Agrobank mengambil maklum akan situasi bencana banjir yang sedang melanda negara kita pada ketika ini. Dengan meletakkan kebajikan para pelanggan sebagai keutamaan mereka.
Pelan bantuan istimewa ini menawarkan bantuan moratorium merangkumi penangguhan bayaran ansuran bulanan pembiayaan dan penstrukturan semula bayaran pembiayaan untuk para pelanggan Agrobank yang terkesan dengan bencana banjir kali ini.
Pelan bantuan ini ditawarkan kepada semua pelanggan individu dan syarikat di seluruh negara terutamanya mereka yang sedang berhadapan dengan situasi pasca bencana banjir di Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang. Agrobank juga turut menawarkan pengecualian caj ke atas penukaran kad debit ATM dan buku akaun simpanan Agrobank (sama ada hilang, rosak atau musnah) kepada pelanggan kami yang terkesan akibat bencana banjir ini.
Pelanggan yang terkesan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Agrobank di talian
1-300-88-2476 atau berkunjung ke mana-mana cawangan Agrobank yang terdekat bagi memohon atau mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Bantuan Banjir Agrobank 2021.
Pelanggan juga boleh melayari laman sesawang Agrobank di sini.
xoxo
0 Comments