| 20 BUFFET RAMADAN BEST DI KUALA LUMPUR 2022 | Assalamualaikum dan hai hai hai everything. Antara perkara yang amat makcik risau di kala Ramadan adalah tersilap makan, makanan terlalu pedas, proses penyediaan makanan yang tidak bersih dan yang sewaktu dengannya. Makcik kan ada alahan. Jadi, macam-macam yang perlu dijaga. Samalah dengan pakcik korang, kalau nak diikutkan, makanan semalam pun pakcik korang tak boleh makan. Anak-anak makcik setakat ni alhamdulillah, okay je. But still, makcik jaga pemakanan diorang sebab tak naklah mereka juga menghidapi alahan seperti pakcik dan makcik korang.
Nak dijadikan cerita, masa hari keempat berpuasa, selepas bersahur, makcik tiba-tiba rasa perut memulas-mulas. Mulanya makcik nak baring-baring je kat dalam bilik sementara menunggu masuknya waktu Subuh. Alih-alih, start pukul 5:30 pagi makcik dah mulakan operasi ke tandas. Ya Allah, makcik ceri-beri tau.
Sakitnya perut ni tak tau la nak cakap macam mana. Sampai nak menangis berulang-alik ke tandas hampir tujuh kali tau. Masa tu makcik sampai dah terfikir nak pergi ke klinik. Badan makcik jadi lembik terus. Alhamdulillah, lepas solat Subuh, makcik dapat lelap sekejap sebelum bersiap untuk ke tempat kerja.
Bangun je dari tidur yang sepicing cuma, makcik terus bersiap. Alhamdulillah, sampai ke petang, perut makcik tak meragam. Makcik punyalah fikir apa yang makcik makan sewaktu sahur tadi. Fikir punya fikir, ting, makcik dah tau. Makcik ada makan sayur pucuk paku belacan yang makcik beli untuk juadah berbuka puiasa kami sekeluarga. Cumanya, lauk tu podeh bebeno. Serious pedas. Sampai nak keluar asap kat telinga makcik masa makan time sahur tu. Ye, inilah puncanya.
Kenapa makcik kata sayur pucuk paku belacan itu adalah punca? Sebab pakcik korang dan anak-anak makcik, tiada seorang pun yang makan lauk ni. Diorang okay je. Moral of the story, kalau dah tau makanan tu pedas, walaupun sedap, sila stop makan. Perut makcik memang sensitif dan makcik memang tak tahan pedas. Pedas bagi lidah makcik mungkin pedas light-light je bagi those yang suka makan pedas. Pengajaran untuk makcik la jugak ni, kan.
Oh ya, bercakap pasal juadah berbuka puasa, ni makcik nak share dengan korang 20 BUFFET RAMADAN BEST DI KUALA LUMPUR 2022. Ajommmm.
Baca ini juga:
Baca ini juga:
Baca ini juga:
Jumpa di sana ya semua... till then, take care and stay safe...
#buffetramadan #ramadan2022 #familyiftar #iftardinner #kbba9 #kelabbloggerbenashaari #makanmakan #deliciousfood #gettogether #bukapuasa #iftar #puasa
xoxo
1 Comments
Rambang mata. Antara tempat paling best yang KA pernah pergi kalau kat KL ni... Impiana: the best sup gear box dan laksa. ShangRiLa: Paling banyak choices, MO: Paling fresh seafood. lupa... concorde shah alam; expresso dekat cafe tu best sangat.. tak tahu dia guna bean apa.
ReplyDelete