Assalamualaikum dan hai hai hai everything... walaupun kita berada di dalam keadaan pandemik yang menginsafkan ini, makcik harap korang semua sentiasalah ingat bahawa kita semua berada di dalam kapal (situasi) yang sama... ya, mungkin kasut kita berbeza, namun, kita sama-samalah berusaha untuk sentiasa meninjau keadaan adik-beradik dan keluarga juga sahabat-handai serta jiran-tetangga... sekiranya ada di dalam circle kita yang memerlukan bantuan, insyaAllah, bantulah sedaya mampu... even brader dan sister FoodPanda ke, GrabFood ke atau mungkin runner persendirian pun kita boleh bantu mengukir senyuman di bibir mereka dengan memberikan tips ikhlas... start now gaissss, sikit-sikit boleh cuba, percayalah, when you make others day better, it will definitely make your day too!
Orait,sepanjang melayari hari-hari yang penuh dengan pancaroba ni, makcik masih meneruskan service makcik iaitu memasarkan bahan-bahan kimia... kadangkala, makcik akan didatangi dengan soalan-soalan ala-ala FAQ gitu... contohnya macam, apakah kemolaran (molariti), apakah kenormalan (normaliti), bagaimanakah kepekatan mempengaruhi sesuatu bahan kimia, adakah molariti dan normaliti tu sama dan macam-macam lagi... thus, today, jom kita buat ulangkaji sikit naaa... maklumlah, skill makcik pun dah berkarat dah ni... jom asah balik pengetahuan sama-sama ya...
PERBEZAAN MOLARITI DAN NORMALITI
First thing first, kedua-dua molariti dan normaliti merupakan ukuran kepekatan... salah-satunya adalah ukuran bilangan mol per liter larutan, sementara yang lain pula mempunyai parameter yang berubah-ubah, bergantung kepada peranan larutan dalam sesuatu tindak balas kimia...
APAKAH MOLARITI?
APAKAH MOLARITI?
Molariti merupakan ukuran kepekatan yang paling biasa digunakan yang mana ia dinyatakan sebagai bilangan mol zat terlarut per liter larutan... okay, macam confusing kan... jap, makcik bagi sketch yang mudah untuk difahami,,,
CONTOH
1) Larutan 1 M H2SO4 mengandungi 1 mol H2SO4 untuk satu liter larutan asid sulfurik.
2) H2SO4 berpisah menjadi ion H + dan ion SO4- di dalam air.
3) Untuk setiap mol H2SO4 yang terasing dalam larutan, 2 mol ion H + dan 1 mol ion SO4 terbentuk.
Di sinilah normaliti digunakan secara umum.
APAKAH NORMALITI?
Normaliti merupakan ukuran kepekatan yang sama dengan gram bersamaan berat per liter larutan... berat setara gram adalah ukuran keupayaan reaktif molekul.. walau bagaimanapun, peranan penyelesaian dalam tindak-balas kimia akan menentukan penyelesaian untuk mendapatkan normaliti tersebut...
CONTOH
1) Untuk tindak balas asid, larutan 1 M H2SO4 akan mempunyai normaliti (N) 2 N kerana 2 mol ion H+ hadir per liter larutan.
2) Untuk tindak balas pemendakan sulfida, di mana ion SO4- adalah faktor yang paling ketara, larutan 1 M H2SO4 yang sama akan mempunyai normaliti 1 N.
2) Untuk tindak balas pemendakan sulfida, di mana ion SO4- adalah faktor yang paling ketara, larutan 1 M H2SO4 yang sama akan mempunyai normaliti 1 N.
BILAKAH KEPERLUAN UNTUK MENGGUNAKAN MOLARITI ATAU NORMALITI?
Kebiasannya, untuk tindak-balas kimia, molariti sering menjadi pilihan bagi unit kepekatan yang hendak diukur… basically, molariti memang sesuai untuk semua jenis suhu yang terjadi sewaktu tindak-balas kimia berlaku… on the other hand, normaliti pula cenderung untuk diguna-pakai sebagai unit kepekatan untuk pengiraan bahan yang dititrat…
Ingat lagi tak proses pentritatan? Ala yang kita kena guna kaki retort, pengepit semua tu... nantilah, kalau ada kesempatan, boleh kupas regarding pentitratan ya...
CARA MENUKAR MOLARITI KE NORMALITI
N = M * n
di mana n ialah bilangan setara
Sebelum tu, kita kena faham satu perkara iaitu nilai N dan M adalah sama untuk beberapa kumpulan bahan kimia… basically, kumpulan bahan kimia ini berada di dalam Jadual Berkala… tengoklah nanti, kalua ada rezeki, insyaAllah kita check it out pula regarding jadual berkala… back to the moraliti dan normaliti tadi, nilai n adalah 1 ya…justeru itu, apabila pengionan berlaku barulah penukaran tersebut menjadi sesuatu yang perlu ditentukan...
BAGAIMANA NORMALITI BOLEH BERUBAH?
Normaliti merujuk kepada kepekatan pada bahan kimia yang reaktif (kena refer to Jadual Berkala) dan merupakan suatu unit kepekatan yang tidak jelas (kalua nak dibandingkan dengan molariti)…
CONTOH
1) Ferum (III) thiosulfate, Fe2 (S2O3)
2) Normalitinya bergantung pada bahagian reaksi redoks yang korang kaji.
3) Sekiranya spesies reaktif adalah Fe, maka larutan 1.0 M adalah 2.0 N (dua atom besi).
4) Walau bagaimanapun, jika spesies reaktif adalah S2O3, maka larutan 1.0 M adalah 3.0 N (tiga mol ion tiosulfat setiap mol ferum).
Baik… semoga bermanfaat… till then, see you when I see you… daaaa…
xoxo
0 Comments