RISIKO PENYAKIT AKIBAT TERLALU KURUS

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... dewasa ini, khalayak sering beranggapan bahawa berat badan berlebihan berkait-rapat dengan penyakit. Ramai yang lupa bahawa kekurangan berat badan juga sama bahayanya jika dibandingkan daripada segi kesihatan. Situasi ini agak membimbangkan berikutan sindrom tekanan rakan sebaya yang sering membayangkan bahawa kurus itu menawan. Kadangkala, individu yang terlalu menitik-beratkan penampilan akan terjerumus ke dalam suatu situasi yang merisikokan kesihatannya semata-mata untuk kelihatan kurus di mata dunia.


Berikut adalah risiko kesihatan yang mungkin boleh terjadi kepada seseorang yang terlalu kurus:

ANEMIA

Anemia merupakan suatu keadaan yang terjadi apabila jumlah sel darah merah sihat untuk membawa oksigen ke tisu badan tidak mencukupi di dalam badan. Penghidap anemia akan mudah berasa letih dan lemah berikutan sakit kepala yang berlarutan.

BANTUT

Dalam usia muda, khasiat yang diperolehi daripada makanan amatlah penting agar badan dapat membesar secara optimum. Sekiranya seseorang kekurangan berat badan, secara amnya kalori yang diperolehinya juga adalah tidak mencukupi. Ini membuatkan individu tersebut berpotensi mengalami pertumbuhan yang terbantut.

OSTEOPOROSIS

Osteoporosis berlaku apabila penciptaan tulang baru tidak seiring dengan kehilangan tulang lama. Keadaan osteoporosis menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh. Kekurangan berat badan meningkatkan osteoporosis terutamanya kepada wanita. Tulang akan menjadi sangat rapuh sehinggakan walaupun hanya dengan tekanan ringan seperti membongkok sahaja boleh menyebabkan ia patah.


MUDAH PENAT

Kalori digunakan untuk mengira apa yang tubuh perolehi daripada pengambilan makanan atau minuman. Kurang makan menyebabkan individu akan mempunyai kalori yang sedikit. Ini seterusnya akan menyebabkan seseorang menjadi terlalu kurus dan berisiko untuk mudah berasa penat sewaktu menjalankan apa jua aktiviti.

HAID TIDAK TERATUR

Wanita yang mengalami kekurangan berat badan cenderung untuk mengalami haid yang tidak teratur. Kadangkala, boleh juga terjadi haid mereka berhenti dengan lebih awal. Ini menyebabkan berlakunya gangguan kesuburan terhadap sistem reproduktif wanita.

Berpada-padalah dalam mengikut arus semasa. Kesihatan adalah lebih penting daripada penilaian umum terhadap diri kita.

xoxo

Post a Comment

0 Comments