Assalamualaikum dan hai hai hai everything... seperti tahun sebelumnya, tahun 2022 ini, sekali lagi Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur menawarkan Buffet Ramadan dengan tema Iftar @ Koptown EDC Hotel KL... makcik sekeluarga memang antara pengunjung setia kat sini sejak kami diperkenalkan dengan hotel ni oleh team sukarelawan pakcik korang... team pakcik korang selalu buat meeting kat Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur... jadi, apabila pakcik korang pergi meeting, kami sekeluarga akan staycation kat sini...
Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur ni terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur yang mana kalau korang stay kat sini, korang boleh jalan kaki je untuk ke kawasan menarik yang ada berdekatan... makcik sekeluarga paling suka kalau dapat staycation kat sini pada hari Sabtu malam Ahad kerana kami dapat berjalan sehingga ke Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman... tapi, ini cerita beberapa tahun yang lalu la kan... sebelum pandemik mengganas...
Eh, tak jauh ke jalan sampai ke Jalan Tuanku Abdul Rahman?... tak jauh gaissss... Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur ni terletak dekat dengan Chow Kit... kalau korang naik LRT, boleh turun kat Station PWTC, haaa, gitu... dekat kan.. kalau naik kereta, fret not, there's lots of ample parking spaces yang disediakan oleh pihak hotel... kalau korang tak nak parking kat tempat parking bertingkat, korang boleh je parking kat kawasan berdekatan hotel ni... so, since hotel ni terletak dekat dengan area Chow Kit, terus terngiang-ngiang lagu ni kat telinga makcik...
Chow Kit Road! Chow Kit Road!
Chow Kit Road! Chow Kit Road!
Chow Kit Road! Chow Kit Road!
Chow Kit Road! Chow Kit Road!
Di tengah bandaraya orang merata-rata
Dari segala bangsa tua atau muda
Ada yang berkereta ada yang jalan saja
Ada yang cuci mata ha ha ha ha ha ha
Di tengah bandaraya
Yang miskin dan yang kaya
Bagai satu keluarga bersama gembira
Ramai orang berniaga menjual apa saja
Semuanya murah murah ha ha ha ha ha ha
Indahnya petang di Chow Kit Road
Kuala lumpur
Indahnya petang di Chow Kit Road
Kuala lumpur
Di tengah bandaraya walau baik orangnya
Perlu berhati hati di tipu pencuri
Bila melintas jalan jangan sesuka hati
Di tangkap mata mata baru padan-muka
Tahun lepas, makcik ada kupas regarding buffet Ramadan Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur, korang boleh baca kat sini so that korang boleh dapat idea tentang menu-menu buffet Ramadan kat lokasi ni...
IFTAR @ KOPTOWN EDC HOTEL KL
6 April 2022 hingga 30 April 2022
6:30 petang hingga 10:30 malam
HARGA PROMOSI
Dewasa: RM78 (Bersih)
Kanak-kanak: RM58 (Bersih)
Kalau korang nak buat tempahan awal pun boleh tau... slot untuk tempahan awal dah dibuka sehingga 20 Mac 2022... masih berbaki beberapa hari lagi ni... jom tempah awal untuk mendapatkan harga early bird RM68 untuk dewasa... jimat pun jimat kan kan kan...
Sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia, Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur turut mengadakan promosi RAMADHAN ROOM & IFTAR... wow!... best ke best?... makcik memang suka bila came across promosi macam ni... almaklumlah, apabila kita ada gerabak keretapi (anak ramai) kadangkala, promosi macam ni memang membantu... bukan apa, dulu masa time anak-anak masih kecil, kadang-kadang, makcik memang akan ambil pakej sekali dengan bilik sebab lepas makan dan travel dalam kesesakan lalulintas, anak-anak akan jadi cepat penat...
Faham-faham ajelah bila anak-anak dah letih kan... macam-macam peel yang keluar nanti... automatik makcik jadi lioness... hehehehe... but again, depends on situation, kalau harga berbaloi, memang makcik grab promosi tu... if else, pandai-pandailah makcik ambil hati anak-anak untuk memastikan mereka sentiasa dalam keadaan yang optimum...
Okay, ni makcik nak share dengan korang berkenaan promosi bilik dan iftar Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur ni... zassss...
KADAR HARGA TERMASUK BUFFET RAMADAN UNTUK 2 ORANG
1) Bilik Standard: RM205 semalam.
2) Bilik Deluxe: RM236 semalam.
3) Promosi sah dari 6 hingga 30 April 2022.
Amacam?... best ke best sangat?.... kalau makcik ada kat Kuala Lumpur sekarang nih, memang makcik dah buat tempahan awal dah... bukannya apa, jimat kan harga tu?... apa yang buat makcik sekeluarga tetap menjadi returning customer kat Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur ni adalah the hospitality juga spots yang menarik even kat dalam hotel tu sendiri... untuk korang yang suka ambil gambar untuk kenangan, memang sesuai sangatlah kalau korang staycation kat sini...
CASHIER AREA
GUEST WAITING @ IT AREA
ROOM'S INTERIOR
Anak-anak makcik memang suka staycation kat Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur... kat meeting room waiting area ada kawasan untuk kita duduk sambil menunggu... kalau ke kawasan ni, kami bukan sahaja duduk sambil menunggu sebaliknya sibuk macam orang yang tengah meeting juga, sibuk bergambar ke sana ke mari... hehehehe... bukan untuk orang lain, untuk kenangan diorang juga kan...
Baru-baru ni, makcik tunjukkan gambar-gambar anak-anak masa diorang kecil dahulu... semuanya terus berkumpul sambil gelak-gelak tengok gambar masa lampau diorang... haaaa, baru tau kan... that's the power of picture betul tak?... time depa bertegang urat, tunjuk je gambar tengah berpeluk-pelukan adik-beradik, terus tersipu-sipi malu tak jadi nak bergumpal... hehehehe...
Selain daripada bergambar di kawasan menunggu kat area meeting room, anak-anak makcik suka bergambar kat Sudirman Cafe dan juga The Blue Tunnel (anak-anak makcik la yang bagi nama ni)... macam-macam aksi yang diorang buat kalau bergambar kat sini... bila makcik amat-amati, betul juga apa yang anak-anak makcik kata tu, memang nampak macam tunnel juga kawasan ni kan...
Last year's Iftar was simply a blast!... alhamdulillah, ramai juga pengunjung yang hadir... antara pengunjung yang berbuka puasa bersama-sama keluarga dan sahabat-handai juga teman-teman sepejabat ni, tak sangka, penghibur legend terkenal, Yassin Yahya (Senario) pun ada tau... seriously, memang humble dan patut dijadikan contoh oleh semua peringkat usia... suara Yassin memang sedap, lunak dan sesuai dengan pelbagai genre lagu... bagi je lagu apa pun, semuanya dapat dialunkan dengan baik...
Adik makcik suka beno la dengan kumpulan Senario masa kecik-kecik dulu... siap beli semua kaset dan CD tau... makcik yang lepas tu dok selalu dengar lagu-lagu Senario pun automatik jatuh minat juga kat kumpulan Senario... apa yang membuatkan makcik minat dengan kumpulan Senario adalah kerana kesantunan mereka walaupun memiliki bakat yang besar... mereka semua sangat berbakat, melawak boleh, menyanyi boleh, berlakon boleh, jadi pengacara pun boleh... pendek kata, mereka memang merupakan penghibur versatil... masa kat USM dulu, lagu inilah yang menemani makcik masa belajar tau...
Korang, jangan lupa untuk membuat tempahan kalau korang nak menikmati juadah berbuka puasa di Iftar @ Koptown EDC Hotel KL ni okay... kat bawah ni makcik dah letakkan lagi sekali butir-butir penting untuk memudahkan korang ya...
IFTAR @ KOPTOWN EDC HOTEL KL
6 April 2022 hingga 30 April 2022
6:30 petang hingga 10:30 malam
HARGA PROMOSI
Dewasa: RM68 (Bersih) - Tempahan Awal
Dewasa: RM78 (Bersih)
Kanak-kanak: RM58 (Bersih)
KADAR HARGA TERMASUK BUFFET RAMADAN UNTUK 2 ORANG
1) Bilik Standard: RM205 semalam.
2) Bilik Deluxe: RM236 semalam.
3) Promosi sah dari 6 hingga 30 April 2022.
Untuk keterangan lanjut, korang boleh hubungi:
Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur
Jalan Raja Laut, Chow Kit
50350 Kuala Lumpur
Federal Territory of Kuala Lumpur
Nombor Telefon: 03-4051 9191
Ahlan Wasahlan ya Ramadan... selamat menunaikan ibadah puasa apabila tiba waktunya ya... till then, take care and see you when I see you... daaaa...
#earlybird #ramadan2022 #edchotelkl #iftardinner #holymonth #RamadanDinner #localfood #iftar2022 #buffetramadhan #weollsdotblogspotdotcom #kbba9 #kelabbloggerbenashaari #foodblogger
xoxo
0 Comments