Assalamualaikum dan hai hai hai everything... tinggal satu-dua hari lagi, anak-anak kita semua akan memulakan persekolahan secara PDPR... excited jugak la anak-anak nak start sekolah dengan norma baru ni kan... untuk makcik, tahun ni keempat-empat anak makcik dah masuk ke alam persekolahan... yelah, kalau tahun lepas, Khairah masih berusia enam tahun... tahun ni, dah start la dia melangkah ke alam persekolahan... see, ini bermakna yang kita dah melalui tahun 2021 hampir sebulan lamanya... kannnn... betapa pantasnya masa berlalu, tak gitu?...
Kalau korang nak tau, makcik ni belum lagi beli apa-apa pun peralatan untuk kemasukan anak-anak ke tahun baru persekolahan buat kali ini... bukannya apa, sebab kita kan masih uncertain dengan keadaan juga apa yang bakal berlaku bagi pendidikan secara bersemuka, maka makcik dan pakcik mengambil langkah untuk menantikan dahulu keputusan yang akan diumumkan oleh KPM dari semasa ke semasa... at least, tak lah berlaku pembaziran sekiranya pakaian seragam dan kasut yang dibeli nanti tidak dapat digunakan sekiranya persekolahan secara bersemuka ditangguhkan lagi kannn... takpe, yang penting, kita terus cakna dengan segala pemberitahuan yang bakal diumumkan oleh pihak yang bertanggungjawab ya...
6 SEBAB KENAPA KALENDAR KUDA BEST:
1) Ada maklumat cuti persekutuan.
2) Ada maklumat cuti negeri.
3) Ada maklumat cuti sekolah.
4) Ada maklumat cuti keagamaan.
5) Ada maklumat kalendar Hijrah.
6) Ada maklumat minggu.
Eh, takwim persekolahan macam mana ya nanti?... sekarang ni masih di dalam perbincangan ya semua... sementara tu, meh makcik nak share dengan korang KALENDAR KUDA ni... makcik memang suka guna kalendar kuda sedari dulu lagi... maklumat tentang cuti semua negeri ada, cuti persekolahan lebih-lebih lagilah kan... senang nak merancang percutian atau apa-apa acara keluarga...
Amacam, best ke best? Hehehehe... seriously, kalendar kuda tetap No. 1 di hati makcik... walaupun ada banyak jenis kalendar lain, makcik tetap setia dengan kalendar kuda... habis je satu hari dilalui, makcik pangkah kat kalendar tu, habis satu hari lagi, makcik pangkah lagi kat kalendar... kalau nak ke mana-mana atau ada meeting ke, appointment ke, siap buat countdown lagi tu guna kalendar kuda... kalau dah tiba tahun baru tapi belum lagi dapat kalendar kuda memang rasa resah je hati ni macam ada je yang tak
kena... hehehehe...
kena... hehehehe...
Sape yang suka guna kalendar kuda jugak macam makcik? Kita geng!
Bukan main lagi minatnya tu kannnn... hehehehe... orait, makcik nak godek-godek WhatsApp makcik kejap... esok ada Google Meet dengan cikgu kelas untuk kemasukan anak bongsu makcik ke Tahun Satu... makcik doakan anak-anak juga ibu ayah tetap tabahkan hati menghadapi sessi persekolahan secara PDPR ya... #wecandoit... till then, see you when I see you...
#kalendarkuda #kbba9 #weollsblogspotdotcom #sekolah2021 #sekolahnormabaru
xoxo
0 Comments