Teknologi masa kini dan pengaruh media massa membolehkan kita mengetahui apa itu Covid-19, bahaya Covid-19, cara penyebaran, cara menangani dan sebagainya. Dengan pengetahuan anda, jom sahut cabaran PPANPs dengan menyertai Pertandingan Penulisan Kreatif Se-Malaysia (Dalam Talian): Tema Covid-19.
BAGAIMANA UNTUK MENYERTAINYA?
Sila klik di sini.
Sijil disediakan!
APA YANG PERLU DILAKUKAN?
Mudah sahaja, anda ada telefon pintar? laptop? komputer? Cabar diri anda dengan menulis mengenai Covid-19 secara dalam talian MENGIKUT KREATIVITI ANDA SENDIRI berdasarkan kesesuaian gambar-gambar yang diberikan.
KEBAIKAN MENULIS
Bayangkan, dengan hanya menulis, anda dapat memberikan inspirasi kepada yang lain mengenai Covid-19 dan anda juga berjaya menghasilkan sebuah e-book sebagai bahan bacaan.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun ke atas (belia, dewasa).
2. Para peserta perlu MENULIS CERITA MENGIKUT KREATIVITI SENDIRI berdasarkan gambar-gambar yang diberikan.
3. Keputusan hakim adalah muktamad.
4. Pihak urus setia berhak memaparkan karya peserta untuk apa jua penerbitan/program perpustakaan.
5. Hadiah pemenang bagi setiap kategori:
Johan Wang tunai RM150.00 + sijil
Naib Johan Wang tunai RM120.00 + sijil
Tempat ke-3 Wang tunai RM100.00 + sijil
7 saguhati Wang tunai RM50.00 + sijil
Setiap penyertaan akan diberikan sijil penyertaan.
6. Tarikh tutup pertandingan adalah sebelum atau pada 31 Jan 2021.
7. Nama pemenang akan diumumkan di facebook Perpustakaan Awam Negeri Perlis atau melalui telefon 30 hari selepas tarikh tutup pertandingan.
8. Sebarang pertanyaan boleh telefon ataupun whatsapp 0174696110, Pn. Zairina Hashim atau Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis 049764436.
9. Tertakluk pada pindaan.
Anjuran: Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis.
0 Comments