RESEPI LAKSA JOHOR YANG SEDAP YA AMAT

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... baru-baru ni kita dikejutkan dengan bait-bait percakaran yang melibatkan resepi laksa… terkejut sungguh masa makcik mula-mula came across perihal yang telah digembar-gemburkan ini… basically, makcik suka makan semua jenis laksa gaissss… bagi makcik, kesemua jenis laksa yang ada di tanah air kita yang tercinta ini memiliki rasa masing-masing yang tersendiri… kiranya, kesemua laksa-laksa ini adalah unik dengan resepinya masing-masing… takde istilah laksa negeri ni paling sedap, laksa negeri ni paling pekat kuahnya, laksa negeri ini paling mahal cara pembuatannya, laksa negeri ini tidak dapat ditandingi oleh laksa-laksa dari negeri lain… takde… bagi makcik, semuanya berada dalam kelas mereka yang tersendiri… agitchewww…

Untuk pengetahuan korang semua, baru-baru ni masa raya haritu, anak-anak makcik ada la teringin nak makan laksa… alhamdulillah, masa raya haritu, walaupun kami sekeluarga tak dapat untuk sama-sama berhari-raya bersama keluarga besar kami yang tercinta, namun, kami tetap bersyukur sebab masih dapat meraikannya bersama-sama keluarga kecil kami di selatan tanahair… ya, pada mulanya, sebelum PKP diumumkan semula, kami memang telah merancang untuk sekurang-kurangnya pergi ke daerah Tangkak atau pun Johor Bahru untuk meraikan Hari Kemenangan kita di dalam suasana yang sedikit berbeza daripada apa yang kami nikmati di tempat penginapan kami sekarang… planningnya memang untuk kami terus ke pusat penginapan tanpa singgah-menyinggah ke mana-mana pun sebab kerisauan terhadap kebolehjangkitan virus COVID-19 ini yang semakin membimbangkan kan... yelah, sebelum ni kan PKPB tapi masih boleh merentas daerah...

Namun, benarlah takdir menentukan segala-galanya, seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri, pengumuman berkenaan pelaksanaan PKP telah diwar-warkan… kami sekeluarga akur dan teruslah tetap berada di lokasi kami tanpa ke mana-mana… walau bagaimanapun, the best part is, masa raya baru-baru ni, kami dapat menggunakan peralatan memasak dengan kesemua kemudahan disediakan… apa lagi, memang pagi, petang, siang, malam dok memasak je lah kerjanya… hehehehe… so, here we go, makcik nak share resepi Laksa Johor yang makcik dah realisasikan baru-baru ni… korang pun boleh cuba ye… makcik dah guna resepi ni sejak tahun 2016 lagi kalau tak silap... masa tu makcik cuba resepi daripada Azie Kitchen...


Kredit gambar: Google
Kredit resepi: Azie Kitchen...

BAHAN-BAHAN

1 paket spaghetti
1 kilogram ikan sardin
¾ cawan rempah kari ikan
½ cawan cili kering (dikisar)
¾ cawan udang kering (dikisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
Garam
Serbuk perasa

BAHAN KISAR

5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar

ULAM-ULAM

Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Lobak asin

CARA-CARA MEMASAK KUAH LAKSA JOHOR

1) Bersihkan ikan macam biasa… kemudian, korang boleh kukuskan atau rebuskan ikan-ikan tu ya… basically, nak rebus boleh, nak kukus pun boleh… tapi, kalua korang nak senang untuk mencarikkan isi ikan tu, kukus adalah pilihan terbaik… air kukus tu sila simpan ya sebab nak guna balik nanti...
2) Kisar ikan yang telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi pastu korang boleh ketepikan sebentar…
3) Now, korang dah boleh panaskan periuk… then, bila periuk dah panas, masukkan minyak dan kesemua bahan kisar dan tumiskan bahan-bahan tersebut sampai naik bau…
4) Masukkan rempah kari ikan dan goreng sekejap je dalam lebih-kurang satu minit… lepas tu, korang bolehlah masukkan air dan goreng lagi renpah ikan tu sehingga kira-kira lima minit… dah cukup time, masukkanlah cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak..
5) Apabila dah terbit minyak, korang boleh masukkan ikan yang telah sedia dikisar tadi dan kacaulah sehingga campuran tersebut rata…
6) Then, korang dah boleh masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan ya… apabila adunan dah mendidih, finally masukkanlah udang kering dan kerisik… kuah tu bagi pekat sikit baru umphhhh… 

CARA-CARA MEMASAK SPAGHETTI

1) Masak air dalam periuk dan pastikan korang letakkan juga sedikit garam... sukatan garam bersesuaian dengan kuantiti air dan spaghetti yang korang nak masak tu ya... biasanya lebih kurang dalam satu sudu teh sehingga satu sudu besar...
2) Apabila air dah mendidih, masukkanlah spaghetti ke dalam air tersebut... masakkan spaghetti itu sehingga ia kenyal dan tidak rapuh lagi...
3) Setelah spaghetti masak, korang bolehlah keluarkan lalu tapislah spaghetti tersebut... boleh juga kalau korang nak lalukan spaghetti kat bawah air sejuk, kemudian toskan... kalau makcik, makcik dah tak lalukan kat bawah air sejuk dah... makcik just tapis dan toskan terus... however, untuk mengelakkan spaghetti daripada melekat-lekat tu, korang boleh lalukan minyak masa tengah nak toskan spaghetti tu ya...

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT SAMBAL BELACAN

1) Korang boleh sediakan cili kering yang telah direbus dan belacan bakar... macam makcik, kadang-kadang makcik masukkan tomato dan sedikit cili hidup juga...
2) Tumbukkan kesemua bahan-bahan tadi... lastly, korang boleh perah limau kasturi kat sambal belacan tu... tak yah banyak sangat limaunya, just buat-buat rasa je...

Siap!!!

Dah boleh makan dah... 
Cuba jangan tak cuba ya gaissss...

Oh ya, ni makcik nak share jugak dengan korang ni... dengan hanya RM68 korang boleh dapat produk-produk kat bawah ni tau... bolehlah nanti korang hidangkan Laksa Johor yang sedap ya amat kat dalam bekas-bekas ni...

SPECIFICATION

- Borosilicate Glass
- High Thermal Shock Resistant
- Freezer, Oven & Microwave Safe- Safe For Use
- Versatile







NORMAL PRICE: RM272
NOW: RM68 ONLY
or RM22.67 x 3 monthly installments
(No interest or fees with hoolah)

Grab jangan tak grab gaissss... bukan selalu dapat harga runtuh macam ni... till then, see you when I see you... selamat membeli dan memasak ya... daaaa...

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

2 Comments

Previous Post Next Post