PAGI - 1:00 PTG Bengkel Penghayatan Buku Bergambar - Auditorium 
10:00 PAGI - 4:00 PTG Sesi Bercerita - Sudut Bacaan 
11:00 PAGI - 12:00 PTG Tips Melukis Komik- Pentas Utama 
12:00 PTG - 1:00 PTG Diskusi Sastera Kanak-Kanak 3 - Bilik Serbaguna 
12:00 PTG - 1:00 PTG Persembahan Teater Si Tudung Merah - Pentas Utama 
1:00 PTG - 2:00 PTG Books Kidz Love - Pentas Utama 
1:00 PTG - 2:00 PTG Meet & Greet : Omar & Hana - Pentas Utama 
2:00 PTG - 3:00 PTG Persembahan Boneka - Pentas Utama 
2:00 PTG - 3:00 PTG Diskusi Sastera Kanak-Kanak 4 - Bilik Serbaguna 
2:00 PTG - 5:00 PTG Bengkel Visual StoryTelling 101 - Bilik Syarahan 2 
2:00 PTG - 5:00 PTG Bengkel Melukis Komik - Teater Kanak-Kanak 
3:00 PTG - 4:00 PTG Books Kidz Love - Pentas Utama 
3:00 PTG - 4:00 PTG Meet & Greet : Omar & Hana - Pentas Utama 
3:00 PTG - 5:00 PTG Pertandingan Sahiba Jawi - Bilik Serbaguna 
4:00 PTG - 5:00 PTG Tayangan Cereka - Pentas Utama


Kat bawah ni pulak adalah link untuk pendaftaran kalau anak-anak uolls nak join bengkel dan juga pertandingan ya... masih terbuka lagi pendaftaran ni... just check it out tau...

Bengkel Visual Storytelling boleh hubungi : 012-3704948 / 014-2635329 

See you gaissss kat sana tau... jangan lupa temu-janji kita... hehehehe...

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

19 Comments

  1. Menarik ni aktiviti yang diorang buat..sesuai untuk ank buah akak yg tengah giler ngan didi and friends and omar dan hana tu..pack juga aktiviti yang diorang sediakan erk?

    ReplyDelete
  2. Bagusnya..ada aktiviti mcm nie..mnggalakkan ank2 mmbaca..nk join la aktiviti nie..msti ank nd suka sebab die rajin masuk contest mwarna..btw thanks for sharing..xsabar nak pergi festival sastera kanak2

    ReplyDelete
  3. haaaaa! cantiklah, weekend ni leh bawak anak-anak pergi aktiviti ni. jenuh dh ni fikir nak bawak jalan ke mana. asyik2 ke mall je..anak kecik pun dh hafal la lokasi butik apa yg ada kat mall.hahaha

    ReplyDelete
  4. Bestnya anak-anak kecil. Satu program yang disediakan ni sangat bagus atleast ada juga aktiviti untuk ibu bapa terapkan kepada anak-anak. Zaman Ty dulu tak merasa sangat semua ni.

    ReplyDelete
  5. wah bestnya semua program ni, bagus awal-awal lagi dah dedahkan anak-anak dengan program macam ini. insyaAllah kalau takde aktiviti lain bolehlah bawa anak-anak ke tempat ni

    ReplyDelete
  6. Banyak aktiviti yang diatur untuk program ni ye. Bagus-bagus semuanya. Memang dapat menarik minat kanak-kanak tu. Yang penting ibu bapa kena support anak-anak yang suka perkara baik macam ni.

    ReplyDelete
  7. Ala. Baru tahu event ni. Tk sempat nk kejar pulak harini. Dkt kota bharu eh? Jauh tu. Moga semuanya berjalan lancar. Mesti happening event ni dekat sana kan. Banyak aktiviti tengok tu

    ReplyDelete
  8. Banyaknye aktiviti dia. Best2 plak tu. Kalau dekat, dah bawak anak2

    ReplyDelete
  9. Wahhhh 7 tahun dah yaaa festivel sastera kanak2 ni. Lama dah rupanya. Aktiviti dia sgt2 menarik. Nur suka. Bagus usaha mcm ni utk memupuk minat membaca dlm kalangan kanak2. Melentur bukuh biarlah dari rebungnya kan?

    ReplyDelete
  10. bestnya ! untung korang yang berdekatan. kalau ada kat kelantan sure mek akan bawa anak anak ke sini. bagi pendedahan ilmiah kat depa.

    ReplyDelete
  11. Program program macam ni kena sentiasa banyakkan sebab baguss untuk anak anak, tapi kadang program dah banyak tapi, sambutan pulak kurang hahah takpee slow sloww ibubapa skrg akn lebih baik mendidik anak anak

    ReplyDelete
  12. Menariknya event ni! Siapa yang ada berdekatan boleh la bawa anak-anak spend time kat event ni. At least mereka dapat pendedahan ilmiah, have fun dan dalam masa yang sama mereka dapat belajar banyak benda baru.

    ReplyDelete
  13. First time saya dengar tentang program ni. Rugi tak tahu awal2 sebab banyak sangat aktiviti menarik untuk anak2 kan. Mesti dorang enjoy join bengkel2 yg diadakan. Next time nk join lah kalau ada lagi kan.

    ReplyDelete
  14. Banyaknya aktiviti menarik untuk kanak kanak join. Nasib baik festival ni jauh tau. Kalau dekat saja dengan tempat tinggal memnah nak bawa anak anak join aktiviti yang dianjurkan. Confirm diorang suka

    ReplyDelete
  15. Menarik program ni. Hari ni harii terakkhir eh? Mcm tak sempaat nk pgi. Apa2pun program mccm ni sangat bermanfaat. Mmg takk rugi kalau ssesiapa yg pergi.

    ReplyDelete
  16. Parent mesti dah ada tempat nak bawa anak-anak dah kan. program menarik dan memupuk minat di kalangan kanak-kanak. semoga program ini diteruskan bila2.

    ReplyDelete
  17. Bagus nya event macam ni. sangat banyak pengisian. kanak-kanak pon mesti suka sangat kalau dapat ke sini.

    ReplyDelete
  18. This is a great event, will bring my kids over they will definitely be interested.

    ReplyDelete
  19. banyak betul aktiviti hari tu...penuh tentative...mmg elok ada aktiviti mcm ni isi masa kanak-kanak..boleh juga ajar mereka bergaul dan bekerjasama dalam team

    ReplyDelete
Previous Post Next Post