MISI BANTUAN HAIWAN MANGSA BANJIR TERENGGANU

Persatuan Haiwan Terbiar (SAFM) telah melakukan misi menyelamat dan bantuan makanan haiwan di sebelas (11) buah kampung yang terletak di Kuala Berang, Terengganu selama dua hari (5 March - 6 March 2022). Sejak Disember 2021, Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia SAFM telah menggerakkan Misi menyelamat dan bantuan kepada haiwan yang terjejas akibat banjir di Taman Sri Muda Shah Alam, Bukit Nanding, Hulu Langat, Segamat Johor dan kali ini Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia SAFM menggerakkan misi bantuan banjir yang ke-4 di Terengganu khususnya di Kuala Berang, Terengganu yang dilanda banjir teruk baru-baru ini.

Sebanyak 1740 kilogram kibbles termasuk makanan kucing dan kibbles makanan anjing telah disalurkan kepada pemilik haiwan yang terjejas di sebelas (11) kampung iaitu Kampung Bukit Gemuruh , Kampung Kuala Menjing, Kampung Durian Badar, Kampung Padang Setar, Kampung Sekayu, Kampung Pelandan, Kampung Cheting, Kampung Menerong, Kampung Betong, Kampung Kemat, dan juga Kampung Kuala Pueh dan juga diberi makan kepada haiwan terbiar di sekitar kawasan banjir.

Secara jumlahnya, seramai 8 orang ahli SAFM dan sukarelawan telah digerakkan dan sebanyak 3 kereta 4x4 telah digunakan untuk misi ini. Anggaran dalam 50 hingga 100 orang pemilik haiwan di setiap kampung tersebut telah menerima manfaat bantuan tersebut. Makanan haiwan telah disalurkan kepada Ketua Kampung dan orang kampung untuk diagihkan kepada semua pemilik haiwan. Penduduk kampung sangat berterima kasih atas bantuan ini kerana bekalan makanan kucing mereka terputus dan bantuan kami ini sangat membantu mereka.

Tujuan bantuan ini disalurkan adalah untuk meringankan beban pemilik haiwan yang terjejas akibat banjir.


Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia SAFM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang turut bersama SAFM untuk menjayakan misi ini:

1) Dr Farina Mustaffa Kamal, Ahli EXCO dari Malaysia Veterinary Association (MAVMA) 

Menyumbang sebahagian makanan haiwan kepada kami. Walaupun misi ini merupakan  rancangan saat akhir. Beliau memastikan bekalan makanan haiwan-haiwan yang kami bawa mencukupi untuk diedarkan kepada mangsa banjir. Beliau telah menyumbang kira kira 400kg makanan kucing dan memberi sokongan moral kepada team kami untuk menggerakkan misi ini.

2) Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, CDERT PGSS Lt Kol (PA) Tuan Wan Mohd Hafizam

3) Jabatan Pertahanan Awam Terengganu, Pengarah LT. KOL. (PA) Tuan Mohd Rosman bin Abdullah, dan pasukan beliau

Menyertai kami dalam misi ini membawa masuk ke kawasan kampung serta memastikan keselamatan kami terjaga .
i) Muhammad Al-azim bin Mohamad Azam
ii) Muhammad Syafiqrul Firdaus bin Mohd Husni 
iii) Mohd Husniohammad Fakirudin bin ismail

4) Team Cordinator SAFM yang beroperasi dari KL

Memaklumkan pelan dan kehadiran kami kepada Ketua Kampung, menyediakan tempat untuk bermalam, memastikan perjalanan kami ke destinasi selamat dan mengaturkan pelan destinasi kami, mengumpul data penduduk kampung dan bilangan haiwan-haiwan).
Terima kasih juga kepada:
i) Ms Jing dari Waterjet Rescue Team 
ii) Puteri Nur Deanna Bt Zulkeflie, Penolong Pegawai Perhubungan Awam SAFM
iii) Mrs Parameswary Seniya @Esh, Setiausaha SAFM.


5) Team Logistik SAFM

Tidak mengira hujan atau lumpur. Mereka adalah team logistik yang arif dalam lokasi-lokasi di Terengganu dan memastikan perjalanan kami berlangsung pada tepat pada masa.
Terima kasih kepada:
i) Muhammad Mukmin bin Mohd Tarmizi
ii) Mrs Awin

6) Team SAFM

Membantu tidak kira hujan untuk bersama sama untuk menjayakan program ini.
- Cik Maryam Afiqah binti Ali, Mrs Linda Ismail, Cik Rusydina, Cik Nur Athiraah

7) PAWS Shelter, PJ

Terima Kasih kerana untuk turut menyumbang 20 bag makanan kucing untuk misi banjir ini.

Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia SAFM berharap bantuan yang dihulurkan oleh SAFM sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh pemilik haiwan yang terjejas akibat banjir.

Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia SAFM kini membuka tabung dana bantuan khas kepada orang ramai yang ingin membantu haiwan-haiwan dan pemilik haiwan yang terjejas akibat banjir.

Orang ramai yang ingin menyumbang, boleh menyumbang di akaun: 

Name: Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) 
Bank: AFFINBANK 
Account Number: 100040234095

Sumbangan tersebut diberikan kepada mangsa banjir dan juga kepada yang memerlukan dalam bentuk makanan, ubat-ubatan dan barang asas yang lain.

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

Post a Comment

Previous Post Next Post