BULAN RAMADHAN BULAN PENUH BERKAH - VITS KAN ADA, MERIAHNYA RAYA

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... alhamdulillah, dah dua minggu kita sama-sama mengharungi bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini... apabila kita membicarakan tentang bulan Ramadhan, mesti ada pelbagai kenangan suka dan duka yang akan terlintas di minda kita betul tak?... kenangan macam mana masa kita berpuasa zaman kecil-kecil dulu... kenangan macam mana kita nak cari akal untuk cuba ponteng puasa... kenangan macam mana seronoknya sama-sama bertarawikh di surau bersama rakan-rakan sepermainan... kenangan macam mana terujanya masa dok main bunga api dan pasang panjut... pendek kata memang seronoklah yang banyaknya...

Tang sedih takde la duka mana pun... just kena duduk kat tepi sebab ponteng puasa... kena ceramah sebab balik lambat daripada solat tarawikh dek ralit main bunga api dengan kawan-kawan... lagi apa eh, kena ligan sebab masa balik kampung dok pusing satu kampung naik basikal jiran pastu dah nak Maghrib baru balik... hehehehe... memang seronok sebenarnya bila duduk sambil mengenang kembali segala peristiwa yang berlaku tu... memang nostalgia sungguh...

Okay, so today, makcik nak mengulas sikit tentang Ramadhan... 


MAKNA RAMADHAN
Ramadhan membawa maksud panas yang sangat terik... ia diinamakan demikian kerana pada bulan tersebut di tanah Arab kebiasaanya cuaca adalah panas, terik dan kering... secara bahasa, makna panas tersebut diharapkan dapat membakar segala kekotoran dosa orang yang berpuasa dan yang menghidupkan ibadah di sepanjang bulan Ramadan...


BULAN RAMADHAN TURUT DIKENALI DENGAN BEBERAPA NAMA LAIN

Syahrul Syiam (Bulan Puasa)

Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah ayat 183:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu mudah-mudahan kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa"

Madrasah Ramadhan selama sebulan adalah untuk mencapai sifat taqwa kepada Allah S.W.T. meninggalkan puasa Ramadhan tanpa uzur syar'ei adalah berdosa dan menjadi kafir apabila menafikan kewajibannya. Nabi s.a.w telah bersabda:
"Pegangan Islam dan dasar-dasarnya adalah tiga perkara, sesiapa meninggalkan salah satu daripadanya maka ia adalah kafir iaitu penyaksian keesaan Allah, mendirikan solat dan puasa Ramadhan"
(Hadis Riwayat Abu Ya'la dan al-Dailami)

"Sesiapa yang berbuka (tidak berpuasa) satu hari daripada bulan Ramadhan dengan tiada uzur dan tiada sakit, nescaya tiadalah dapat diqadha' puasanya oleh puasa sepanjang masa walaupun dia melakukannya"
(Hadis Riwayat Bukhari)


Syahrul Barakah (Bulan Keberkatan)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan ( dengan kelebihan yang lain): Bulan penuh keberkatan, Allah memfardhukan puasa atas kamu, dibuka pintu-pintu Syurga, dikunci pintu-pintu Neraka, dibelenggu Syaitan ( supaya tidak mengganggu umat Muhammad S.A.W daripada melakukan pelbagai ibadat), di dalam ada Malam Qadar iaitu satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang tiada diberikan kebajikan malam itu maka sesungguhnya dia tidak diberikan kebajikan kepadanya"


Syahrul Jud (Bulan Murah Hati)

Nabi telah bersabda dalam hadisnya:
"Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapat pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya."
(Hadis  Riwayat Tirmidzi)


Syahrul Najah (Bulan Kemenangan dan bebas dari api Neraka)

Nabi bersabda:
"Ramadhan itu awalnya rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan di akhirnya dibebaskan dari api neraka"

Termasuk dalam kemenangan ialah apabila umat Islam telah berjaya dan mencapai kemenangan yang besar dalam bulan Ramadhan. Antaranya ialah terakam dalam sejarah:
a) Kemenangan di dalam Peperangan Badar al-Kubra yang berlaku pada 17 Ramadhan
b) Dapat menawan Kota Makkah dari tangan kafir quraisy dan memasuki kota Makkah yang disebut sebagai Fathu al-Fakkah


Syahrul Quran (Bulan Quran)

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 185:
"Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai hidayah (petunjuk) kepada manusia dan keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pemisah antara yang hak dan yang bhatil"

Nabi s.a.w telah bersabda:
" Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada para hamba pada Hari Kiamat. Puasa berkata: "Wahai Tuhanku aku telah menhalangnya daripada makan dan minum serta mengikut syahwat pada siang hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya". Al Quran berkata: " wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya daripada tidur pada malam hari, maka izinkan aku member syafaat kepadanya, lalu diterimalah syafaat keduanya"
(Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Abi dunya, al-Tabrani dan Hakim)


Syahrul Sabr (Bulan Kesabaran)

Ibadah puasa dan ibadah sabar punya hubungan yang erat. Allah menjanjikan ganjaran pahala yang tidak terbatas kepada orang-orang yang sabar di dalam Al-Qur'an,
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar akan disempurnakan (ganjaran) pahala mereka tanpa batas."
(Surah az-Zumar:10)

Dalam hadis nabi pernah bersabda,
"Seandainya seorang memaki engkau atau mengatakan kamu bodoh, maka katakanlah ‘Sesungguhnya aku sedang berpuasa, aku sedang berpuasa'.
(Sahih Al-Jami As-Saghir)


Saiyidus Syuhur (Penghulu sekalian bulan)

Oleh kerana Ramadhan disebut di dalam Al-Quran dan terlalu banyaknya keistimewan dan kelebihan Ramadhan maka ia mendapat gelaran sebagai Penghulu sekelian bulan. Di sana adanya ibadah puasa selama sebulan penuh, Zakat fitrah, Solat Tarawih, Lailatul Qadar, Nuzul al-Quran, Tadarus al-Quran, Kelebihan sedekah, Qiamullail, Tazkirah, Iktikaf dan lain-lain lagi.

Rasulullah menegaskan bahawa:
"Seandainya manusia mengetahui keistimewaan Ramadan, nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah Ramadhan."


Syahrul Rahmah (Bulan Kerahmatan)

Syahrul Magfirah (Bulan Keampunan)


Pokok keladi di tepi paya,
Tumbuh bersama pohon pegaga;
Selamat berpuasa untuk semua,
Semoga amalan bertambah pahala.


Gaissss, semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 kebaikan juga kenikmatan buat kita semua... sambil-sambil tu makcik nak bagitau kat korang ni, Vits ada buat pertandingan "Vits Kan Ada, Meriahnya Raya" dengan hanya masak, kongsi dan menang hadiah-hadiah menarik... teruja sungguh makcik bila dapat tau ada pertandingan ni... hehehehe... walaupun masak pun tak le terror mana tapi semangat nak memeriahkan majlis tu ada agitchewwww... korang pun apa tunggu lagi?... jomlah sama-sama kita bereksperimen di dapur dan sama-sama join pertandingan ni...


Langkah-langkah penyertaan adalah seperti berikut:
1) Beli produk Vits Mi Kering Edisi Istimewa Raya
2) Imbas kod yang tertera pada pek
3) Masak menu kreatif menggunakan produk ini dan post di akaun media sosial
4) Tag akaun rasmi Vits di sini dan sertakan #vitskanadameriahnyaraya


Tarikh tutup penyertaan
14 Jun 2021

Jom sertai dan serlahkan kreativiti anda bersama Vits!

Join jangan tak join hokey... see you around gaissss...

xoxo

Post a Comment

10 Comments

  1. macam macam lagi alaman yang kita boleh buat pada bulan ramadan. tak semestinya solat dan baca quran je. tolong parents pun besar pahalanya

    ReplyDelete
  2. best jugak hadian untuk contest, kat rumah sentiasa ada vit's senang bila nak masak

    ReplyDelete
  3. Wahh, menariknya entry ni. Baru saya tahu Ramadan pun ada maksud yang tersendiri.

    ReplyDelete
  4. Moga di akhir-akhir ini kita dapat hidayah dariNya... masih sempat ni nak join contest tu ya..

    ReplyDelete
  5. Vit's ada contest untuk bereksperimentasi di dapur? Macam nak try gak. Nie share dengan kawan compers mesti laju diorang join

    ReplyDelete
  6. Wow! Very heavy reading but well done to Vit for great input over the Ramadan kan.. nak join the contest la.. :) nanti ajak my housemate g shopping Vit ni... hehe

    ReplyDelete
  7. Vits kita memang guna jenama ini jer untuk memasak mee hehehe senang mudah dan paling sedap... ada peraduan ni bagus juga boleh cuba masukkan..

    ReplyDelete
  8. Nak cuba joinlah contest VIT's ni. Mana tahu rezeki Ramadhan..hihi. Thanks sharing

    ReplyDelete
  9. suka dengan produk vits ni.. pernah gunakan ..nanti nak join contets dialah mana tahu boleh menang hadiah menarik hehehe

    ReplyDelete
  10. ouhh ada peraduan ke, ingatkan ulasan mengenai Vits. tahnks for sharing kata2 hikmah tu.

    ReplyDelete