PANDEMIK MENGURUNG JIWA NAMUN TIDAK BAHASA

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... makcik ni kalau nak dikatakan puitis, bolehlah jugak... korang nak tau tak, dulu-dulu, masa masih dalam fasa kenal-mengenal dengan pakcik korang kan... makcik dan pakcik ada satu buku yang mana buku tu dijadikan sebagai suatu medium untuk kami menulis surat... kiranya buku tu macam scrap book yang akan ulang-alik diposkan... masa tu makcik kat Penang dan pakcik korang kat Key Ell... well, masa tu pakcik korang dah habis study dan makcik masih di Tahun 1...

Pakcik korang kalau dah menulis puisi, memang berubah 360 darjah kalau compare dengan perwatakannya... well, pakcik korang introvert and makcik pulak ambient... thus, it explains why bila dengan makcik petah je pakcik korang bercakap but in certain situation memang pakcik korang relax, layanz sengsorang... anyway, back to our scrap book, masa tahun-tahun tersebut, memang makcik merupakan pengunjung setia Pejabat Pos Mini kat tempat pengajian makcik... dua kali seminggu confirmed akan dapat parcel dan akan hantar parcel agitchewwww...

Korang jangan salah faham pulak eh, bab belajo, pakcik korang memang serious... makcik pernah kena buat balik assignment bila pakcik korang check dan inform assisgnment tu tak informative enough... time kuiz dengan test pun, kalau result entah apa-apa, memang kena lecture laaaa... aduhai... tapi okaylah kan... time belajar, memang belajar betul-betul... kitorang ni sampai confused kalau tengok kengkawan dok pi taman bagai sebab macam tak boleh brain apa yang nak dibuat kat situ... bukanlah ulat buku pun but maybe we are more to an active lifestyle macam hiking gitu... hahahahaha...

So ya, our puisi scrap book ada dalam empat buah kalau tak silap makcik tapi sekarang ni ada kat umah my MIL, pakcik korang la yang simpan... hopefully still good and in-tact... hehehehe... nak tunjuk kat anak-anak, segan... tapi tu lah, bila bukak balik, confirmed terbayang zaman masih kuyussss dulu tu kannnn... kenangan menggamit memori sungguh... semoga makcik dapat kuyussss balik, doakan hokey...


Sorry gambar blur... ni je poster yang makcik jumpa...

Korang, makcik terimbau kenangan menusuk jiwa ni sebab makcik ada came across pertandingan menulis puisi ni...  jom sertai Pertandingan Puisi anjuran Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa (SRIM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), bermula 10 Januari hingga 30 Januari 2022 gaissss... jom serlahkan bakat dan kreativiti korang!

SYARAT-SYARAT


1) Puisi hendaklah menggunakan Bahasa Melayu sahaja.
2) Tema Puisi: PANDEMIK COVID-19.
3) Jenis puisi yang diterima adalah Pantun, Syair, Sajak, Seloka dan Gurindam.
4) Hantar dalam bentuk Document dan PDF sahaja. Namakan dokumen dengan NAMA PENUH anda. 
5) Karya mestilah asli dan tiada sebarang plagiat.

KLIK DI SINI UNTUK MENGHANTAR PUISI


NOTE


Penyertaan terbuka kepada semua pelajar USIM dan orang awam.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN


30 Januari 2021 (11.59 malam)

HUBUNGI NOMBOR DI BAWAH UNTUK SEBARANG PERTANYAAN



"Melestarikan Integriti, Memperkasakan Peribadi" 
SEKRETARIAT RAKAN INTEGRITI MAHASISWA 2021/2022
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Jom join sama-sama ya... makcik dan pakcik dah draf dah puisi ringkas... nak juga cuba kot-kot ada bakat lagi... dah lama tak berpuisi juga nih... these few years dok berpuisi gitu-gitu je... best sebab nanti boleh dapat e-sijil kannnn... hehehehe... jom sama-sama kita meriahkan majlis hokey... till then, semoga berjaya tau... daaaa...

xoxo

Post a Comment

0 Comments