KITSUI GLOW SAKURA SARANG BURUNG WALIT / ROYAL BIRD NEST, TINGKATKAN AURA WAJAH SECARA SEMULAJADI DENGAN FORMULASI DARI KOREA

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... pagi tadi masa nak pergi kerja, elok je terang-benderang, matahari terik memancar sepanas-panasnya... insyaAllah boleh kering la kain-baju yang ada kat ampaian tu, makcik berkata-kata sendiri... alih-alih, lepas makan tengah hari, langit nampaknya dah gelap...

Angin bertiup, awan berarak,
Itu tandanya hari nak hujan,
Kilat menyabung, guruh berdentum,
Itu tandanya hari nak hujan,
Hujan pun turun membasah bumi,
Penghuni alam rasa bersyukur,
Angin bertiup, awan berarak,
Itu tandanya hari nak hujan,
Itu tandanya hari nak hujan.

Memang hujan ni gaissss... makcik tengah menaip sambil melayan bunyi hujan ni... tapi, sejujurnya, makcik bersyukur sebab apabila hujan turun, maka seluruh alam akan menjadi sedikit sejuk... cumanya makcik berharap sangat agar kita semua dilindungiNya daripada bencana banjir... lagi, satu, kalau hujan, suhu lebih rendah, maka, rembesan minyak yang semakin menjadi-jadi keluar kat kulit wajah makcik ni akan berkurangan... lega sikit rasa...


Sumber: Freepik

Makcik kan ada kulit sensitif... dari hari ke hari, makcik rasa kulit makcik makin teruk sekarang ni ditambah pula oleh cuaca yang tidak menentu ni... kalau waktu panas tu, berminyak-minyak makcik rasa kat kulit ni... agaknya, kalau boleh diukur, berkilat-kilat gamaknya... apabila cuaca sejuk pula, macam tengah hujan macam ni, kulit makcik kurang berminyak tapi ia menjadi agak kering sebab makcik duduk kat kawasan yang berpendingin hawa... pening makcik memikirkannya... hmpppp, korang pun ada ke yang bermasalah macam makcik?...

Makcik ada la buat pencarian sikit kat laman sesawang yang bak cendawan tumbuh selepas hujan berkenaan punca kulit kusam... yelah, makcik rindu dengan kulit zaman remaja makcik... nak kata flawless sangat tu tidaklah tapi at least takde bendasing macam sekarang ni... ni, dah lah kusam, macam-macam bendasing lain pun hinggap...

PUNCA KULIT KUSAM


1) DEHIDRASI

Korang biasa dengar berkenaan hidrasi kan... bagaimana pula dengan dehidrasi?... untuk pengetahuan korang, dehidrasi berlaku apabila jumlah air di dalam tubuh badan tidak mencukupi... ini termasuklah sekiranya kita kurang minum air, pori-pori dan garis kedutan kulit akan lebih jelas kelihatan... aduh, takutnya... kulit juga akan kelihatan kurang bermaya... kulit kita akan kelihatan kering dan nampak lebih tua daripada usia tau...

Kelembapan kulit yang rendah menyebabkan kulit kering sekaligus menjadi kusam dan tidak bermaya. Antara cara untuk mengekalkan kelembapan kulit adalah dengan memakai krim pelembap kulit atau moisturiser. Anda disyorkan untuk menggunakan pelembap sebanyak dua kali sehari serta minum air dengan kuantiti yang mencukupi. 

2) KURANG TIDUR


Ramai orang yang suka melaksanakan tugasan di waktu malam sehingga menyebabkan mereka kurang tidur... kebanyakannya membawa pulang kerja daripada pejabat ataupun mengulangkaji pelajaran hingga melepasi waktu tidur... sebenarnya, kurang tidur juga boleh memberikan kesan kepada warna kulit wajah sehingga menjadikannya kelihatan kurang segar dan kusam... apabila seseorang kurang tidur, sistem ketahanan tubuhnya akan terjejas... ini memungkinkan terjadinya keradangan yang seterusnya mempengaruhi pembentukan kolagen dan asid hyaluronik... kedua-dua bahan ini amat penting dalam mengekalkan kecerahan dan kesegaran kulit... keadaan ini akan menyebabkan penampilan menjadi kurang menarik, tubuh badan menjadi kurang sihat serta mempunyai riak wajah mengantuk dan tidak bermaya...

3) PENUAAN


Seiring dengan peningkatan usia, garis kedutan akan kelihatan semakin jelas pada kulit kerana ketegangan kulit semakin berkurangan... keadaan ini menyebabkan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya... penuaan merupakan proses semulajadi yang akan dialami oleh setiap seorang manusia... namun begitu, apa yang boleh kita lakukan adalah melambatkan proses penuaan dengan memakai krim pelindung matahari (sunblock) dan mengamalkan waktu tidur yang cukup setiap hari...

4) SINARAN MATAHARI


Sinaran matahari membantu tubuh kita untuk menghasilkan vitamin D... namun begitu, pendedahan kepada sinaran matahari yang terlalu lama boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan kulit... sekiranya kulit terdedah kepada sinaran UV (ultra violet) secara langsung terutama dalam tempoh jam 10 pagi hingga 4 petang, kulit akan menjadi kusam... selain itu, ia turut menjejaskan kelembapan kulit, menyumbatkan pori-pori kulit dengan kotoran sekaligus mempercepatkan proses penuaan... sekiranya pendedahan terhadap sinaran UV berlaku secara berterusan, korang berisiko untuk menghidapi kanser kulit tau!... jadi, bersederhanalah ya...


Sumber: Shuttershock

5) HORMON


Kalau korang nak tau, kesihatan kulit sebenarnya turut dipengaruhi oleh kadar hormon di dalam tubuh badan seseorang... bagi wanita, paras hormon estrogen yang tinggi berupaya mengekalkan kelembapan kulit dan mengurangkan penghasilan minyak... oleh itu, hormon estrogen yang berkurang pada hari-hari terawal seorang wanita didatangi haid menjadikan kulit lebih kering dan tidak bermaya...

6) TEKANAN


Makcik pernah terbaca dalam satu jurnal Dermatologi yang menyatakan bahawa tekanan emosi boleh menjadi penyebab penyakit kulit seperti psoriasis dan dermatitis menjadi semakin teruk... selain itu, keradangan kulit turut dikaitkan dengan tekanan... jadi, korang, jangan stress tau... kalau dah rasa macam keadaan emosi korang dah tak stabil, pastikan korang take-5... rehat dulu, okay...

7) DIET TIDAK SIHAT


Amalan diet yang tidak sihat menyebabkan badan tidak mendapat nutrisi yang cukup... khasiat daripada pemakanan diperlukan bukan sahaja untuk kesihatan badan tetapi juga untuk kulit... tabiat pemakanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan kita mengalami kekurangan nutrisi yang kulit perlukan... selain itu, pengambilan kalori berlebihan turut dikaitkan dengan pelbagai masalah kulit...

8) PENGUMPULAN SEL KULIT MATI


Secara semulajadi, sel-sel kulit yang mati akan tertanggal dan diganti dengan sel kulit yang baru tanpa kita sedari... walau bagaimanapun, ada kalanya sel-sel kulit ini tidak tertanggal dengan sendirinya sehingga menyebabkan pengumpulan sel-sel kulit mati... inilah yang seterusnya menyebabkan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya...

RISAU KULIT KUSAM!!!

Makcik risau juga kalau kulit makcik berterusan begini...  dah la nak Ramadan, lepas tu insyaAllah nak raya kan... takkan la nak duduk diam kalau wajah kusam macam ni kan?... sejujurnya, macam-macam yang makcik dah lakukan untuk memperbaiki tekstur kulit makcik ni... apa je yang kenalan kata okay, terus makcik cuba... tapi, kebanyakannya tak sesuai dengan kulit makcik... thus, makcik tak dapat merasai kesannya sebab kulit makcik ni sensitif...

Namun begitu, sekarang makcik dah boleh tersenyum gembira kerana baru-baru ini, makcik telah diperkenalkan dengan KITSUI GLOW SAKURA... kotaknya cantik sangat... dengan warna merah jambu terang yang memikat beserta kilauan bunga sakura yang timbul pada kotaknya, makcik terus jatuh cinta... seriously, memang cantik sangat!...


Kitsui Glow Sakura ni terdiri daripada kandungan premium terbaik...kalau korang nak tahu, bahan-bahan yang terdapat dalam Kitsui Glow Sakura memang telah diformulasi dengan sebaik-baiknya untuk memberikan hasil terbaik buat penggunanya... 


Kitsui Glow Sakura diformulasi dari Korea tau... jadi korang tak perlu risau tentang keberkesanannya... kita kan dah biasa tengok betapa flawless dan bersihnya kulit orang Korea lebih-lebih lagi apabila menonton artis-artis Korea dalam K-Drama... memang tidak syak lagi, produk kecantikan berasaskan minuman yang diformulasi di sana, bakal memberikan nafas baru dalam usaha kita memperbaiki tekstur kulit wajah kan...

APA ADA DALAM KITSUI GLOW SAKURA?


Ekstrak sakura
Sarang Burung Walit
Buah delima
Ginseng Korea

1 kotak : 24 paket x 15 gram


Sarang Burung Walit amat kaya dengan faktor pertumbuhan epidermis (EGF)... ia didapati mengandungi Epidermal Growth Factor (EGF) yang membantu dalam pertumbuhan dan pembaikan sel... selain itu, EGF turut mampu meningkatkan pengeluaran kolagen di dalam kulit, yang bertanggungjawab memastikan kita sentiasa kelihatan muda... kalau korang nak tahu, wanita yang kerap mengambil sarang burung telah menunjukkan hasil kulit yang jauh kelihatan lebih muda dan lebih sihat sihat...


JOM AMALKAN PENGAMBILAN KITSUI GLOW SAKURA UNTUK KELIHATAN LEBIH MUDA!


BAHAN-BAHAN UTAMA KITSUI GLOW SAKURA


1) EKSTRAK SAKURA (200 mg)


Satu kajian yang diterbitkan di dalam jurnal; Molecular Nutrition & Food Research , Jepun, mendapati ekstrak sakura mempunyai khasiat dalam mencerahkan kulit, menjadikannya lebih sihat dan cantik...

2) SARANG BURUNG WALIT (200 mg)


Khasiat pengambilan sarang burung untuk kecantikan dan kesihatan tubuh telah digunakan sejak zaman dahulu lagi... sehingga ke hari ini kebaikan memakan sarang burung bagi kecantikan telah terbukti amat berkesan... setiap wanita berhak mendapat sarang burung yang berkualiti tinggi untuk mengekalkan tubuh badan yang lebih sihat dan cantik...

3) GINSENG KOREA (30 mg)


Ginseng Korea membantu menghidrat & menjana semula sel-sel kulit dengan memastikan peredaran oksigen yang betul. Ia turut meningkatkan peredaran darah di sekitar kawasan kulit lantas menghasilkan kulit yang kelihatan lebih sihat, cerah dan sempurna serinya...

4) DELIMA (6170 mg)


Buah delima mengandungi Vitamin C sihat semulajadi yang membantu mengekalkan kulit sentiasa berseri dan sihat... antioksidan di dalam buah delima membantu menghilangkan radikal bebas, melindungi sel kulit daripada sinaran UV yang berbahaya dan mengurangkan keradangan kulit muka...


APA YANG ISTIMEWANYA KITSUI GLOW SAKURA NI?


1) Menggunakan ramuan halal semulajadi dan formulasi ‘Sakura Ekstrak + Royal Bird Nest ​​+ Korean Ginseng' dengan teknologi terkini yang diimport dari Korea...
✅ Tiada pewarna tiruan.
✅ Tiada perasa tambahan.
✅ Rendah kalori.

2) Membantu mencerahkan kulit seluruh badan terutamanya di celah pelipat, leher, ketiak dan celah peha...

3) Produk yang menggalakkan penghasilan kolagen secara semula jadi pada kulit untuk melambatkan proses penuaan serta sangat sesuai untuk melembutkan kulit seluruh badan...

4) Setiap sachet hanya mengandungi 58 kalori sahaja...

CIRI-CIRI KITSUI GLOW SAKURA


1) Tiada hormon.
2) Tiada antibiotik.
3) Tiada bahan pengawet.
4) Tiada GMO.
5) Tiada bahan kimia.
6) Tiada gluten.

PENGIKTIRAFAN YANG DITERIMA OLEH KITSUI GLOW SAKURA




GUNAKAN KITSUI GLOW SAKURA DENGAN YAKIN!


KITSUI GLOW SAKURA TELAH LULUS DALAM UJIAN MAKMAL


KEBAIKAN KITSUI GLOW SAKURA


MENCERAHKAN


Mencerahkan kulit seluruh badan seperti di celah paha, leher, ketiak dan paha dalam.

MELEMBUTKAN


Mengekalkan kecantikan dan kelembutan kulit.

MELINDUNG


Membantu melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya.

PENGHIDRATAN


Menangani kulit kering di sekeliling mata dan tapak kaki melalui penghidratan.

KITSUI GLOW SAKURA SESUAI UNTUK MERAWAT APA?


1) Kulit sensitif, kemerahan, pori membesar dan kulit berminyak.
2) Kulit kusam terutamanya di celah paha, leher, ketiak dan bahagian dalam paha.
3) Kulit muka kering, sekeliling mata dan tapak kaki.
4) Masalah kulit ekzema.
5) Keguguran rambut.
6) Sentiasa terdedah kepada sinaran UV dan persekitaran yang tercemar.


TRIVIA KITSUI GLOW SAKURA


1) Menyerikan kulit secara semula jadi.
2) Mencerahkan kulit di seluruh badan seperti di celah paha, leher, ketiak dan paha dalam.
3) Mengekalkan kecantikan dan kelembutan kulit.
4) Membantu melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya.
5) Membantu melembapkan kulit yang kering.
6) Menangani kulit kering di sekeliling mata dan tapak kaki melalui penghidratan.
7) Kandungan premium halal dari Korea.

JOM TINGKATKAN AURA WAJAH SECARA SEMULA JADI

TESTIMONI SEBENAR











Haaaa, macam mana gaissss?... teruja kan tengok kesemua testimoni yang dah berjaya asbab mengamalkan Kitsui Glow Sakura ni?... makcik sendiri pun rasa yakin dan bersemangat nak mendisiplinkan diri untuk follow rapat-rapat cara pengambilan Kitsui Glow Sakura... yelah, nak bersihkan kulit secara semula jadi lah katakan...


CARA PENGAMBILAN KITSUI GLOW SAKURA


1) Campurkan 1 paket (15 gram) dalam 150 ml air sejuk atau suam.
2) Goncangkan.
3) Boleh terus minum.


Untuk hasil yang terbaik, minum setiap hari sebelum sarapan pagi... ibu mengandung dan ibu menyusu juga boleh menikmati kebaikan Kitsui Glow Sakura...

PENCERAH KULIT YANG SELAMAT DAN BERKESAN


Kitsui, Cantik Semulajadi !

Dapatkan di farmasi berdekatan anda!


𝐃𝐢𝐬𝐜𝐨𝐮𝐧𝐭 𝐕𝐨𝐮𝐜𝐡𝐞𝐫 𝐂𝐨𝐝𝐞 + 𝐅𝐫𝐞𝐞 𝐆𝐢𝐟𝐭 🎁 
Guna code "KITSGLOW" semasa checkout & nikmati 25% off (capped at RM2) di Kitsui Official Shopee Mall

#Kitsui #Kitsuimalaysia #Kitsuilovers #kesihatan #watsonsmalaysia #glowsakura

xoxo

Post a Comment

5 Comments

  1. Nampak macam menarik juga untuk dicuba ni. Apatah lagi formulasi dari Korea. Bahan2 pun sangat menarik terutaman delima dan ginseng tu.

    ReplyDelete
  2. Heheh fafa pon dah cuba yang ni. Memang berbaloi dengan harga dan hasil nya. Terbaik sangat

    ReplyDelete
  3. Wah bagus juga Kitsui Glow Sakura ni coz my friend also taking this and memang feedback pun best.

    ReplyDelete
  4. Wah.. bagusnya Kitsui Glow Sakura ni kalau Kak pun suka amalkan utk kulit lglah klu kulit kita ada masalah. Kandungannya pun mmg terbaik dan kena rajin amalkan selalu

    ReplyDelete
  5. Wah ada produk baru untuk dicuba! Nanti nak cari! Ruby suka bila ada Delima tu. Banyak khasiat dia. Terutama bagi kulit cantik. Hehehe.

    ReplyDelete