Kalau korang masih ingat, sebelum ni kan Kak Tini stay sorang-sorang je kat hujung tanjung ni. Yelah, bi-weekly mom gituh.
TUNTUTAN KERJA
membuatkan Kak Tini terpaksa berjauhan dengan keluarga tercinta. Detik demi detik terasa hambar. Mana tidaknya, dok ditemani tilam dan bantal je la lepas balik koje.
Makan pun dok beli je la. Sampai pada suatu tahap, Kak Tini siap boleh order dengan perkataan 'biasa' tau kat kedai makan. Punyalah regular customer sampai kadang-kadang, orang kedai tu sendiri yang tanya, 'biasa ya kak?'. Dek kerana boring tu lah Kak Tini buat koje part-time kat salah sebuah restoran berdekatan accommodation Kak Tini dulu.
Ala, bukan buat apa sangat pun. Lepas Maghrib dalam pukul 8 malam Kak Tini start kerja sampai pukul 12 malam. Kak Tini handle bahagian cashier dan prepare air. Biasanya, customer akan walk-in sampai pukul 10 malam je, balance lagi 2 jam, kami akan buat closing. Jadi, kalau nak dikira, Kak Tini kerja dalam 2 jam je lah yang bebetulnya pun, balance tu santai-santai je bersihkan area.
Kak Tini hanya akan cuti bila balik Key Ell. Biasanya, dulu, Kak Tini akan balik pada hari Jumaat malam ke Key Ell dan kembali semula pada hari Ahad malam. Penat tapi dah biasa, dah tak terasa penat dah. Bila balik rumah, Kak Tini akan pastikan kami spend masa berkualiti. Masak la, keluar for a movie la, pi library la, pendek kata, memang takde masa yang akan dibazirkan. Sekarang ni, alhamdulillah, our family dah reunited kat sini, for those yang berPJJ, stay strong. I understand your struggle. dah lalui 2 kali dah
PJJ
ni. Cabarannya? Memang penuh berliku.
Anyway, kalau dulu dok selalu main tunjuk je la time nak makan. Habis, macam mana nak
Masak
kan, kami tidak dibenarkan membawa atau menggunakan sebarang peralatan dapur. Memang la boleh buat secara curi-curi. Tapi, knowing me, memang tak la citer dia kan. I choose to obey the rules. Malas la nak hadap any consequences, nak relax-relax, chill je masa tu.
So, ya, now, alhamdulillah, Kak Tini bersyukur sangat sebab Allah permudah segala-galanya. Sekarang ni, Kak Tini sempat buat
Sarapan Pagi
dan
Bekal Sekolah
untuk 4 anak dan 2 adik ipar yang masih bersekolah. Setakat ni alhamdulillah tak pernah culas lagi. Paling malas pun, Kak Tini akan bekalkan la diorang dengan roti. Hehehehe. Tengah hari sempat hantar anak yang bersekolah petang,
Masak Makanan Tengah Hari
dan ambik anak yang bersekolah pagi.
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
Haritu Kak Tini masak sayur kangkung belacan beserta ikan kembung goreng. Sebenarnya, hari-hari pening kepala nak fikir lauk apa yang nak dimasak tau. Ibu, mak, mama, mommy, ummi seantero donua mesti macam ni jugak kan? Hehehehe.
Resepi Kangkung Goreng Belacan
Bahan-bahan
2 ikat sayur kangkung
3 sudu besar minyak masak
4-5 tangkai cili padi
1 biji cili merah
1 cm belacan
sedikit ikan bilis
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan
1) Bersihkan kangkung dan potong kasar. Asingkan bahagian batang dan daunnya.
2) Kisar cili padi, cili merah, ikan bilis, belacan, bawang merah dan bawang putih.
2) Kisar cili padi, cili merah, ikan bilis, belacan, bawang merah dan bawang putih.
3) Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga kekuningan dan naik bau.
4) Masukkan kangkung bahagian batang dan goreng sehingga sedikit layu, kemudian masukkan pula bahagian daun.
5) Masukkan sedikit air, kicap, garam dan gula.
6) Kacau seketika. SIAP.
Resepi Ikan Goreng Kunyit
Bahan-bahan
6 ekor ikan kembung
Garam dan serbuk kunyit secukup rasa.
Cara Penyediaan
1) Siang ikan kembung, buang segala isi perut ikan. Bersihkan dan potong kepada dua bahagian.
2) Lumur dengan garam dan serbukk kunyit secukup rasa.
2) Lumur dengan garam dan serbukk kunyit secukup rasa.
3) Panaskan minyak. Gorengkan ikan tersebut.
4) Balikkan ikan. Goreng lagi. SIAP.
Tips
Kadang-kadang ikan akan melekat pada dasar kuali. Masukkan asam keping semasa menggoreng ikan. Pasti mudah untuk membalikkan serta mengangkat ikan yang telah siap kelak.
Orait. Cuba jangan tak cuba ya korang. Till then, see you when I see you. Daaaa.
2 Comments
lauk simple tapi mengeyangkan...alhamdulillah...
ReplyDeleteMasak simple macam ni pun mesti bertambah-tambah la gamaknya.. 🤗😂😁💪
ReplyDelete