RAHSIA 8 AMALAN DALAM PECUTAN UNTUK BERTEMU LAILATUL QADAR

Assalamualaikum dan hai everything... nampaknya pejam-celik pejam-celik dah semakin kita menuju ke akhir Ramadhan... masa awal tahun dulu, rasa macam lambat lagi nak puasa kan?... tapi, bila dah start masuk Ramadhan, zassss, sekejap je dah nak Syawal... begitulah cepatnya kita ditingalkan oleh masa yang sememangnya terus bergerak tanpa kita sedari (lebih-lebih lagi untuk mereka yang tidak berfikir)... di dalam al-Quran sendiri ada menceritakan perihal ini di dalam Surah Al-Asr yang terjemahannya berbunyi begini... 

Demi masa
Sesungguhnya manusia dalam kerugian
Kecuali
Yang beriman dan beramal soleh

Maka, tidak hairanlah sekiranya di dalam bulan Ramadhan ini, pelbagai program dan challenge diadakan demi mengajak semua muslimin dan muslimat sama-sama menuju ke arah memperbaiki diri dan seterusnya menjadi hambaNya yang beriman dan beramal soleh, alhamdulillah... dalam kita memperkatakan hal ini, suka untuk makcik emphasizekan bahawa kini kita dah masuk dalam 10 malam terakhir Ramadhan yang sudah tentu mempunyai pelbagai ganjaran buat mereka yang melaksanan segala amalan sunnah dan beribadat dengan penuh keikhlasan...


Sebelum makcik mengulas lanjut, apakah maksud Lailatul Qadar yang kita sentiasa tunggu-tunggu pada setiap Ramadhan?... secara ringkasnya, LAILATUL QADAR bernaksud malam pemutusan dan penentuan yang mana pada malam ini Allah akan menetapkan dan menerangkan kepada para malaikat berkenaan rezeki, ajal maut juga segala perkara yang bakal berlaku pada tahun tersebut... to recap, pada malam ini jugalah al-Quran diturunkan sehinggalah ia digambarkan sebagai malam yang penuh dengan keberkatan dan lebih baik daripada 1000 bulan... Allah Subhanahuwataala telah berfirman dalam Surah Ad-Dukhon ayat yang ke 3 yang bermaksud: 
"Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan."

Terdapat juga suatu hadis daripada Abu Hurairah yang mana mafhumnya, ketika mana telah datang bulan Ramadhan telah bersabda Rasulullah: "Telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan, telah difardukan Allah ke atas kamu untuk berpuasa, dibuka padanya pintu-pintu syurga, dan ditutup padanya pintu-pintu neraka, dirantai padanya syaitan-syaitan, padanya malam Lailatul Qadar sebaik 1,000 bulan, siapa yang terlepas daripada kebaikannya maka ia hilang kelebihan itu." – [HR Nasai 2427]. 


Okay, jom kita kupaskan amalan dalam pecutan untuk bertemu Lailatul Qadar...

1) KUKUHKAN NIAT - Kita perlulah mengukuhkan niat untuk menemui malam Lailatul Qadar dari awal Ramadhan lagi... namun begitu, Islam kan agama yang mudah lagi memudahkan... sekiranya pada ketika telah berada di dalam 10 malam terakhir Ramadhan pun, teruslah kuatkan niat untuk menemui malam Lailatulqadar... bagi yang telah menetapkan niat, perbaharuilah niat tersebut walaupun bagi wanita yang sedang dalam haid... 

2) LAKSANAKAN IBADAH FARDHU - Melaksanakan ibadah fardhu dan menjaga segala amalan yang dilakukan... ibadah fardhu sudah tentulah syahadah, solat, puasa, zakat dan menunaikan haji... laksanakan segala kewajipan kita dengan penuh tawadduk dan istiqamah dan serahkanlah segala-galanya kepada Allah... insyaAllah, Allah akan jaga segalanya... sebagai contoh, lebih banyak kita bersedekah, insyaAllah lebih murah rezeki kita... pernah juga makcik terbaca suatu hadis yang berbunyi  “Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah kecuali bertambah, bertambah dan bertambah."...

3) JAGA PERKARA SUNNAH - Menjaga perkara-perkara sunnah sebagai contoh tidak meninggalkan Qiamullail yang merupakan tanda kesyukuran kita kepad Allah Subhanahuwataala... sentiasa  membaca al-Quran kerana ayat-ayat suci al-Quran yang kita baca itulah yang akan menyelamatkan kita daripada azab kubur... selain itu, kita juga digalakkan untuk sentiasa berzikir bagi terus mendekatkan diri kita kepada Allah Azzawajalla...

4) HIDUPKAN MALAM - Menghidupkan malam dengan mengerjakan ibadah solat dan tidak ketinggalan membaca al-Quran... Rasulullah Sallalahualaihiwasallam pernah bersabda: "Sesiapa yang bangun malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan perhitungan (muhasabah diri) ia akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu." – [HR Bukhari 2014]...

5) BANGUNKAN AHLI KELUARGA - Membangunkan ahli keluarga seperti mana yang dilakukan oleh baginda Rasulullah Sallalahualaihiwasallam... Saidatina Aisyah Radiallahuanha pernah memberitahu bahawasanya baginda Rasulullah Sallalahualaihiwasallam jika masuk pada malam 10 malam terakhir, maka ia akan menghidupkan malam-malam itu, dan membangunkan ahli keluarganya, dan akan menjauhi daripada membuat hubungan suami isteri." – [HR Muslim 2008]. 

6) LIPAT-GANDAKAN TAUBAT DAN ISTIGHFAR - Kita haruslah sentiasa memohon keampunana daripada Allah Subhanahuwataala di atas segala kekhilafan dan kesilapan kita dalam melayari bahtera kehidupan... sebagai hambaNya yang lemah, kita memang tidak akan lepas daripada melakukan dosa... maka teruskanlah memohon keredhaanNya lebih-lebih lagi dalam bulan Rmadhan yang barokah ini... nikmat dalam hidup kita adalah apabila dosa-dosa kita diampunkanNya...

7) BERIKTIKAF - Kita digalakkan untuk beriktikaf di 10 malam terakhir... amat lah rugi bagi mereka yang mensia-siakan 10 malam terakhir ini... maka, makcik ingin sarankan agar kita cuba untuk menahan nafsu tidur kita dan bersedia untuk beriktikaf dengan memakai wangi-wangian untuk mengadapNya... namun begitu, dalam keadaan kita berPKPB ni, perlulah kita melihat kepada kesesuaian dan guideline ya sebelum kita beramai-ramai pergi ke masjid atau surau untuk beriktikaf... sesungguhnya, mematuhi pemerintah yang adil juga merupakan suatu ibadah ya uollssss...

8) PERBANYAKKAN BERDOA - Berdoalah untuk memohon pengampunan dan disayangi Allah... Dalam satu riwayat telah disebutkan bahawa  Saidatina Aisyah Radiallahuanha pernah bertanya kepada Rasulullah Sallalahualaihiwasallam tentang amalan di dalam mencari Lalilatul Qadar... “Wahai Rasulullah! Jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku ucapkan (doa)?”... jawapan Rasulullah Sallalahualaihiwasallam adalah seperti berikut: “Ucapkanlah; “Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan.” (Hadis diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi)...


Makcik harap, kita semua akan sama-sama mendapat manfaat dengan coretan yang tidak seberapa ini...jom kita sama-sama amalkan dalam mengharungi lagi beberapa hari lagi di 10 malam terakhir Ramadhan ini... sesungguhnya segala yang baik adalah dari Allah dan yang buruk adalah dari kekhilafan makcik sendiri... all the best...

xoxo

Post a Comment

12 Comments

  1. dh tk lama ramadhan akan berakhir..semoga kita trus tingkatkan amalan di penghujung ramadhan ni

    ReplyDelete
  2. Moga kita dapat mencari Malam Lailatur Qadar dalam 10 malam terakhir ni. Mana tahu malam tu belum muncul lagi. Kena banyak2 berdoa. Mana tahu bila terkena malam lailatul qadar....doa kita akan diangkat.

    ReplyDelete
  3. Semoga kita semua mendapat manfaat di malam-malam terakhir Ramadan. Salam Ramadan. Thanks di atas perkongsian.

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas ingatan. moga semua amalan kita diterima Allah. jom pecutan terakhir

    ReplyDelete
  5. Good post. Thank you for sharing this tips. Hope you are doing good and happy this Ramadhan. Take care and have a good moment.

    ReplyDelete
  6. Lain sangat rasa bila malam lailatul qadar ni. Semoga kita memperoleh manfaat bersama.

    ReplyDelete
  7. Malam yang penuh dengan pengharapan..sekejap masa berlalu dan kini kita berada di hari² terakhir Ramadan .. bakal pergi dan akan menjelang Syawal. Sedih teramat, bulan seribu rahmat

    ReplyDelete
  8. Thanks for the info. Memang malam yang dinanti-nanti umat islam.. mencari malam lailatul qadar.. lakuka kebaikan dan sentiasa beribadat di 10 malam terakhir

    ReplyDelete
  9. Malam-malam terakhir Ramadan memng malam yang ditunggu kita semua. Semoga kita dapat manfaat sebaik mungkin. Semoga kita semua dapat keberkatan dariNya

    ReplyDelete
  10. Dah berapa malam Sis susah nak tidur, berzikir aje sepanjang nak melelapkan mata, akhirnya tertidur..biasa pantang letak kepala je tidur...

    ReplyDelete
  11. Moga kita istiqomah melakukan ibadah ibadah sunnah ni. Alhamdulillah Ramadhan tahun ni walaupun berbeza but still happening and rasa bestnya Ramadhan.

    ReplyDelete
  12. kita tertengok gambar perbezaan tu.. yang part imamkan masjid ni.. nampak sedih dan sayu .. tak ada tarawikh this year.. warga emas dan kaki masjid lah paling terkesan sebab bagi mereka adakah ramadhan akan datang dapat bertemu lagi ;(

    ReplyDelete