Sebagai seorang ibu, makcik faham betul betapa risau dan bimbangnya kita apabila anak-anak mengalami batuk yang tak kunjung sembuh dan tidur yang tidak nyenyak. Nak-nak pulak kita ni dah la berada dalam fasa endemik kan? Memang risau la kalau tiba-tiba anak-anak tak sihat, batuk ke, badan dedar ke. Iskkk, tak boleh dibuat main gais.
Anak-anak makcik ada yang bersekolah di sekolah rendah dan ada juga yang sudah bersekolah menengah. Adik-adik ipar yang makcik dan pakcik korang jaga sekarang ni (ayah mertua dan mak mertua makcik kan sudah lebih dahulu dipanggil Illahi, innalillahiwainnailaihirrojiun) pun bersekolah di sekolah rendah.
Maka, bab hal ehwal penjagaan kesihatan dah jadi semakin luas la kan. Korang faham-faham aje la apabila anak-anak dah berjumpa dengan kawan-kawan kat sekolah, aktifnya memang lain maciam.
Kalau kat rumah jarang minum air sejuk pun, kadang-kadang, apabila berada di sekolah, dibelinya aiskrimlah, minuman manis lah, itu lah, ini lah. Kannnn. Samalah dengan anak-anak dan adik-adik ipar makcik pun. Time balik sekolah, bekal habis, duit belanja pun berkurangan. Kalau macam tu takpe lagi. Ini, siap bawa pakej batuk sekali. Kadang-kadang, upgrade ke selsema. Anak, anak. Sabo je la.
Tapi kini, makcik tak risau lagi. Korang nak tau tak, baru-baru ni, makcik berpeluang untuk mencuba produk terbaru keluaran Tasneem Naturel. Untuk pengetahuan korang, Tasneem Naturel merupakan jenama tempatan yang terkenal dalam industri kesihatan. Mereka sentiasa melakukan penyelidikan dan menggunakan bahan semulajadi berkualiti tinggi untuk menghasilkan produk yang berkesan.
Basically, makcik memang selalu juga gunakan produk Tasneem Naturel ni. Masa anak-anak kecik-kecik dulu, makcik akan gunakan Balm Tasneem untuk mengelakkan bayi kembung perut. Psttt, sampai dah besar-besar ni pun, kadang-kadang, masih sapu Balm Tasneem kalau perut buat hal. Hehehehe.
Baca ini juga: Ulser Mulut Bayi
Okay, okay. Produk yang makcik cuba adalah CF-Patch Patchure, dan Sleep Tight Patchure! Produk-produk ini terbuat daripada bahan semulajadi yang boleh membantu mengatasi masalah anak-anak kita ya mommies.
Masa Khairah baru balik dari sekolah dua hari lepas, dia batuk tak berhenti-henti gais. Sampai penat makcik tengok. Apabila diselidik, rupa-rupanya, Khairah makan aiskrim kat sekolah. Geram, ya memang geram jugak.
Tapi, apa yang makcik buat?
CARA-CARA PENGGUNAAN CF-PATCH PATCHURE
Selepas sahaja Khairah siap mandi:
1) Makcik buka pelekat utama.
2) Kemudian, makcik buka pula pelekat berbentuk bulat.
3) Seterusnya, makcik tampalkan CF-Patch di bahagian depan dan belakang dada Khairah.
Alhamdulillah, malam tu, Khairah dapat tidur lena tanpa kegelisahan atau terbangun dek terbatuk-batuk.
MANFAAT DAN KEBAIKAN CF-PATCH PATCHURE
Mengatasi Batuk Berpanjangan
Batuk yang berpanjangan boleh menyebabkan ketidakselesaan, terutamanya untuk kanak-kanak. Malah untuk orang dewasa, batuk yang tidak hilang boleh menjadi perit. Dengan menggunakan CF-Patch Patchure, batuk boleh dirawat dengan berkesan untuk mengurangkan ketidakselesaan.
Membersihkan Hidung Tersumbat
Kanak-kanak kecil selalunya tidak dapat mengeluarkan lendir dari hidung mereka sendiri. Mengelap hidung hanya memberikan kelegaan sementara. Namun, dengan menggunakan CF-Patch Patchure, masalah ini boleh diselesaikan dengan cara yang lebih berkesan dan boleh menghapuskan punca utama hidung tersumbat.
Memperbaiki Pernafasan
CF-Patch Patchure membantu membersihkan rongga pernafasan daripada lendir dan kotoran yang boleh menyumbat saluran pernafasan. Oleh itu, pernafasan menjadi lebih lega dan tiada bunyi atau bunyi yang tidak normal semasa bernafas.
Menurunkan Suhu Badan
Bayi yang sering selsema juga demam. Dalam keadaan sedemikian, CF-Patch Patchure boleh membantu mengurangkan suhu badan dengan cepat dan berkesan. Ini memberikan bantuan penting dalam mengurangkan demam pada bayi.
BAHAN-BAHAN AKTIF DALAM CF-PATCH PATCHURE
CF-Patch Patchure mengandungi beberapa bahan aktif yang berfungsi untuk meredakan gejala batuk. Tendrillaf dan Chekiang Fritillary Bulb membantu mengurangkan suhu panas di kerongkong yang boleh menyebabkan batuk. Sementara itu, Akar Indigowood dan Akar Hogfennel Whiteflower membantu melegakan tekak yang merengsa dan memudahkan keluarnya kahak.
Selain itu, CF-Patch Patchure juga mengandungi Herba Heartleaf Houttuynia yang bertindak sebagai toksik dalam badan, membantu membersihkan toksin dan menguatkan sistem imun. Pepperweed dan Apricot Seed juga hadir untuk membantu mempercepatkan dan melegakan paru-paru, seterusnya mengurangkan gejala batuk yang disebabkan oleh masalah pernafasan.
Gabungan bahan aktif dalam CF-Patch Patchure ini memberikan manfaat dalam melegakan batuk, mengatasi hidung tersumbat, meningkatkan pernafasan, dan membantu mengurangkan suhu badan. Di samping itu, bahan-bahan ini juga membantu memastikan saluran pernafasan bersih dan menyokong pemulihan yang berkesan.
Anak-anak yang kecil beginilah, anak-anak yang dah besar, lain pulak ceritanya.
Anak-anak makcik yang dah bersekolah menengah kadangkala akan stay-up, berjaga malam untuk menyiapkan tugasan ataupun mengulangkaji pelajaran. Walaupun begitu, ada masanya, apabila seringkali melaksanakan rutin sedemikian, mereka akan mengalami masalah sukar untuk tidur. Ini memang masalah la kan. Mana taknya, esok hari, sebelum Subuh dah nak bangun untuk bersiap-siap ke sekolah kan?
Jadi, apa yang makcik buat? Jeng jeng jeng.
Makcik berikan Sleep Tight Patchure kepada Kaisah dan Thaqif. Nuha yang masih bersekolah rendah pun makcik bagi pakai Sleep Tight Patchure sebab dia aktif bersukan dan selalu tak boleh tidur kalau badan dah penat sangat.
CARA-CARA PENGGUNAAN SLEEP TIGHT PATCHURE
1) Makcik pilih kawasan kulit yang hendak ditampal. Haritu makcik letakkan kat belakang bahu. Makcik pastikan kawasan belakang bahu Kaisah dan Thaqif bebas daripada rambut, losyen dan juga minyak.
2) Kemudian, makcik tanggalkan Sleep Tight Patchure daripada plastik pelekat dengan tangan yang kering. Kena pastikan korang elakkan tangan daripada basah okay.
3) Seterusnya, makcik tampalkan pelekat Sleep Tight Patchure pada titik akupunture yang makcik dah pilih tadi iaitu di bahu. Mommies boleh juga tampalkan di belakang dan juga pinggul ya.
4) Makcik minta anak-anak biarkan selama 6 hingga 8 jam. Kiranya sepanjang masa tidur diorang lah kiranya.
Alhamdulillah gais, lena Kaisah, Thaqif dan Nuha tidur.
MANFAAT DAN KEBAIKAN SLEEP TIGHT PATCHURE
Kitaran Tidur Lebih Baik
Sleep Tight Patchure boleh membantu mencipta jadual tidur yang lebih teratur untuk bayi. Dengan menggunakan tampalan ini secara konsisten, bayi boleh mempunyai pola tidur yang teratur, membantu mewujudkan rutin yang lebih baik.
Tidur Nyenyak
Sleep Tight Patchure membantu bayi tidur lebih lena dan berkualiti. Tidur yang cukup dan berkualiti sangat penting untuk tumbesaran dan mood yang baik pada bayi.
Mengurangkan Keresahan
Kegelisahan selalunya merupakan salah satu punca sukar tidur, keresahan dan kegelisahan pada bayi. Sleep Tight Patchure membantu mengurangkan kebimbangan ini dengan bahan aktif yang mempunyai kesan menenangkan pada bayi, sekali gus membantu mewujudkan suasana yang lebih tenang sebelum tidur.
Mengurangkan Gangguan Tidur
Dengan menggunakan Sleep Tight Patchure, bayi cenderung kurang bangun pada waktu malam. Ini bermakna tidur ibu bapa juga akan kurang terganggu, memberi mereka peluang untuk mendapatkan rehat yang lebih baik.
Dengan menggunakan Sleep Tight Patchure, bayi boleh mengalami tidur yang lebih teratur, nyenyak dan berkualiti. Ini bukan sahaja memberi manfaat kepada perkembangan bayi, malah ia juga memberi manfaat kepada kanak-kanak, anak remaja juga orang dewasa dengan mengurangkan gangguan tidur yang mungkin dialami.
BAHAN-BAHAN AKTIF DALAM SLEEP TIGHT PATCHURE
Sleep Tight Patchure mengandungi gabungan bahan aktif yang membantu meningkatkan kualiti tidur dan ingatan, serta mengurangkan gejala kemurungan. Thinleaf Milkwort dan Silk Tree Albizia Bark bertindak sebagai anti-depresan semula jadi, membantu menenangkan fikiran dan meningkatkan kualiti tidur. Sementara itu, Amber dan Raw Dragon Tooth membantu menenangkan saraf, meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan keradangan.
Selain itu, Sleep Tight Patchure juga mengandungi Spine Date Seed dan Caulis Polygoni Multiflori yang membantu merawat gejala angin dalam badan. Angelica Dahurica dan Lotus Plumule turut hadir untuk membantu mengurangkan demam dan melegakan sakit badan dengan sifat antipiretiknya
Gabungan bahan aktif dalam Sleep Tight Patchure ini memberikan faedah dalam meningkatkan kualiti tidur, memberikan kesan menenangkan pada saraf, dan membantu mengurangkan demam dan sakit badan. Dengan menggunakan Sleep Tight Patchure, anak-anak dan korang sendiri pun boleh mengalami tidur yang lebih lena dan berasa lebih baik secara keseluruhan.
KENAPA SETIAP RUMAH WAJIB ADA PATCHURES TASNEEM NATUREL?
Mudah Untuk Digunakan
Mengapa perlu beratur di klinik atau menghabiskan banyak masa memohon pelbagai produk, sedangkan anda boleh menggunakan tampalan yang mudah digunakan?
Bau Tidak Kuat
Tasneem Patchure tidak berbau sekuat ubat herba lain. Jadi, anda tidak perlu risau tentang bau tampalan yang merebak ke seluruh bilik dan menimbulkan bau yang tidak menyenangkan.
Tidak Menggunakan Gam
Tampalan ini tidak meninggalkan kesan pelekat dan tidak terlalu kuat supaya ia tidak menyakitkan bayi apabila ia dikeluarkan.
Selamat dan Lulus FDA
Tasneem Patchure selamat digunakan untuk bayi dan kanak-kanak kerana ia diperbuat daripada 100% bahan semulajadi. Produk ini telah lulus ujian daripada FDA jadi anda tidak perlu risau tentang keberkesanan dan keselamatannya.
Jadi, ibu-ibu, jangan risau lagi tentang batuk dan tidur anak-anak kita. Dengan bantuan Tasneem Naturel, CF-Patch Patchure dan Sleep Tight Patchure, insyaAllah, kita akan dapat bantu anak-anak kita mengharungi gejala batuk dan sukar tidur malam dengan lebih tenang. Makcik sendiri telah mencubanya dan mendapat hasil yang baik. Jadi, why not mommies pun cuba juga dan lihat sendiri perubahan yang akan berlaku pada anak-anak kalian. Mereka akan lebih selesa, tidur lebih nyenyak, dan mommies juga akan lebih tenang.
Tasneem Naturel's CF-Patch Patchure dan Sleep Tight Patchure adalah produk terbaik yang sentiasa memastikan kanak-kanak selesa semasa penggunaannya. Malah anak Neelofa, Bilal, turut menggunakan produk ini tau mommies!
Oh ya, semalam, makcik ada browse through kat website Tasneem Naturel. Maklumlah, nak recce balm untuk stock-up. Tapi, makcik terperasan satu berita yang best giler. Tasneem Naturel nak bagi 5000 patchure secara PERCUMA gais. Wowwie! Ini memang best!
Untuk mendapatkan CF-Patch Patchure dan Sleep Tight Patchure, ia sangat mudah. Mommies hanya perlu klik kat sini dan isikan beberapa maklumat mudah. Produk akan diedarkan secara rawak sepanjang 2023. Jadi, jom cuba! Semoga bermanfaat untuk anak-anak kita.
Website Tasneem Naturel | Facebook Tasneem Naturel | Instagram Tasneem Naturel | Youtube Tasneem Naturel | TikTok Tasneem Naturel
Nombor telefon: 011-11414 672
Alamat: 22-G, Jalan Putra 3, Taman Kajang Putra, 43000 Kajang, Selangor.
E-mel: customercare@tasneemnaturel.com
xoxo
7 Comments
ramai yg cakao ttg manfaat produk tasneem ni.. kena ada kat rumah 1 ni
ReplyDeleteWah. Meriah Tasneem now. Dah makin banyak dah produknya sekarang. Baru semalam nampak iklan Tasneem kat hi-way.
ReplyDeleteI read many good reviews about this patch, will going to try it
ReplyDeletewah menarik juga patchure ni, bolehlah nanti saya share dengan kakak saya untuk digunakan pada anak2nya :)
ReplyDeleteThanks for sharing about this good patches for the kids, gonna check out more to grab some soon. Cheers SiennyLovesDrawing
ReplyDeleteBoleh la recommend this to my family kan! Safe option to tackle these issues for the kids kan! Patches macam ni easier to handle...
ReplyDeleteRuby baru tahu kat mana nak tampal patch tu. Ada point tertentu rupanya.
ReplyDelete