SALAM RAMADAN KAREEM 2022

| SALAM RAMADAN KAREEM 2022 | Assalamualaikum dan hai hai hai everything. Salam Ramadan Kareem. Taqobbalallohu Minna Waminkum. Semoga Allah mengurniakan kekuatan agar kita semua ikhlas melaksanakan segala ibadah yang dituntut. Di kesempatan ini, kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala kekhilafan samada dalam sedar mahupun tidak.

Alhamdulillah, pada tahun ini, kita menyambut bulan yang penuh kemuliaan ini dengan suasana yang berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Almaklumlah, pada dua tahun kebelakangan ini, kita semua berada dalam fasa pandemik yang sungguh merisaukan. Kali ini, Ramadan 1443H (2022M) menjadi lebih bermakna apabila kita dapat menyambutnya bersama-sama keluarga tersayang. Tiada lagi kekangan dalam pergerakan lebih-lebih lagi kerana negara kita telah pun memasuki fasa endemik dalam menangani COVID-19.

“Apabila  tiba  awal  malam  dalam  bulan  Ramadhan  diikat semua  syaitan  dan  jin-jin  yang  derhaka,  ditutup  semua  pintu neraka  dan  tidak  dibuka  walau  satu  pintu,  dan  dibuka  pintu-pintu syurga  dan  tidak  ditutup  walaupun  satu  pintu.  Penyeru  pun menyeru:  “Wahai  orang  yang  mengharapkan  kebaikan! Terimalah.  Wahai  orang  yang  mengharapkan  dibebaskan daripada  neraka  dan  (penyeru  itu  akan  menyeru  pada  setiap malam  Ramadhan”. 
(Riwayat  at-Tarmizi  dan  Ibn  Majah)


“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu” 
[Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)]

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, agar kamu bertaqwa.” 
(al-Baqarah, ayat 183)

“Semua  amalan  anak  Adam  digandakan  kebaikannya sepuluh  kali  ganda  serupa  dengannya  sehingga  tujuh  ratus  kali ganda, Allah  SWT berfirman:  Melainkan  puasa,  kerana  ia  untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat  dan  makannya kerana-Ku”.  Bagi  orang  yang  berpuasa akan  mendapat  dua  kegembiraan ketika  berbuka  puasa  dan ketika  menemui  Tuhannya,  dan  bau  busuk  (dari  mulut  orang yang  berpuasa)  kerana  berpuasa  lebih  wangi  daripada  bau  Misk”. 
(Riwayat  al-Bukhari  dan  Muslim)

Team possible, aja aja fighting. Semoga kita semua berjaya mengharungi bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini dengan keinsafan. Till then, see you when I see you. Daaaa.

Muah ciked.


#ghostwriter #ghostwritermalaysia #kbba9 #penulisupahan #servismenulis #penuliskonten #penulishantu #travelblogger #foodblogger #Ramadan #ramadan2022 #iftar

xoxo

Post a Comment

1 Comments