Assalamualaikum dan hai hai hai everything... apa khabar semua?... harapnya korang sekeluarga sihat-sihat aje ye... baru-baru ni makcik sekeluarga outstation ke Port Dickson, Negeri Sembilan... ada selesaikan tugasan sikit... sementelah ada penginapan, terus la bawa family sekali... so, jadilah work-cation...
Sesampai je kami di lokasi, terus pi cari goggle dan pelampung tangan untuk anak-anak... yelah, walaupun anak-anak boleh berenang sikit-sikit, makcik ni seriau... makcik risau walaupun anak-anak kata...
(gaya percakapan macam Jebat Jayden, saya tak risau)
Khairah: Saya tak kisah, saya tak kisah... saya okay je...
Makcik: Eh, macam pernah dengar kan...
Kaisah: Yang saya tak risau, saya tak risau tu ibu...
Makcik: Owh... patutlah...
Alhamdulillah, kami berjaya dapatkan kesemua kelengkapan renang di kedai berhampiran dengan hotel yang kami duduki... tak sukar nak mencari kedai yang menjual goggle dan pelampung tangan... berderet-deret di kawasan perniagaan yang terletak hanya sepelaung dari lokasi kami... namun begitu, apa yang berbeza adalah harga kebanyakan barang melambung naik sekiranya nak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya apabila kami sekeluarga bertandang ke sana...
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dalam melalui liku-liku hidup yang penuh pancaroba..
Ramadan yang semakin menghampiri menggamit rasa untuk kita sama-sama mengimarahkan bulan yang mulia ini... seperti kebiasaan, di sana-sini, pelbagai majlis berbuka puasa juga buffet iftar diadakan bagi meraikan bulan Ramadan yang ditunggu-tungu... seronoknya dah nak bulan puasa kan?... makcik rindu betul dengan suasananya yang sungguh mengujakan... teringat time nak bersahur, time berpuasa, time berbuka puasa, time solat tarawikh, time moreh, pendek kata, setiap minit amat berharga...
Kali ini, makcik sekeluarga sempat menjengah ke Klana Beach Resort Port Dickson.... haaa, ni yang makcik nak story-mory dengan korang ni...
Nah, yang ditunggu dah tiba!
Makcik bawakan untuk korang BUFFET RAMADAN KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON CITARASA NISMILAN... sesampai je di area pendaftaran, korang akan disambut oleh alunan merdu muzik gamelan yang mendamaikan... makcik masa sekolah menengah dulu pernah juga join Kelab Kebudayaan dan main gamelan... memang meremang bulu roma masa mula-mula dengar irama dialunkan... bukan sebab takut tapi sebab rindu dengan kenangan masa nan lalu...
Ye, inilah yang dinamakan menggamit memori... haaaa, gitu...
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Klana Beach Resort Port Dickson turut membawakan sajian Citarasa Nismilan bagi Buffet Ramadan pada tahun ini... makcik suko bonar dongan masakan nogori lobih-lobih laei yang disediokan oleh Klana Beach Resort Port Dickson... apo tidak eee, ado Kibas Golek sebagai sajian utamo!... ini memang signature dish di sini yo... rugi bonar sapo yang tak poei tau...
Anak makcik sompek poei amik gambar maso kibas eee nak dibakar... patutlah makcik cari sano-sini tak jumpo... bertuah punyo anak kan... rupo eee dio poei doket tompek bakar nun... punyolah excited nak cubo... kalau korang perasan, biasanya di buffet-buffet Ramadan ataupun kenduri-kendara, tuan rumah akan menghidangkan kambing golek kan?... thus, Klana Beach Resort ni memang lain daripada yang lain.. kibas golek gaissss, kibas...
Gambar ihsan sahabat blogger, thank you love: Klik sini
Rasa kibas ni lebih juicy dan lebih lembut jika nak dibandingkan dengan kambing... kalau korang penggemar kambing, korang memang kena try kibas golek ni... rasakan sendiri penangan Kibas Golek yang akan membuatkan korang teringat-ingat... percayalah cakap makcik...
Kali ni, menu yang disajikan mengambil inspirasi daripado masakan tradisi Negeri Sembilan sendiri... ado banyak laei pilihan menarik yang boleh dipilih yo...
👍 Rendang Ayam Pencen
👍 Ikan Keli Air Asam
👍 Pucuk Ubi Tempoyak
👍 Masak Lemak Pucuk Paku
👍 Asam Pedas Daging Tetel
👍 Rendang Maman
👍 Telur Masak Cili Api
👍 Rendang Itik
👍 Sambal Jawa
Itu ajo ko?
Eh, banyak laei menu yang disediokan, usahlah risau...
👍 Sup Gearbox
👍 Murtabak
👍 Set Nasi Minyak
👍 Set Nasi Putih
👍 Lauk-pauk
👍 Pelbagai keropok
👍 Pelbagai jeruk
👍 Pelbagai pemanis mulut
👍 Pelbagai kuih-muih tradisional
👍 Pelbagai air balang
👍 Cucur
👍 Aiskrim
👍 Dan lain-lain
Bukan untuk orang dewasa sahaja ada menu best... untuk kanak-kanak pun ada juga... kat buffet Ramadhan Klana Beach Resort Port Dickson ni, ada Kid's Corner yang menyajikan makanan kegemaran kanak-kanak masa kini tau...
Nak menjamu selera di Klana Beach Resort Port Dickson pun mudah tau... semua gerainya tersusun rapi dengan kawasan perletakan yang strategik... laluan untuk ke setiap gerai juga sangat straight-forward dan korang pasti tidak akan miss untuk ke setiap gerai... untuk pengetahuan korang, gerai dibuka di luar manakala di dalam restoran, beberapa stesen telah disediakan... jadi, korang boleh pilih nak makan di luar sambil menikmati keindahan panorama senja ataupun makan di dalam restoran...
Psttt, kebanyakan gerai di luar menyediakan hidangan panas yang dimasak terus untuk korang seperti:
👍 Koey Teow Goreng
👍 Mee Rebus
👍 Apam Balik
👍 Cekodok / Cucur
👍 Murtabak
👍 Kibas Golek
👍 Koey Teow Goreng
👍 Mee Rebus
👍 Apam Balik
👍 Cekodok / Cucur
👍 Murtabak
👍 Kibas Golek
Pendek kato, pasti ado satu juadah yang sesuai dengan setiap pelanggan yang datang nanti... oh ya, usah risau bab solat ya kerana surau yang bersih dan selesa tersedia untuk para pelanggan berjemaah bagi Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih...
Bufet Ramadan 2022 bertemakan Citarasa Nismilan ini akan bermula pada 5 April 2022 sehingga 30 April 2022...
Tempahan Awal (EARLY BIRD PROMO): RM55 nett
Dewasa (Normal Price): RM68 nett
Kanak-kanak / Warga Emas: RM30 nett (5 - 12 tahun)
Kanak-Kanak 4 tahun ke bawah: Tidak dikenakan bayaran
Untuk penginapan pun ada promo Ramadan 2 hari 1 malam ya... hanya RM148 seorang termasuk buffet Ramadan dan Set Sahur... kalau korang nak menginap bersama suami atau isteri beserta keluarga (ibu-ayah, adik-beradik) sanak-saudara mahupun sahabat-taulan pun boleh... penambahan setiap orang hanya RM80 (dewasa) dan RM50 (kanak-kanak)...
Klana Beach Resort Port Dickson memang sesuai untuk penginapan seisi keluarga... first time jumpa hotel yang ada telekung sembahyang kat dalam bilik... biasanya sejadah je kan. #luarbiasa Pemandangan pun cantik... keseluruhan lokasi sangat insta-worthy, nak berOOTD pun memang sesuai betul... dah la kawasan luas untuk anak-anak bermain. #recommended #terbaik
PENGINAPAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON
Jenis bilik yang ditawarkan:
1) Superior
2) Deluxe
3) Deluxe Queen
4) Deluxe Family
5) Apartment – 2 Bedrooms
6) Apartment – 3 Bedrooms
Bilik yang makcik nak review adalah Bilik Superior (includes 2 breakfast):
👍 Syariah Compliant Hotel
👍 Muslim friendly
👍 Breakfast Available at RM20.00 per adults / RM15.00 per child
👍 Check-In from: 03:00 PM onwards
👍 Check-Out until: 12:00 PM
👍 Non-Smoking Room
👍 Size: 72m²
👍 Bed Type: Super Single Bed
👍 Categories: Single
👍 Amenities: Air conditioning (individually controlled), Baby coat (upon request), Coffee & tea making facilities, Desk and Chair, Direct dial phone, Extra bed (upon request with charges), Flat screen LCD TV with selected channels, Free WiFi, Hair dryer, Hot water heater, In room safe, Iron & ironing board, Mini fridge, Prayers mats & tafseer al quran
Untuk small family memang sesuai sebab keluasannya just nice... korang boleh pilih kalau nak menghadap laut... memang best ooo malam-malam tengok laut... nampak tenang je... selepas Subuh pula, boleh nampak matahari terbit... memang cantik sangat...
Sarapan pagi juga tidak kurang hebatnya... ada pelbagai pilihan yang boleh korang nikmati:
👍 Nasi Lemak Sambal Terangkat (ni makcik yang bagi nama, hehehehe)
👍 Nasi Kerabu
👍 Bubur Nasi
👍 Cereals
👍 Roti Bakar
👍 Pencuci Mulut
👍 Jus Buah
👍 Kopi
👍 Teh
KEMUDAHAN REKREASI DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON
1) Kolam Renang
2) Balai Cerap
3) Exercise Refleksologi Kaki (yang pijak-pijak batu tu)
4) Pantai
Kalau nak santai-santai, korang boleh je relax kat area swimming pool yang luas sambil disajikan oleh pemandangan laut yang luas terbentang... angin pula sepoi-sepoi bahasa, perghhhh, memang mendamaikan...
Anak-anak makcik suko bonar mandi kat swimming pool yang sangat child-friendly, siap ada gelongsor ikan paus lagi tu tau! Nak lagi best, kat Klana Beach Resort Port Dickson ada kolam renang khas untuk wanita ya... terasa diriku begitu berharga gitu... hehehehe... korang usah risau, penjagaan SOP sangat diterapkan di Klana Beach Resort Port Dickson, jadi, bolehlah korang berehat sambil bercuti merehatkan minda dengan tenang...
Kedalaman kolam renang pun hanya 4.2 meter, kalau anak-anak beria nak mandi kat situ pun tak lah risau sangat kan... the best part is, tuala disediakan untuk mengelap badan selepas mandi... staf pula sangat berbudi-bahasa... memang awesome perkhidmatan kat Klana Beach Resort Port Dickson bukan hanya di kolam renang malah di keseluruhan jabatan, semua staf sangat peramah dan sentiasa sedia membantu... jadi, semua bintang 🌟🌟🌟🌟🌟 makcik bagi... hehehehe...
Semasa berada di Klana Beach Resort Port Dickson tempoh hari, makcik diberitahu bahawa di Balai Cerap inilah proses melihat anak bulan Ramadan dilakukan... kami berkesempatan tengok bulan guna teleskop tau haritu...
TERBAIK!!!!
Jom nikmati buffet Ramadan di Klana Beach Resort Port Dickson CITARASA NISMILAN!
😋😋😋😋
Rindu masakan nogori? Jangan lupa ke CITARASA NISMILAN BUFFET RAMADAN 2022 di Klana Beach Resort Port Dickson ya...
Jumpa di sana!
Moh poei #klanabeachresortpd #accommodation #travelmalaysia #thisisnismilan #jomkbrpd #visitnegerisembilan #hotelmalaysia #cuticutimalaysia #citarasanismilan #kbba9 #kelabbloggerbenashaari #weollsdotblogspotdotcom #buffetramadan #klanabeachresortpd #mohpoietelukkemang #visitnegerisembilan #RamadanMubarak #kibasgolek #signaturedish #citarasanismilan #buffetramadan #buffetramadhan2022 #foodblogger #lifestyleblogger #ramadanmubarak #berbukapuasa #iftar #kbba9 #kelabbloggerbenashaari #klanabeachresortpd #awesomefood #klanabeachresortpd
Hubungi Sales Team Klana Beach Resort Port Dickson untuk maklumat lanjut!
WHATSAPP 1 | WHATSAPP 2 | EMAIL | WEBSITE | NOMBOR TELEFON +606 6487888
xoxo
14 Comments
aduh sedapnyaaa
ReplyDeleteSeronoknya....semalam cuba nak booked hotel ni tp sold out plak....sedih....sudahnya x jadi staycation kat sini...next time la
ReplyDeletemeriahnya menu
ReplyDeleteBaca punya baca, sekali Rawlins tergaru-garu sengsorang. Apakah Kibas? Maka kita google terus 'ohhh nie kibas namanya'
ReplyDeleteThis ramadan package looks totally awesome and meriah. Semoga ramai lah yg berkunjug ke sini ramadan ini. Thank you for sharing.
ReplyDeleteseronoknya berlatarbelakangkan laut.. kalau ke sini bolehlah singgah dan cuba sendiri pilihan makanan yang ditawarkan
ReplyDeleteEh seronoknya berbuka puasa tepi laut. Layan je makan tepi laut
ReplyDeleteBanyak betul menu. Semua lauk pauk masakan kampung tu akak suka. Best betul. Kibas tu kancil ke. Kijang ke? Tak pernah tau pun haiwan ni. Nanti nak google lah mcm mana rupa dia.
ReplyDeleteWow. Kamu sekeluarga sgt gembira bila seronok makan Ramadan Dan main2 di hotel. Ya, Sgt senang bila tinggal di hotel, tak perlu balik rumah jauh Selamat bercuti! 😁
ReplyDeletedah nak puasa ni macam2 menu, terbaik lah KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON
ReplyDeletefirst time dengar binatang kibas ni. rupanya kambing bebiri ye.
ReplyDeletePerasan macam tahun ni banyak hotel buat kibas golek yaaa.. biasa kambing golek.. ke nama sama? Banyak pilihan tu menu.. kalau nak staycation memang kena book awal laa kann..
ReplyDeleteThis place seriously serves up an amazing and beautiful ramadan spread! i am definitely gonna make a trip there for the nasi kerabu!
ReplyDeleteMemang terbaik ye this place. I suka view boleh tengok sunset while waiting for iftar kan.. serious la nak plan trip with my geng la ke sini nanti
ReplyDelete